Bila hari raya golongan kanak-kanak paling happy sekali. Dalam pada mereka tak sabar nak pakai baju raya, kutip duit raya dan makan kuih raya rupaya ada banyak perkara yang mereka boleh belajar.
Tanpa kita sedar, di musim perayaan kanak-kanak belajar banyak perkara yang sekaligus meningkatkan perkembangan kemahiran mereka.
Speech and Languange Therapist, Puan Iffah Rashida berkongsi apa yang anak-anak kecil perolehi di hari raya selain daripada kegembiraan mendapat duit raya!
Ibu ayah pun boleh sama-sama membantu si kecil menguasai kemahiran hidup ini.
Raya oh Raya!
Suasana raya adalah suasana yang sangat praktikal untuk melatih pelbagai kemahiran untuk anak-anak kita.
Ads
Antara kemahiran yang kita boleh praktis bersama anak adalah.
1) Kemahiran meminta/minta tolong :
Minta kuih, air, makanan, mercun ‘pop-pop’, duit raya.
2) Kemahiran menunggu:
Ads
Beratur bersama sepupu sepapat untuk ang pau atau menunggu giliran untuk mengambil kuih di meja.
3) Kemahiran bermain bersama-sama:
Parallel play: bagi anak-anak yang belum boleh boleh bermain bersama-sama, kita letak anak di sebelah kanak-kanak lain dan bagi mereka lihat kanak-kanak lain bermain terlebih dahulu. Mungkin mereka akan cuba untuk join selepas itu. Elakkan memaksa jika mereka belum bersedia. Cooperative play: berkongsi dan bermain bersama-sama. Guide anak bila perlu.
Ads
4) Kemahiran sosial Menyapa (greetings) saudaranya – salam Mengucap terima kasih/sama-sama Melatih tingkah laku apabila menerima duit raya dari seseorang (gunakan social stories) Mengawal emosi dan apply strategi untuk mengatasinya
5) Regulasi sensori Melatih anak regulate arousal / sensory level mereka. Kenal pasti preference sensori mereka, lakukan rehearsal dan desensitisation serta bekalkan sensory tools untuk latih mereka menggunakan tools apabila sensory overload.
6) Kemahiran bahasa (kefahaman dan penghasilan bahasa) Perkenalkan nama orang, makanan, perbuatan, pakaian, permainan dan sebagainya untuk meningkatkan kosa kata mereka. Nyanyi lagu raya bersama-sama semasa perjalanan balik ke kampung. Di kampung keluar dan meneroka persekitaran sambil memberitahu nama benda-benda yang dilihat. Galakkan anak tolong kita membuat kuih raya atau menyiapkan juadah.
7) Kemahiran bercerita: Ibu bapa boleh ambil banyak gambar suasana hari raya dan buat buku skrap atau simpan dalam phone untuk menceritakan semula kepada anak nanti. Kemudian anak boleh ceritakan kepada kita pula.
“BoBoiBoyyyyy Kuasaaaa Duaaaaaa”, “Pika Pika Pika Chuuuuu” selalu bermain di bibir anak anda ketika menonton cerita kartun yang terkenal ni kan? Watak “Adventure” yang dibawa kedua-dua kartun ini boleh membuatkan anak anda turut sama beraksi di depan TV!
Tentu sekali anak anda akan seronok dan teruja bila berpeluang menyaksikan sendiri kartun kegemaran mereka secara “live” dan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
Bila dan di mana?
Buat pertama kalinya Sunway Velocity Mall akan membawa BoBoiBoy dan Pokémon ke Kuala Lumpur. Pengunjung juga dapat menyaksikan perarakan BoBoiBoy & Friends buat pertama kali di Malaysia. Mereka akan berada di Sunway Velocity Mall bermula 17 hinggga 26 Ogos di Main Atrium, Ground Floor.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama BoBoiBoy & Friends dan Pikachu yang diminati ramai!
Aktiviti yang menyeronokkan!
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan sepanjang 10 hari ini. Apa yang menarik sekitar acara ini ialah persembahan daripada kumpulan Bunkface pada 19 Ogos, 4 petang, tayangan episod khas Pokemon & BoBoiBoy pada setiap hari, pertandingan mewarna BoBoiBoy, pertandingan cosplay BoBoiBoy, pertarungan Kad Galaxy BoBoiBoy, Pokémon Meet & Greet dan BoBoiBoy Meet & Greet.
Selain daripada tu ada juga permainan arked Pokémon dan Puzzle Gergasi BoBoiBoy yang boleh dimain oleh semua peringkat umur!
Anda dan juga anak-anak anda berpeluang untuk bergambar bersama dengan Maskot Pokémon kegemaran semua.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang cuti sekolah pada bulan Ogos ini. Jangan sia-sia kan cuti sekolah anda begitu sahaja. Jumpa anda di sana! Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sunwayvelocitymall.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di rumah cakap banyak, tapi bila di luar atau sekolah senyap. Jika anak ada ciri ini mungkin Selective Mutism.
Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim Selective Mutism biasanya berlaku ketika zaman kanak-kanak. Ia bisanya bermula sebelum kanak-kanak berusia 5 tahun, tetapi kebanyakannya dapat dikenalpasti ketika usia persekolahan. Kanak-kanak dengan selective mutism biasanya akan menunjukkan ciri-ciri seperti :
Tidak bercakap dalam sesetengah tempat atau situasi contohnya di sekolah atau di luar rumah
Bercakap dengan normal sekurang-kurangnya di satu tempat seperti di rumah atau bersama kawan-kawan
Mengganggu pelajarandan sosial
Mempunyai kemahiran bahasa yang baik
Bukan “malu” yang biasa
Bukan disebabkan oleh masalah-masalah pertuturan seperti kegagapan
Kenapa Terjadi?
Pelbagai sebab boleh menyebabkan Selective Mutism, antaranya ialah :
Masalah ketakutan atau anxiety
Masalah kekurangan keyakinan diri
Masalah bahasa, pertuturan atau masalah pendengaran
Bagaimana Merawat Selective Mutism?
Selective Mutism didefinasikan sebagai kecelaruan psikiatrik. Oleh itu rawatan kepada masalah ini mestilah melibatkan kerjasama diantara pakar psikologi, pakar psikiatrik dan Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT). Bagi merawat masalah Selective Mutism ini, terdapat beberapa cara yang biasanya digunakan. Rawatan yang dipilih adalah berdasarkan kepada punca masalah dan kaedah mana yang paling berkesan untuk kanak-kanak tersebut. Terdapat 4 komponen rawatan yang boleh dilakukan:
Komponen 1 :Pendekatan Rawatan Psikodinamik
Komponen rawatan ini dikenali sebagai “psikoterapi” yang melibatkan rawatan bersama pakar psikologi dan pakar psikiatri. SLT tidak terlibat secara langsung dengan rawatan ini kecuali jika terdapat isu-isu komunikasi yang memerlukan perhatian.
Kompenen 2 : Pendekatan Rawatan Keluarga
Sesetengah kanak-kanak menunjukkan ciri-ciri Selective Mutism ini disebabkan oleh masalah dan konflik di dalam keluarga. Bagi kes yang sebegini, kaunseling keluarga perlu dititikberatkan. Ianya dilakukan oleh kaunselor. SLT memainkan peranan untuk mengajar cara dan teknik komunikasi yang betul kepada ahli keluarga.
Disinilah dimana SLT akan terlibat secara aktif dalam membantu meningkatkan fungsi komunikasi di persekitaran sekolah atau mana-mana persekitaran yang memerlukan bantuan. Rawatan yang diberikan adalah denga cara memberi peneguhan kepada respon yang positif dan tidak menggalakkan respon yang tidak diingini.
