Bila Bayi Terlalu Aktif, Buas & Banyak Akal, Selalu Sangat Jatuh & Terhantuk. Jangan Abai 7 Tanda Penting Ini

Share

Tidak dinafikan apabila si manja merangkak & bertatih, dia makin aktif bergerak & semakin ‘buas’. Dah banyak akal! Akibatnya kerap jatuh & terhantuk kepala.

Bayi yang mula merangkak dan menyusur akan mendapat ‘lesen’ untuk menerokai ruang. Koordinasi tangan dan kaki serta anggota tubuh mereka juga semakin baik. Begitu juga dengan bayi yang mula ‘dapat kaki’ atau bertatih, kerap terjatuh dan terhantuk memang selalu terjadi proses ini.

ADAT BAYI BUAS, SELALU JATUH & TERHANTUK

Ramai mama dan papa yang mengadu bayi yang sedang belajar untuk bertatih dan kerap memanjat dan disebabkan hal ini bayi kerap kali terjatuh. Aktif merangkak dan menyusur (cruising) sehingga badannya semakin mengecil kerana terlalu aktif atau ‘buas’.

Hal ini merunsingkan ibu bapa kerana bimbang jika perkembangannya terganggu. Bagaimana caranya untuk tahu sekiranya bayi mengalami cedera teruk akibat jatuh selain pendarahan pada luaran dan kesan bengkak?

LUMPS AND BUMPS

Lumps and Bumps adalah sesautu yang biasa dalam peringkat kanak-kanak yang mula mendapat kebolehan bergerak sendiri. Lazimnya ini tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada mereka. Ia adalah satu fenomena yang biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.

Kulit kepala kaya dengan saluran saluran darah dengan itu luka kecil boleh menghasilkann pendarahan yang banyak. Bengkak dan lebam berlaku jika saluran darah itu mengeluarkan cecair dam berlaku pendarahan dibawah kulit. Ini mungkin mengambil beberapa hari atau minggu untuk hilang sepenuhnya.

7 TANDA BAYI/KANAK-KANAK PERLU RAWATAN SEGERA

Sekiranya bayi terjatuh atau terhantuk tetapi tidak teruk, pantau mereka dalam masa 24 jam. Namun jika berlaku tanda-tanda seperti berikut berlaku dalam masa  masa 24 jam, mama dan papa perlu segera membawa bayi mendapatkan rawatan kerana ia mungkin petanda masalah kecederaan dalaman atau luaran.

Nasihat dan rawatan perubatan amat diperlukan dalam keadaan cemas ini.

  • Pengsan walaupun seketika
  • Menangis dan tidak berhenti
  • Berkelakuan tidak selesa
  • Sukar dipujuk
  • Muntah berulang kali
  • Tidur dan tidak mudah dikejutkan
  • Tidak berkelakuan seperti biasa

Selain daripada pemerhatian dan pemantauan, mustahak bagi mama dan papa  percaya kepada naluri sendiri. Jika rasa kurang yakin dan tidak tenteram, segera bawa bayi mendapatkan rawatan doktor.

Anda juga boleh baca artikel ini [Si Kecil Suka Sangat Nak Main Dengan Periuk, Bekas Makanan, Bakul Kain, Tisu & Bedak? Ini Mungkin Puncanya]

 

Published by
Azma ML