Bukan ibu yang hamil atau menyusukan anak sahaja yang cepat terasa lapar walaupun baru saja makan, boleh dikatakan kebanyakan wanita mengalami masalah ini. Rasanya baru satu jam lepas makan, sekarang perut menjerit lagi kelaparan. Kalau boleh, nak mengunyah je rasa. Untuk wanita yang bekerja terutamanya, mesti kena ada snek atas meja. Sambil-sambil buat kerja, mulut pun tak berhenti makan.

Artikel Menarik: [Kahwin Dah Lama, Belum Rezeki Dukung Anak Sendiri. Punca Wanita Stres!]

Perasaan lapar sebenarnya respon tubuh ketika ia memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti. Semakin banyak pergerakan yang kita lakukan, kita akan memerlukan lebih banyak tenaga. Itulah yang menjadi penyebab mengapa kita sentiasa rasa lapar. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadi punca mengapa kita selalu merasa lapar.

ASYIK RASA LAPAR, INILAH PUNCANYA!
1. Tidak Bersarapan Pagi
Jangan sesekali mengelak waktu makan pagi. Anda harus makan pagi kerana pada waktu inilah makanan ini dijana menjadi tenaga.

2. Dehidrasi
Kurang minum air kosong akan menyebabkan anda selalu berasa lapar. Minumlah air yang secukupnya bagi mengatasi rasa lapar.

3. Makan Laju
Jangan gelojoh dan makan terlalu cepat. Hormon dalam badan tidak boleh bekerja jika wanda makan terlalu cepat. Kunyahlah makanan dengan lebih lama, ia akan membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang panjang.

Artikel Menarik: [Biasanya Lepas Bersalin, Kurus. Lepas Pantang, Automatik Berat Pun Naik]

4. Tekanan
Jika anda selalu merasa tertekan, inilah antara punca anda akan merasa lapar. Ketika stres, manusia cenderung untuk makan banyak.

Artikel Menarik: [Berkali-Kali Tukar Pantyliner, Keputihan Buat Susah ‘Lekat’. Betul Ke?]

5. Tidak Cukup Tidur
Apabila anda tidur lewat dan kurang rehat, ia akan menyebabkan perut lapar. Disebabkan kurang rehat, tubuh sukar untuk menghasilkan hormon yang merangsang rasa kenyang.

Salah satu sebab lain yang menyebabkan seseorang wanita gagal mengawal selera makan adalah apabila di tempat kerja, mereka mempunyai kawan yang selalu bawa bekal. Kita cenderung untuk menikmati makanan tersebut melebihi kawan yang membawa bekal itu. Sebab itulah, asyik lapar. Ada supplier makanan duduk di sebelah!

Sumber: www.wom.my