Di sebalik wajah serius dan tenang Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61, sebenarnya beliau adalah seorang papa dan atok yang sangat penyayang. Malah beliau juga seorang bapa yang bersifat ‘family-oriented.
Anak kelahiran Temerloh, Pahang yang juga anak bongsu daripada enam adik beradik ini telah menyertai jemaah menteri sejak 2008 serta mengetuai beberapa kementerian sehingga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jom tinjau sisi lain bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti Malaya (UM) yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini.
Menantu Ismail Sabri iaitu pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsi info menarik mengenai perdana menteri yang baharu seperti dikongsikan Mstar.
Berikut adalah 10 info menarik mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
1. Warna kegemarannya adalah biru kerana merasakan rona itu boleh membuatkan beliau kelihatan muda.
2. Dari segi gaya, Ismail Sabri suka mencuba sesuatu yang baharu, very adventurous, suka kelihatan muda dan ceria serta tidak takut bermain dengan warna.
3. Kelihatan serius dan tenang di khalayak, namun beliau lebih relaks apabila berada di rumah dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.
4. Kuat makan! Menyukai masakan patin tempoyak, singgang, nasi kerabu dan nasi dagang.
5. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.
6. Bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.
7. Mempunyai bakat terpendam iaitu menyanyi dan beliau memang suka menyanyi.
8. Penyanyi kesukaannya adalah Bee Gees, Eric Clapton dan Michael Buble. Pilihan penyanyi tempatan pula Datuk Jamal Abdillah dan Hael Husaini, termasuk anak beliau, Dafi.
9. Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.
10. Ismail Sabri meminati sukan bola sepak, malahan beliau adalah penyokong setia Chelsea!
Kredit: IG Nina Ismail Sabri, Jovian Mandagie, Datuk Seri Ismail Sabri & Mstar
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)