Kehamilan

Bila-Bila Masa Angah Junior Keluar! 16 Tahun Tak Ada Baby, Terujanya Macam Anak Pertama

Share

Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak akui isterinya, Amira Asyura Abd Razak, bakal bersalin pada bila-bila masa.

Berdebar dan pada masa sama teruja, Angah berkongsi beberapa koleksi foto menerusi ruangan Insta Story miliknya baru-baru ini.

Salah satunya adalah foto yang menunjukkan bahagian kaki isterinya yang bengkak.

“Orang kata kalau dah nak dekat bersalin, kaki bengkak macam ni, betul ke?” tulisnya.

Angah juga menyatakan dia sudah bersedia untuk menyambut ketibaan orang baru selepas 16 tahun.

“InshaAllah, soon tukar tittle father of two, wow amazing.

“After 16 years kakak dapat adik, syukur… Alhamdulillah, rezeki dan perjalanan yang Allah SWT susun itu memang banyak yang indah dan berhikmah,” tulisnya.

Angah juga turut memuat naik entri terbaru di akaun Instagram dan menyatakan rasa tidak sabar untuk bertemu anaknya.

“Anytime! Any soon! Insyallah semoga Allah SWT permudahkan… Counting for Angah Junior!” coretnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah pada Angah dan berdoa agar urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Foto: Instagram @angah_lawaking

Published by
Wan Amy