Dalam banyak perkara, para ibu biasanya mendahulukan suami dan anak-anak. Ada sesetengah ibu akan rasa bersalah jika mendahulukan keperluan diri. Walaupun cuba menjadi ibu paling sempurna, anda perlu sedar diri tidak sekuat mana selama-lamanya.
Ada waktunya, anda perlu meluangkan masa untuk diri sendiri juga. Ingatlah, anda tunggak kekuatan keluarga. Jika anda tidak sihat, terganggulah urusan sekeluarga.
Berikut adalah panduan yang boleh dilakukan untuk menggembirakan diri sendiri. Pada masa yang sama, anda sebenarnya membantu ahli keluarga turut sama rasa bahagia. Kalau anda sihat dan gembira, barulah keluarga pun turut ceria.
Artikel Menarik: [Tempoh Akhir Sebelum Bersalin, Ini Yang Mama Papa Perlu Buat!]
Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?
Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.
Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.
Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.
Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.
Jangan sesekali menganggap masa me time sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.
Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.
Artikel Menarik: [Anak Susah Tidur & Asyik Merengek Baca Surah Al Qadr, Tiup Di Ubun-Ubun]
Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran kekangan masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada me time sendiri.
Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.
Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)