Ainul Mardhiah semakin pulih dan menunjukkan perkembangan yang baik. Harapan ayahnya membuatkan ramai hiba dan tersentuh hati.

Dalam perkembangan terkini, Ainul Mardhiah juga menunjukkan perkembangan yang menggembirakan. Sudah pandai memahami apa yang dikatakan oleh mama dan walid, Ainul mampu menggelengkan kepala untuk memberitahu sama ada dia mahu bermain atau ingin tidur.

“Bila Besar Jangan Lupa Orang Membantumu…” Nukilan Bapa Ainul Mardhiah Buat Ramai Sebak

Turut dikongsikan video Ainul sedang meniarap sambil melihat mainan bebola yang bercahaya. Kata ibunya, Nurul Erwani Ainul suka berada dalam posisi meniarap.

“First video – Tanya Ainul dulu nak main ke taknak, punyalah geleng geleng kepala tak nak.

“Second video – Masa meniarapkan Ainul punyalah dia suka. Tak menangis langsung. Pandai betul Ainul mula-mula geleng tak nak main, dah meniarap baru lah suka???.

“Headband tu Ainul yang buat, dia tarik satu satu, jadilah macam tu. Mama kena beli lain lah nampaknya?”

Ads

Apa yang lebih menyentuh sanubari ialah bapanya, Ahmad Safiuddin memberikan titipan buat anak sulungnya itu.

“Membesar dengan baik, Anak.

“Walid dan mama akan buat apa sahaja untuk segala kebaikanmu walaupun harus melalui pelbagai cabaran dan rintangan. 

“Apa yang walid dan mama mahu adalah melihat kamu membesar dengan normal seperti bayi atau kanak-kanak yang lain.

“Bila kamu sudah besar nanti, jangan lupa bahawa pada hari ini ramai yang telah membantu dalam proses rawatan kamu. Kamu telah disayangi dan didoakan oleh ramai orang.

“Bila Besar Jangan Lupa Orang Membantumu…” Nukilan Bapa Ainul Mardhiah Buat Ramai Sebak

“Mereka tidak pernah mengenali kamu apatah lagi menyentuhmu, tapi dengan sifat keprihatinan dan kasihan mereka terhadap kamu, mereka lakukannya dengan sukarela.

“Anak, bila sudah besar nanti, beri lah manfaat kepada orang lain. Bantu orang yang memerlukan seperti mana orang lain yang telah membantumu ketika kamu memerlukan.

“Anak, bila sudah besar, sayang lah semua orang, ucap baik baik kepada semua orang dan fikir yang baik baik kepada semua orang.

“Anak, kita adalah apa yang kita fikir!

Ads

Ainul Mardhiah yang kini masih berada di London bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi. Dia yang menjalani rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di sana telah selamat dibedah bagi membuang ketumbuhan Germ Cell Tumor seberat 200gram pada bahagian mulut.

“Bila Besar Jangan Lupa Orang Membantumu…” Nukilan Bapa Ainul Mardhiah Buat Ramai Sebak
Ainul ketika sebelum dibedah

Selepas pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa selama 5 jam, si kecil ini menunjukkan perkembangan yang positif dan cepat. Dia mudah menguasai skil baru seperti memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

Buah hati kesayangan rakyat Malaysia ini juga bakal pulang tidak lama lagi. Bapanya turut berkongsi foto mereka sedang mengemas barangan untuk pulang.

Ads

 “Semoga semuanya berjalan dengan lancar.”

“Bila Besar Jangan Lupa Orang Membantumu…” Nukilan Bapa Ainul Mardhiah Buat Ramai Sebak

Sumber: Ahmad Safiuddin & _nrlerwani

Artikel berkaitan:[Pandai Geleng Kepala & Gosok Mata, Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi]

[Berat Naik, Ainul Mardhiah Makin Sihat. Bakal Pulang Tak Lama Lagi]

[Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI