Baru bergelar ibu dan masih kurang pengalaman membuatkan selebriti media sosial, Syifa Melvin pernah menangis menguruskan anaknya, Saif Sulaiman.
Tambah isteri kesayangan Safawi Rashid itu lagi, kehidupannya berubah selepas kelahiran anak sulung mereka pada 30 September yang lalu.
Bahkan kata Syifa, sehingga kini dia masih lagi cuba menyesuaikan dirinya dengan rutin baru bergelar ibu.
Akui Syifa lagi, sepanjang dua bulan menjadi ibu, dia juga pernah menitiskan airmata kerana berasa tertekan menguruskan anaknya.
“Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan stress, menitik air mata berapa kali, badan penat, tidur memang tak kenal dah.
“Tapi lama kelamaan bila dah dah rentak, jadi seronok bergelar ibu. Bila tengok anak, timbul perasaan bahagia,” luahnya berkongsi.
Malah akui Syifa lagi, hidupnya juga kembali ceria dan bahagia bila mana berjaya mengawal perubahan hidup itu secara baik.
Syifa juga turut menitipkan ucapan buat yang masih menanti zuriat supaya dapat melalui pengalaman indah itu suatu hari nanti.
“Syifa doakan yang masih menanti, penantian tu bakal berakhir tak lama lagi. Rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang, Aamin ❤️,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!