Terdapat 2 jenis teknik yang biasanya digunakan di dalam pendekatan ini iaitu stimulus fadingdan shaping. Dalam stimulus fading, persekitaran yang mana kanak-kanak selesa untuk berkominikasi akan direka. Begitu juga dengan orang yang terlibat di dalam terapi. Persekitaran dan orang yang terlibat akan diubah sedikit demi sedikit sehingga kanak-kanak boleh berkomunikasi dalam persekitaran yang biasa.
Bagi teknik shaping pula, kanak-kanak akan diberi peneguhan untuk setiap cubaan untuk berkomunikasi bermula dengan penggunaan isyarat dan seteruskan akan dibentuk kepada komunikasi verbal. Peneguhan / hadiah adalah sangat penting dalam teknik ini. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjuk kepada biskut yang diingini dia akan mendapat 1 biskut. Jika dia menyebut nama biskut tersebut, dia akan mendapat 2 biskut. Harus diingat disini bahawa peneguhan yang diberikan mestilah akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk terus bercakap.
Komponen 4 : Rawatan dengan ubat
Rawatan ini biasanya digunakan lebih kepada mengurangkan simptom-simptom seperti anxietykanak-kanak atau orang dewasa. Ianya perlulah dengan perbincangan dan kebenaran dari pakar.
Rawatan yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Ianya mestilah secara menyeluruh dan melibatkan banyak pihak seperti pakar psikologi, psikiatri, SLT, guru dan juga ibu bapa.
Percayalah bila dari awal dah ajar anak buat kerja rumah dan berdikari, apabila anak besar kita tak perlu nak risau lagi. Memang tak dinafikan setiap ibu sayangkan anak sehingga tak bagi anak buat itu ini sendiri.
Namun kadangkala, perasaan yang terlampau sayang akan membawa kita ke arah terlalu memanjakan anak, lantas membuatkan kita membesarkan mereka dalam keadaan yang salah.
Ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian, dan bertegas dengan hati sendiri dalam membesarkan anak-anak:
Ajarkan dia mengekspresi perasaan
Anak anda mungkin selalu menangis kerana marah atau ketakutan. Jelaskan kepadanya bahawa perasaan-perasaan itu adalah satu cetusan dan beritahunya apa yang perlu dibuat. Bincangkan juga mengenai perasaan anda dengannya.
Apabila dia membesar, dia akan tahu perbezaan di antara marah, kekecewaan, kesedihan dan kekeliruan. Dan dia juga akan tahu bagaimana untuk mengendalikan emosinya, serta ‘melepaskannya’ dengan cara yang betul.
Ajarkan dia membersihkan diri sendiri, memasak, membasuh baju dan menggosok bajunya sendiri
Walau apa-apa pun yang akan terjadi pada suatu masa nanti, pada masa itu, pasti dia akan rasa sangat bertuah kerana anda melatih dia supaya berdikari sejak dari waktu kecil lagi.
Bacakan kepadanya dan membaca dengannya
Benar, kanak-kanak akan menjadi seorang pencinta buku apabila duduk di riba anda, sambil melihat anda membaca. Beritahunya apakah buku yang anda suka baca dan watak-watak kegemaran anda. Jelaskan kepadanya kenapa pentingnya untuk membaca.
Amalkan membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah semasa menemani anak melakukan aktiviti ini. Yang paling penting, jelaskan pengajaran berguna yang harus dia teladani.
Yakinkan dia untuk mencapai perkara yang hebat
Bijak, berani, kuat, berbakat, jujur. Ceritakan kepadanya tokoh-tokoh yang hebat; penulis, pengembara, saintis, ulamak, pemimpin dan sebagainya.
Ceritakan kepada dia bagaimana mereka ini hidup, apa yang mereka buat dan apa yang mereka telah berjaya capai. Dan bagaimana kecantikan dalaman di dalam diri seseorang adalah jauh lebih penting daripada apa yang ditonjolkan pada luaran.
Jadi contoh kepadanya
Jadilah superhero kepada anak kita, jadilah contoh ikutan. Perkara ini akan berlaku dengan sendirinya tanpa kita perlu mengeluarkan sepatah ayat pun.
Walau bagaimanapun, anda harus tetap menunjukan kepada anak kecil anda betapa cantik, bijaksana dan jujurnya diri anda.
Bagi mereka, anda adalah manusia paling sempurna, paling ideal dan yang akan menjadi kayu ukur kepada insan-insan lain yang akan datang ke dalam kehidupan mereka.
Ajarkan perilaku yang baik
Ajarkan anak kita dengan ucapan ‘tolong’ dan terima kasih’. Ajarkan juga kepadanya agar tidak lokek untuk menawarkan pertolongan, menjadi pemurah dan suka berbuat kebaikan.
InsyaaAllah, perkara ini walaupun kecil, akan memberi sumbangan yang besar kepada dunia. Pasti ganjaran pahala besar menanti anda.
Letakkan Allah dalam hatinya sebagai tempat bergantung
Anak-anak kita pasti akan mengalami ketakutan dan kepenatan, kesakitan dan kesedihan, berkali-kali dalam sepanjang kehidupannya.
Adakalanya, disaat dia memerlukan anda, anda tidak mampu untuk berada dekat disisinya.
Oleh itu tanamkan tempat bergantungan dalam hatinya, iaitu Allah. Tuhan sekalian alam. Ini akan membuatkan hidupnya terus berjalan, walaupun semangatnya telah lemah.
Apabila mereka telah faham ini, mereka tidak akan sesekali rasa kesorangan. Dia ada Allah sebagai tempat bergantung dan meletakkan keyakinan.
Ajarkan mereka untuk berlembut
Semaikan rasa kasih sayang dan perasaan berlembut mereka dengan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan haiwan, dengan bunga, dan dengan perasaan orang lain.
Semaikan perasaan berkasih sayang sesama makhluk. Semoga anak kita dibesarkan dalam perasaan yang penuh kasih dalam dirinya.
Tunjukkan minat kepada hobi mereka
Ibu bapa yang baik akan mengambil tahu tentang pasukan bola kegemarannya, belajar lagu kegemarannya. Hadirkan diri anda secara aktif dalam hidupnya.
Bukannya hanya memerhatikan gelagat anak kita dari jauh. Hati anak akan lebih terkesan apabila dia mengetahui bahawa ibu bapanya menyokong minatnya.
Buat aktiviti diluar rumah bersama
Tutup TV, video game, dan tinggalkan telefon bimbit anda. Keluarlah bersiar-siar dengan anak anda dan biarkan kemana sahaja dia mahu pergi. Perhatikan reaksi mereka dan berkomunikasilah dengan mereka.
Pasti anda merasakan kebahagiaan apabila dapat mengisi masa dengan anak dan melihat mereka membesar didepan mata.
Sentiasa menjadi ‘rumah’ kepadanya
Semasa anak kecil kita sedang belajar berjalan, secara tak stabil dia hanya akan melangkah pergi beberapa langkah dari anda – dan kemudian dia akan kembali.
Kemudian apabila dia sudah sedikit besar, akan mula berjalan lagi sedikit jauh di sekitar rumah, tetapi dia akan sentiasa pulang setiap masa.
Dia akan tertunggu-tunggu senyuman bangga anda bila dia menunjukkan lukisan pertamanya kepada anda.
Apabila dia belajar membaca, dia akan membaca buku yang sama kuat-kuat sebanyak 20 kali. Kerana dia tahu ibunya akan sentiasa mendengarnya bila dia buat begitu.
Dan walaupun dia telah besar panjang, kuat dan boleh menjaga diri sendiri, dia mungkin masih mahu menangis dipangkuan anda – dia tidak mampu menyorokkan perasaannya daripada anda, ibunya.
Walaupun dia sudah mempunyai rumah, keluarga sendiri dan jawatan, anda adalah sentiasa permaisuri dihatinya. Padanya, anda adalah segala-galanya.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.