Kanak-kanak yang addicted dengan gajet biasanya akan mengamuk kalau tak dapat. Betul tak?
Melalui apa yang dikongsikan oleh Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim, ramai sudah sedia maklum yang pendedahan kepada gajet terlalu lama dan mula terlalu awal (bawah setahun), ia akan memberikan kesan yang sangat negatif pada pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.
Mana tidaknya, bila dapat je gajet, anak akan duduk diam je, kurang bergerak, kurang bercakap, dah tu macam mana nak berkembangnya kemahiran motor mereka. Tambahan lagi tidak berkomunikasi dan sorang-sorang. Macam mana nak develop bahasa, komunikasi dan sosial.
Kanak-kanak juga perlu belajar control emosi bila ketika marah, sedih dan lain-lain. Jika gajet menjadi distraction, (baru nak berbunyi nak menangis terus dapat gajet) Kalau dah begini, masa bila mereka nak belajar control emosi? Sebab tu anak-anak yang addicted dengan gajet akan mengamuk dan tantrum mereka akan makin jadi lebih teruk.
Bagi yang dah addicted tu, lebih baik hentikan sekarang. Hentikan tau bukannya bagi sikit-sikit. Kalau boleh dihentikan terus lagi bagus sebenarnya. Banyakkan bermain dengan mereka, ajak mereka join anda buat aktiviti semasa di rumah.
Ads
Ramai dah ibu bapa yang buat benda ni dan sememangnya banyak improvement yang mereka dapat. Tapi kena banyakkan bersabar sikit lah 2, 3 hari tu tadah sedikit telinga dengar anak menangis.
Ads
Selamat mencuba ya mommy dan daddy. Ingatlah yang masa depan anak kecil ni anda yang tentukan. Bertindaklah sebelum terlambat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Berkasih sayang sesama adik beradik seharusnya diterapkan dalam jiwa anak-anak bagi mewujudkan hubungan yang sihat. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik.
Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Maka sebab itulah ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik. Hubungan antara adik beradik adalah hubungan yang kekal dan tak tidak akan pernah berubah.
Prof Dr Muhaya Kongsi Tip Eratkan Kasih Sayang Adik Beradik
Perkongsian Datuk Prof Dr Muhaya mengenai cara didikan Islam dalam diri anak-anak supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik ini harus dijadikan panduan bersama.
Namun sebelum itu, ibu bapa perlu memberikan pendidikan akidah bagi anak didahulukan dengan mengenalkan Allah swt dan menanamkan kecintaan terhadapNya.
Apabila anak-anak telah jelas mengenai akidah, mudah untuk ibu bapa menyuruh anak solat dan sebagainya. Ia sekali gus menjadi cerminan sebagai ikatan kasih sayang dikalangan adik beradik.
Didik Anak Ada ‘Seninya’
Ikuti LAPAN cara bagaimana untuk mendidik anak supaya mempunyai kasih sayang antara adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
“Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi paksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh. “Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya.
HAKIKATNYA PADA USIA BAWAH ENAM ATAU TUJUH 7 TAHUN ANAK-ANAK AKAN MENYERAP APA YANG DILIHAT DAN DIDENGAR. JADI IA AKAN JADI HABIT DALAM DIRI ANAK.
4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan kakak? Bila kakak kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikkan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikkan iaitu jika ada orang berbuat kebaikkan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikkan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan.
PENTING SETIAP IBU BAPA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KELEMBUTAN SEMASA MEMBESARKAN ANAK.
Begitu juga jika keluar ke pasaraya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang berjemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai habit iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak. Justeru, anak yang disayangi akan belajar menyayangi anak yang dikongsi, belajar untuk berkongsi.
Berkahwin dan memperoleh anak di usia muda bukan mudah lagi-lagi dapat anak kembar. Perasaan ini pernah dirasai oleh pasangan Fad dan Sya yang dikurniakan anak kembar pada usia mereka 25 tahun dan 22 tahun.
Mungkin bagi orang luar cabaran membesarkan anak kembar mereka tak tahu tapi hakikatnya kami lalui susah senangnya bersama.
