Setiap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pasti menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu. Apabila sudah bernikah dalam satu tempoh yang agak lama, soalan bila mahu hamil dan dapat anak sering diajukan. Siapa yang tidak mahu, tetapi mungkin belum sampai rezeki.
Namun tidak dinafikan, sebagai seorang wanita sudah pasti hati akan terusik apabila seringkali diajukan soalan sebegitu. Pasti menitis juga air mata. Begitulah luahan Instafamous, Aisyah Hijanah yang berkongsi luahan perasaannya apabila sering ditanyakan soalan berkenaan anak.
Artikel Menarik: [Batuk Dah Makin Teruk, Nak Makan Ubat Tak Berani. Boleh Ke Makan Madu?]
Bismillah, I hope my words kalini akan buka minda & hati everyone, include myself. Aisyah tgh demam sekarang, I know you guys are so caring & loving. You guys mmg selalu updated about my life, my holiday trips. Thanks to followers. Im so happy & grateful.
But, kadang tu bila I sakit, mesti akan ada yg tanya “Aisyah pregnant ke?”. I tak marah bila you guys tanya. Typical me, I akan terus pergi beli pregnancy test & check. But unfortunately Im not. Then, bila I demam lagi, ada yg kata “ni mesti pregnant ni, muka pun mcm pregnant”. Bila jumpa orang, pun ckp mcm tu “demam ni pregnant ke? Ada bawa something drpd Turki?”.
Guys, Ive bought more than 10 pregnancy tests, and all of them were negative. Sometimes I rasa fed up juga. Marriage isnt only for babies though. Mestilah utk anak, but you cannot expect whenever I pergi holiday, I akan bawa baby. Itu rezeki Allah. Tipu la kalau kata I tak jealous dgn kawan lain. But I know, Allah dah atur yg terbaik utk I, mesti Im not ready yet to be a mother sbb tu Allah tak bagi.
Artikel Menarik: [Nakkan Zuriat Sendiri, Tak Salah Usaha Walau Lewat Usia. Itulah Pengorbanan Namanya]
Ada byk lagi tests yg I beli, then I buang sbb I malas nak tgk. I paling annoyed bila orang bagi tips utk buat anak. Buat cara ni la teknik ni la. I’M NOT A TOY. Women are not toys. Kalau bukan rezeki, you buat lah style apa pun tak dapat juga.
Kalau tanya sekali is fine, tapi kalau dah berpuluh kali, its annoying. Jiran pun tegur “ni mesti rancang kan?”. Wallahi Im not. I sampai minta Alif kahwin lain, because I rasa I cannot give him children. I know ramai perempuan rasa mcm I rasa.
Sometimes kita niat gurau dgn orang, tapi bagi some people, itu bukan gurauan lagi. Ada org DM I juga kata dia nak cerai sbb org asyik tanya pasal baby, and dia still tak pregnant. Ada juga org yg x nak jumpa family dah sbb asyik tanya. Ada yg sampai nak makan pil, biar mati terus. Can we mind our own businesses? Semoga manfaat utk semua. Im sorry if Im offending anyone here.
Conclusion, mind our own businesses. Always be empathy. Keep praying for all women in the world. Assalamualaikum & night dear people.
Artikel Menarik: [Bukan Mengada-Ngada, Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil]
Semoga dengan perkongsian dari Aisyah ini dapat memberi sedikit ketenangan buat wanita yang sudah lama berkahwin tetapi masih tiada rezeki untuk hamil. You’re not alone. Begitu juga dengan orang sekeliling, sebaiknya jadilah lebih peka dan menghormati perasaan wanita yang masih belum dikurniakan anak. Bukannya mereka tidak mahu, ketahuilah rezekinya belum sampai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI