Bila bayi dah mula berdiri sendiri, ibu ayah pasti teruja tengok. Rasa anak dah semakin besar. Tak lama lagi mesti si kecil boleh berjalan. Sebenarnya jika bayi anda mula menunjukkkan minat untuk berdiri sendiri dengan berpaut pada mana-mana objek berdekatannya, anda boleh bantu merangsangnya supaya dia makin cepat boleh belajar berjalan.
Panduan aktiviti yang boleh dibuat oleh ibu ayah bila bayi mula belajar berdiri yang dikongsi oleh Occupational Therapist, Siti Aisyah Rozalli patut dipraktiskan oleh ibu bapa.
BAYI SAYA MULA BERDIRI SENDIRI!
Antara milestone perkembangan yang sangat penting untuk dicapai oleh kanak-kanak ialah berjalan.
Ada anak-anak yang mula berjalan seawal usia 10 bulan, ada yang 1 tahun dan ada yang sedikit lewat. Berdiri dan berjalan termasuk dalam perkembangan kemahiran motor kasar anak-anak.
Bila perlu RISAU?
Red flags of development merujuk kepada tanda-tanda yang perlu dirisaukan dalam perkembangan anak. Jika anak anda belum mencapai perkembangan tertentu pada usia yang disenaraikan dalam Red Flags of development, anda digalakkan membawa anak kesayangan anda berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak untuk mendapat konsultansi.
Berikut adalah Red Flags untuk kemahiran berjalan:
12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.
Jika anak anda ada tanda-tanda di atas, sila berjumpa Physiotherapist atau Occupational Therapist kanak-kanak berdekatan anda.
Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan sebagai “senaman” untuk anak anda yang sudah mula berdiri bagi membantunya belajar berjalan.
AKTIVITI 1
Dudukkan anak anda di atas bangku kecil. Pastikan kakinya menjejak ke lantai. Letakkan meja yang memerlukan anak anda untuk berdiri bagi mencapai barang di atasnya. Letakkan permainan.
Anak anda akan perlu untuk menolak tubuhnya ke atas menggunakan kekuatan kaki dalam posisi ini. Dan kurang menggunakan tangan untuk menarik tubuhnya ke atas. Aktiviti ini akan menguatkan otot-otot yang menyokong kekuatan bahagian bawah tubuhnya.
Anda boleh galakkan anak anda untuk mencapai permainan dengan mengagah-agah permainan itu dihadapan mata anak anda sambil menggalakkannya berdiri untuk mencapai permainan tersebut.
AKTIVITI 2
Susun meja dalam bentuk ‘U’ atau ‘L’. Letakkan permainan di atas kedua-dua meja. Galakkan anak anda untuk berdiri pada meja yang anda telah susun menggunakan kaedah pada Aktiviti 1
Tarik perhatian anak anda untuk bergerak dari satu meja ke satu meja. Biarkan anak anda usaha sendiri. Ayah boleh ajak main atau tarik perhatian anak, ibu boleh jaga keselamatan anak dari belakang. Tapi, jangan terlalu “hovering”. Biar anak anda usaha sendiri.
Idea menyusun meja dalam bentuk ‘U’ (jika anda guna 3 buah meja) atau bentuk ‘L’ (jika anda guna 2 buah meja) adalah untuk menggalakkan anak anda memusing-musingkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri semasa bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Ini akan melatih daya keseimbangan anak anda.
AKTIVITI 3
Ajak anak anda berpaut pada perabot (sofa agak selamat untuk aktiviti ini kerana ianya berat).
Letakkan bola di kaki anak anda dan ajak anak anda tendang bola ke arah anda. Targetnya adalah untuk anak anda belajar mengimbangi tubuhnya sambil berdiri. Menendang bola juga akan menggalakkan “weight bearing” (menahan berat tubuh) pada sebelah kaki dan akan meningkatkan kesedaran tubuh.
Bila boleh mulakan aktiviti-aktiviti ini?
Sebaik sahaja anak anda mula menarik tubuhnya untuk berdiri pada perabot di rumah.
Kerana pada tahap ini:
Otot dan tulang anak anda sudah cukup kuat untuk menampung berat badannya,
Anak anda sudah mula berminat untuk eksplorasi pergerakan tubuh dalam keadaan berdiri.
Bagi memastikan perkembangan motor kasar anak anda baik, ELAKKAN perkara-perkara ini:
Elakkan pakai stokin atau kasut di dalam rumah. Biar berkaki ayam di rumah. Rangsangan sensori akan membantu anak anda belajar berjalan dengan lebih baik. Kalau dapat “barefoot” atas pasir, lagi baik
Jangan paksa anak anda! Berhenti beraktiviti jika anak mula kelihatan letih atau meragam.
Elakkan penggunaan “walker”. Ianya tidak membantu anak berjalan lebih cepat.
SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT
Sumber: OT AisyahRozalli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI