Ainul Mardhiah semakin pulih dan menunjukkan perkembangan yang baik. Harapan ayahnya membuatkan ramai hiba dan tersentuh hati.
Dalam perkembangan terkini, Ainul Mardhiah juga menunjukkan perkembangan yang menggembirakan. Sudah pandai memahami apa yang dikatakan oleh mama dan walid, Ainul mampu menggelengkan kepala untuk memberitahu sama ada dia mahu bermain atau ingin tidur.
Turut dikongsikan video Ainul sedang meniarap sambil melihat mainan bebola yang bercahaya. Kata ibunya, Nurul Erwani Ainul suka berada dalam posisi meniarap.
Apa yang lebih menyentuh sanubari ialah bapanya, Ahmad Safiuddin memberikan titipan buat anak sulungnya itu.
Ainul Mardhiah yang kini masih berada di London bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi. Dia yang menjalani rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di sana telah selamat dibedah bagi membuang ketumbuhan Germ Cell Tumor seberat 200gram pada bahagian mulut.
Selepas pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa selama 5 jam, si kecil ini menunjukkan perkembangan yang positif dan cepat. Dia mudah menguasai skil baru seperti memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia ini juga bakal pulang tidak lama lagi. Bapanya turut berkongsi foto mereka sedang mengemas barangan untuk pulang.
Sumber: Ahmad Safiuddin & _nrlerwani
Artikel berkaitan:[Pandai Geleng Kepala & Gosok Mata, Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi]
[Berat Naik, Ainul Mardhiah Makin Sihat. Bakal Pulang Tak Lama Lagi]
[Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan]