Dalam banyak perkara, para ibu biasanya mendahulukan suami dan anak-anak. Ada sesetengah ibu akan rasa bersalah jika mendahulukan keperluan diri. Walaupun cuba menjadi ibu paling sempurna, anda perlu sedar diri tidak sekuat mana selama-lamanya.
Ada waktunya, anda perlu meluangkan masa untuk diri sendiri juga. Ingatlah, anda tunggak kekuatan keluarga. Jika anda tidak sihat, terganggulah urusan sekeluarga.
Berikut adalah panduan yang boleh dilakukan untuk menggembirakan diri sendiri. Pada masa yang sama, anda sebenarnya membantu ahli keluarga turut sama rasa bahagia. Kalau anda sihat dan gembira, barulah keluarga pun turut ceria.
Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?
Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.
2. Rajin keluarkan peluh
Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Ads
Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.
3. Membeli-belah untuk diri
Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.
Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.
4. Perlu ada ‘me time’
Jangan sesekali menganggap masa me time sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.
Ads
Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.
Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran kekangan masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada me time sendiri.
6. Belajar kemahiran baru
Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.
Ads
Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat menimang cucu sulungnya yang pertama, penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu pada Selasa lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan penyanyi irama Malaysia ini menerusi laman Facebook miliknya. Menerusi perkongsian itu juga, Kak Ani turut berkongsi wajah cucu sulungnya yang merupakan cahaya mata kepada anak sulungnya, Aliff Haiqal.
“Syukur alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat.
“Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila diwatikah’ menjadi nanny hari ini,” kongsinya.
Namun yang lebih menarik lagi, rupanya cucu perempuan pertama itu memiliki tarikh lahir yang sama dengan bapanya.
“Tahniah Aliff mama, terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini.
“Pada 23 Mac 2021, hari lahir cucu pertama Noraniza Idris, 23 Mac 1989 hari lahir anak pertama Noraniza Idris.
“Hari ini hari istimewa untuk nanny umi,” ujarnya.
Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menganggap kehadiran cucu pertamanya itu sebagai satu hadiah paling istimewa buat seluruh keluarganya.
“Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga, menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama, kesayangan semua kenalannya dan yang penting dan paling berkat adalah Allah Sayang kita,” luahnya penuh doa.
Berterima kasih pada anak & menantu
Namun Nanny yang semakin aktif ini juga turut menitipkan ucapan penghargaan buat anak menantunya kerana menjadi peneman setia buat anaknya malah kini menjadi ibu terbaik buat cucunya.
“Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama.
“Terima kasih jagakan Alif untuk mama, jaga penuh kasih sayang. Perhatian yang paling bermakna dalam hidupnya. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa gelaran nanny untuk mama buat pertama kalinya.
“Panggil Umi tau, tak nak nanny la.. tua sungguh rasanya,” selorohnya.
Terdahulu, Aliff merupakan anak Noraniza bersama bekas suaminya, Fareez. Selain Aliff, Noraniza turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal, 28 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @noraniza_idris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tidak tahu mengenai tali pusat bayi ini. Apa nak buat selepas bersalin dan bagaimana menguruskannya? Tambah cemas bila ibu dan bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata pertama dan tiada pengalaman.
Ini panduan untuk mak ayah seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol menerusi media sosialnya.
Saya kongsikan sedikit info berkenaan tali pusat bayi.
1. Selepas lahir tali pusat akan dipotong dan diclamp.
2. Tali pusat ini akan tertanggal dengan sendiri bila bayi dah berusia 5-10 hari. Kalau lebih sikit sampai hari ke 14 pun tak apa. Yang penting bayi dalam keadaan sihat.
3. Kawasan perut kulit di sekeliling tali pusat senang dijangkiti kuman.
4. Sebab itu di hospital dan di rumah tali pusat bayi wajib dibersihkan guna antiseptik yang dah dibekalkan.
5. Bawa bayi segera ke hospital kalau dah ada tanda-tanda ni.
* perut mengembung
* kulit sekeliling tali pusat jadi merah
* tali pusat berbau busuk
* bayi demam
* tali pusat berair dan mungkin sampai bernanah
* bayi dah tak nak menyusu dan lemah
6. Wajib untuk ibu ayah cuci tangan sebelum pegang tali pusat anak.
7. Tak perlu sapu ubat lain pada tali pusat selain yang dibekalkan oleh pihak hospital. Ubat gamat pun tak perlu sapu.
8. Letak tali pusat di luar pampers supaya tak tersentuh air kencing atau najis. Bahan kotor ini boleh buat kuman masuk ke dalam tali pusat.
9. Untuk orang Islam, tali pusat ini sunat ditanam.
10. Kadang-kadang pusat bayi ada sedikit darah selepas tali pusat tertanggal. Jangan risau selalunya darah itu cuma sedikit dan akan berhenti dengan cepat.
Lepas bayi lahir, semuanya akan diberikan suntikan Vitamin K pada otot peha bayi.
Vitamin K ini akan membantu untuk mengelakkan pendarahan yang teruk pada bayi.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Akhirnya hasrat suami Nora Danish, Nedim Nadzim untuk membantu bayi yang menghidap penyakit ekzema kritikal tercapai apabila dia telah berjaya membawa bayi tersebut menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan khusus di sebuah pusat perubatan swasta.
Menerusi facebook bapa bayi berkenaan, Danial Rayyan telah memuat naik sekeping gambar keluarganya bersama Nedim.
Di kapsyen gambar tersebut, dia dan keluarga cukup gembira dengan pertolongan yang diberikan.
“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi bantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulis Danial.
Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai pengikutnya. Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat bayi tersebut selain memuji keprihatinan dan sikap pemurah Nedim yang sudi menghulurkan bantuan.
Sementara itu, menerusi akaun twitter Nedim, dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan keluarga bayi tersebut dan berharap bantuan yang diberikannya kepada keluarga itu dapat menyembuhkan penyakit anaknya secepat mungkin.
Terdahulu, Nedim menyuarakan hasratnya untuk membantu menanggung kos rawatan bayi tersebut sebaik sahaja mendapat tahu tentang penderitaan yang dilalui anak kecil itu.
Tidak hanya kos rawatan, tetapi Nedim juga bermurah hati untuk menampung perberlanjaan hotel dan pengangkutan kedua ibu bapa bayi tersebut sepanjang berada di Kuala Lumpur.
Atas bantuan orang ramai, Nedim berjaya menghubungi kedua ibu bapa bayi terbabit dan menyalurkan bantuan yang dijanjikan.
Sumber: FB & IG Danial Rayyan / Twitter Boss Ned
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.