Kanak-kanak yang addicted dengan gajet biasanya akan mengamuk kalau tak dapat. Betul tak?
Melalui apa yang dikongsikan oleh Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim, ramai sudah sedia maklum yang pendedahan kepada gajet terlalu lama dan mula terlalu awal (bawah setahun), ia akan memberikan kesan yang sangat negatif pada pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.
Mana tidaknya, bila dapat je gajet, anak akan duduk diam je, kurang bergerak, kurang bercakap, dah tu macam mana nak berkembangnya kemahiran motor mereka. Tambahan lagi tidak berkomunikasi dan sorang-sorang. Macam mana nak develop bahasa, komunikasi dan sosial.
Kanak-kanak juga perlu belajar control emosi bila ketika marah, sedih dan lain-lain. Jika gajet menjadi distraction, (baru nak berbunyi nak menangis terus dapat gajet) Kalau dah begini, masa bila mereka nak belajar control emosi? Sebab tu anak-anak yang addicted dengan gajet akan mengamuk dan tantrum mereka akan makin jadi lebih teruk.
Bagi yang dah addicted tu, lebih baik hentikan sekarang. Hentikan tau bukannya bagi sikit-sikit. Kalau boleh dihentikan terus lagi bagus sebenarnya. Banyakkan bermain dengan mereka, ajak mereka join anda buat aktiviti semasa di rumah.
Ramai dah ibu bapa yang buat benda ni dan sememangnya banyak improvement yang mereka dapat. Tapi kena banyakkan bersabar sikit lah 2, 3 hari tu tadah sedikit telinga dengar anak menangis.
Selamat mencuba ya mommy dan daddy. Ingatlah yang masa depan anak kecil ni anda yang tentukan. Bertindaklah sebelum terlambat.
Kredit: Aishah Kassim
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167