Bagi Fad berkahwin usia muda dan mendapat anak dalam tempoh yang cepat satu rezeki paling besar dalam hidupnya. Walaupun masa itu kerjaya saya baru nak stabil tapi kami suami isteri percaya Allah bagi Hayyan dan Zayyan ini tepat pada masanya.
“Memang kami agak terkejut juga untuk membiasakan kehidupan menjaga dua anak kecil sekaligus tapi apa yang kami amalkan kerjasama.
“Tak dinafikan sekali-sekala ada rasa naik angin. Biasalah darah muda waktu tu kan. Tapi kami sama-sama sedar bahawa amanah Allah ini yang membuka rezeki buat keluarga.
“Saya kesian bila tengok Sya uruskan serentak anak kembar kami ketika bayi nak menyusu. Jika saya ada masa di rumah, saya akan tolong Sya,” kongsi Fad.
Fad juga menyatakan, waktu tidur anak kembar juga tak menentu, Paing lama mereka akan tidur serentak dua jam, lepas tu kami kena bergilir lah jaga. Mujur masa tu ada mak mertua yang banyak bantu dan ajar kami.
Kunci bahagia rumah tangga
Orang kata bila dah berkahwin baru tahu sikap pasangan yang sebenarnya. Masa bercinta semua nak cover. Bagi Fad dan Sya kunci kebahagiaan dalam rumah tangga yang mereka pegang selama ini adalah bekerjasama, sabar dan ikhlas.
Ketiga-tiga ini jika diamalkan antara satu sama lain tiada istilah makan hati. Berterus terang juga salah satu faktor yang penting.
Menurut Fad, suami jangan biar isteri uruskan anak seorang-seorang atas alasan penat bekerja, Jika kita rasa penat, isteri dua kali ganda penat. Jadi bantulah apa yang patut.
“Sebab itu keserasian dalam rumah tangga akan dapat dirasai bila suami isteri faham tanggungjawab masing-masing dan sama-sama profesional menguruskan rumah tangga dan anak,” katanya.
Selain pasangan kembar, Fad dan Sya juga turut dikurniakan anak perempuan, Nur Aminah Mishall yang kini berusia setahun.
Foto: ig Fad Bocey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buah antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin. Jika anak-anak anda menggemari buah, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Ini kerana persaingan dengan makanan berproses yang bermacam-macam itu membuatkan ramai anak-anak sekarang lebih memilih makanan tersebut.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa, jangan berputus asa. Jadikan dapur dan peti sejuk itu sebagai ‘syurga buah’ untuk anak. Perbanyakkan buah yang pelbagai warna dan rasa untuk memastikan anak-anak terus memilihnya.
Kredit: Google
Namun adakah anda tahu, buah yang dibeli itu mempunyai racun serangga atau bahan yang tetap boleh membahayakan kesihatan jika tak dicuci dengan bersih. Biasanya buah yang diimport mempunyai sisa racun serangga.
Nak tahu lanjut mengenai cara pembersihan buah yang mempunyai sisa racun serangga dan wax di sekelililing buah tersebut, Dr Mazliana Mazlan berkongsi caranya.
Perlu lebih berhati-hati bila kita bersihkan buah yang datang dari luar negara. Proses import eksport bukan ambil masa yang sekejap, banyak bahan yang digunakan untuk beri ketahanan pada buah untuk berada dalam keadaan elok dengan lebih lama.
Renyah nak basuh bila ada blueberry kat rumah. Nak buang sisa racun serangga satu hal.
Nak kikis wax di sekeliling buah satu hal lagi. Kalau main basuh dengan lalukan air paip je, batuk terus Zaid lepas makan. Pengajaran buat saya, untuk basuh betul-betul lepas tu.
Cara saya bersihkan blueberry atau jenis-jenis buah lain yang disaluti dengan wax. Contohnya, epal, lemon, anggur, oren dan sebagainya.
1. Rendam buah dalam larutan air garam, cuka atau baking soda. Rendam antara 10 – 15 minit, bergantung pada jenis buah.
2. Lalukan pada air paip yang bersih.
3. Gosok pada permukaan buah, dengan kain ataupun berus lembut.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui kebaikan playground untuk perkembangan anak — dari sensori, emosi, motor halus hingga sosial. Artikel ini menerangkan bagaimana aktiviti taman permainan membantu tumbesaran si kecil secara menyeluruh.