Bagi anak 1 kertas dan 1 pensil. Apa yang biasa anak anda buat? Majoriti ramai yang jawab anaknya melukis sesuatu.
Ini adalah ciri- ciri anak yang suka belajar secara visual. Ciri lain anak yang visual ini adalah:
- Jika kita bercakap dengannya sama paras, mata anak selalu tengok atas macam cuba mengingati sesuatu.
- Cakapnya laju, kadang ibu tak sempat faham.
- Tidak suka dibacakan buku cerita. Dia suka baca sendiri.
- Suka menulis sambil bercakap. Pot pek pot pek.
- Tidak berapa gemar pada rancangan televisyen yang bising. Kalau tengok tv pun tidak akan sampai setengah jam.
- Suka gambar objek yang mempunyai bentuk. Macam bola bulat. Papan tanda petak.
- Lebih faham arahan bertulis dari arahan mulut.
- Menunjukkan minat yang lebih kepada warna.
Alat bantu mengajar yang disyorkan: flashcard, tulisan berwarna, whiteboard, buku cerita banyak gambar dari tulisan.
Sumber: Aminah Binti Hussain