Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Ads
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ads
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Ads
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Sebelum ini pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad hanya sempat merasai pengalaman hamil buat seketika tahun lalu. Namun tiada rezekinya apabila keguguran dan sehingga kini masih berusaha dan tak berputus asa.
Teruja tengok kawan-kawan ada anak
Melalui perkongsian Elizad, dia bersangka baik dengan ujian Allah serta akan kembali menjalani proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekali lagi pada tahun ini.
“Tahun lalu saya keguguran. Namun, saya takkan berputus asa dengan apa yang berlaku. Saya selalu positif dan akan terus berdoa.
“Jadi, tahun ini harapnya datang semangat semula untuk terus mencuba. Tengok kawan-kawan seangkatan serta yang sebaya ramai dah jadi ibu, buat saya teruja. Saya risau lagi dua, tiga tahun usia nak masuk 40-an dan saya masih tiada zuriat. Doakan saya,” katanya.
Akan lebih beringat dan kurangkan aktiviti lasak
Dalam pada itu, Elizad berkata kali ini dia akan lebih berhati-hati agar perkara lalu tidak terjadi lagi serta akan mengurangkan aktiviti lasak.
“Selepas buat IVF nanti, saya nak lebihkan berehat dan tak nak terlalu banyak bergerak. Malah, saya akan cuba kurangkan aktiviti lasak.
“Dulu, mungkin kerana saya banyak bergerak. Sekarang saya dah ada pengalaman, Insya-Allah saya ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Pada November tahun lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Tahniah diucapkan buat pelakon Amar Asyraf yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pada Sabtu lalu.
Amar meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Farhana Yusof selamat melahirkan cahaya mata perempuan mereka pada bulan Ramadan yang mulia ini.
“Alhamdulillah syukur pada Allah. Allah Maha Baik.
“Untuk pengetahuan rakan-rakan, 25hb Mac, bersamaan dengan 3 Ramadhan yang lepas, telah lahir nya anak perempuan saya, Ammara Fateema binti Amar Asyraf,” kongsinya.
Rupanya puteri comel itu sudah pun diberikan nama indah, pilihan ibu dan ayahnya, Ammara Fateema binti Amar Asyraf.
Malah Amar juga turut menitipkan doa agar Ammara membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyebab ibu dan ayahnya ke syurga kelak.
“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapak dan mummy masuk syurga In Shaa Allah. TQ Mummy @cik.chempaka. I Love u So Much lillahitaala,” tulisnya berkongsi.
Menerusi Instagram, Amar turut memuat naik gambarnya bersama puteri kesayangannya itu yang dipangku erat dalam dakapan.
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut pelakon berbakat ini turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu.
Memenuhi nutrisi bayi pramatang merupakan satu cabaran bagi doktor, jururawat serta ahli keluarga bayi. Nutrisi pada peringkat awal kehidupan bukan sahaja merupakan penentu bagi kehidupan bayi, perkembangan fizikal dan mental semasa waktu kanak-kanak, malah ia juga adalah penentu kesihatan pada masa hadapan.
Bayi yang pramatang sering memerlukan kemasukan ke dalam wad rawatan rapi bayi selepas lahir. Ini menambahkan sedikit cabaran kepada penyusuan susu ibu. Namun, kebanyakan ibu dapat memerah susu badan bagi menyusukan si manja mereka.
Pemerahan susu ibu
Susu ibu merupakan susu terbaik bagi bayi pramatang. Selain dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan, susu ibu juga mengandungi pelbagai jenis faktor pertahanan yang dapat mencegah bayi pramatang daripada jangkitan kuman. Akan tetapi, kebanyakan bayi pramatang tidak dapat menyusu susu badan secara terusnya disebabkan oleh kesakitan atau reflek penghisapan-penelanan yang tidak matang. Justeru itu, adalah sangat penting bagi seseorang ibu untuk memerah susu supaya bayinya masih dapat penyusuan susu ibu melalui cara-cara alternatif seperti tiub penyusuan, cawan dan sebagainya.
Pemerahan dan penyimpanan susu perahan
Bersihkan tangan anda sebelum memerah susu. Susu perahan hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih. Tuliskan tarikh dan masa di bekas susu perahan setiap kali selepas memerah. Anda dinasihati supaya tidak campurkan susu perahan pada waktu berlainan di dalam satu bekas yang sama. Sekiranya anda perlu bantuan, dapatkan pertolongan daripada anggota kesihatan (contohnya di wad serta klinik) berkenaan cara memerah susu, penyimpanan serta penghantaran susu perahan.
Simpankan susu perahan di dalam peti sejuk/peti beku sekiranya tidak dihantar ke hospital dalam masa yang singkat. Anda boleh simpan susu perahan dalam pelbagai cara seperti berikut:
Tempat
Suhu
Tempoh
Peti sejuk
? 4°C
24 jam
Bahagian beku di dalam peti sejuk
(1 pintu)
-15°C
2 minggu
Bahagian beku di dalam peti sejuk
(2 pintu)
-18°C
3 bulan
Peti beku
? -18°C
6 bulan
Penyimpanan susu perahan di dalam peti sejuk
Apakah kaedah penghantaran susu perahan ke hospital
Semasa menghantar susu perahan ke hospital, simpan bekas yang mengandungi susu perahan di dalam kotak beku.
Contoh kotak beku
Human Milk Fortification (HMF)
Semasa berada di hospital, bayi pramatang sering memerlukan HMF untuk ditambahkan dalam susu perahan. Tujuan penambahkan HMF adalah untuk meningkatkan kepekatan nutrien dan juga kalori untuk kepentingan pertumbuhan bayi.
Total parenteral nutrition (TPN)
Bayi pramatang mempunyai stor nutrient yang agak terhad di dalam badan. Selain itu, bayi pramatang juga memerlukan masa untuk mencapai penyusuan susu yang optima. Justeru itu, kebanyakan bayi yang dilahirkan < 32 minggu atau < 1500g memerlukan TPN pada peringkat awal sebelum dapat mencapai penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. TPN adalah sejenis formula nutrisi yang diberikan kepada bayi melalui cara intravena. Ia mengandungi nutrien seperti glukos, protin, lemak, vitamin dan bahan mineral. TPN merupakan punca nutrisi dan tenaga yang agak penting sebelum bayi dapat mencapai penyusuan susu ibu secara sepenuhnya.
Pemantauan pertumbuhan
Pertumbuhan bayi pramatang biasanya dipantau melalui pengukuran lilitan kepala, panjang dan berat badan dari masa ke semasa. Bacaan-bacaan tersebut akan dicatitkan pada carta pertumbuhan bagi memantau pertumbuhan bayi. Pertumbuhan yang pesat semasa peringkat awal yang seiras dengan pertumbuhan bayi semasa di dalam kandungan dapat menjangkakan perkembangan otak yang lebih baik.
Carta Pertumbuhan
Penyusuan bayi selepas keluar hospital
Penyusuan bayi yang sangat pramatang merupakan satu cabaran yang besar bagi anggota kesihatan serta keluarga bayi. World Health Organization, American Pediatric Society, European Society for Paediatric Gastroenterogy Hepatology and Nutrition (ESPGHAN) mensyorkan penyusuan susu ibu pada 6 bulan pertama dan seterusnya. Pemantauan penyusuan dan pertumbuhan adalah penting selepas keluar dari hospital.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...