Ibu yang sarat mengandung, pastikan anda sentiasa bawa barang keperluan bayi bersama ke mana sahaja anda pergi ya. Mungkin bagi ibu yang sudah berpengalaman melahirkan bayi beranggapan ia perkara remeh tapi kena ingat setiap kelahiran anak itu berbeza pengalamannya.
Tak semestinya anak pertama anda bersalin genap 40 minggu maka kelahiran anak kedua pun akan sama. Apatah lagi bagi ibu yang pertama kali melahirkan bayi, jangan ikut pengalaman ibu lain kerana setiap orang berbeza-beza pengalaman bersalin.
Pesanan penting yang dikongsi oleh Rosnalizawati Hamzah, jururawat yang berpengalaman bertugas di dewan bersalin sebuah hospital awam ini patut dijadikan panduan berguna oleh semua ibu yang sedang mengandung.
BERSALIN – APA YANG PERLU DI BAWA?
“Encik, ada bawa lampin bayi tak?” Seorang jururawat bertanya kepada suami pesakit.
“Tak ada nurse. Saya tinggalkan dalam kereta,”
Tidak kurang juga ada yang menjawab begini. “Eh, tak ada lah. Ada kat rumah mak saya kat kampung. Saya ingat belum masanya nak bersalin sebab baru 36 minggu. Tak sangka tengah jalan-jalan, air ketuban pecah,”
Satu lagi jawapan “Saya ingat lambat lagi nak bersalin sebab tarikh jangka bersalin seminggu lagi,”.
Tidak semestinya tarikh jangkaan bersalin itu adalah tarikh yang betul-betul bayi akan keluar.Tidak kira pengalaman pertama ke, kedua ke, nasihat saya, 34-36 minggu kehamilan dan ke atas dah boleh buat persediaan. Get ready bila-bila boleh bersalin. Manalah tahu kot-kot terpecah air ketuban lepas tu bersalin. Maka, bawalah barang-barang keperluan ke mana jua anda pergi.
Kepada yang bakal menyambut orang baru, tahniah diucapkan. Bagi yang akan menyambut anak pertama, nah. Sedikit maklumat untuk membantu anda membuat persediaan.
Persediaan Fizikal: 1) Bajet Lakukan persediaan awal dengan menyediakan bajet yang mencukupi untuk proses bersalin normal dan bersalin melalui pembedahan sekiranya perlu. Jangan bimbang, kos bersalin di hospital kerajaan berpatutan dan tidak akan mencecah ribuan ringgit sampai boleh beli tiket pergi ke London.
2) Lokasi hospital Kenal pasti hospital yang berhampiran dengan rumah anda atau lokasi yang anda sedang berada bagi memudahkan anda untuk datang ke hospital dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.
Sekiranya anda mengandung anak yang kedua dan ke atas, atau mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik, anda disarankan bersalin di hospital yang sama dengan kelahiran anak pertama bagi memudahkan pihak hospital melihat semula rekod lama anda sekiranya terdapat masalah.
3) Buku Merah Sila bawa buku mengandung anda yang berwarna merah jambu tu di dalam beg anda dan bawa ia ke mana-mana saja anda pergi bagi memudahkan keadaan sekiranya berlaku kecemasan. Tidak perlu membawa buku merah seperti yang disebut oleh Zizan Razak di dalam lagu ‘Bawa Daku Pergi’. Itu buku merah pasport. Kalau buku mengandung anda warna lain pun tak apa, asalkan ada bukunya. Persediaan tu penting ya.
Ads
4) Surat Nikah Sila bawa surat nikah/kad nikah (jika perlu) bagi membolehkan suami anda menemani anda di dalam dewan bersalin. Di hospital kerajaan, hanya suami yang sah sahaja dibenarkan menunggu di dewan bersalin. Bakal suami, bekas suami ataupun skandal tidak dibenarkan ya.
5) Maternity Pad Kerapkali suami akan bertanya “Hospital tak sediakan ke? ” Anda dinasihatkan supaya membawa sendiri maternity pad kerana pihak hospital tidak ada menyediakan. Jika terlupa bawa, boleh dapatkan di hospimart berhampiran lobi hospital. Kenapa mesti maternity pad? Kerana maternity pad lebih tebal dan lebar. Cuba bandingkan pad maxi lebresse, kotex dengan maternity pad? Tak sama kan? Itu salah satu contohnya la.
6) Pakaian ibu Elakkan daripada membawa pakaian yang terlalu banyak seperti anda baru sahaja lari dari rumah mak mentua kerana pihak hospital ada menyediakan pakaian hospital yang berwarna merah jambu. Cukup dengan hanya membawa baju untuk dipakai semasa discaj nanti. Kalau nak bawa dalam 2-3 persalinan pun masih dikira ok. Cuma jangan bawa satu almari.
Dan, suatu perkara lagi. Sila bawa seluar dalam yang bersesuaian dan disarankan seluar dalam di atas paras pusat bagi tujuan keselesaan ibu dan menjaga luka pembedahan sekiranya pembedahan terpaksa dilakukan. Harapnya dapat bersalin secara normal la ye. Janganlah request pembedahan.
7) Pakaian bayi Seperti juga pakaian ibu, tidak perlu membawa pakaian bayi yang terlalu banyak kerana jika tiada apa-apa masalah, ibu dan bayi akan dibenarkan discaj dalam masa 24 jam. Jika bayi anda terpaksa dimasukkan ke sekolah asrama pun (dimasukkan ke wad kanak-kanak), bayi anda anda juga akan dipakaikan pakaian hospital.
Bagi ibu yang sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda juga boleh membeli keperluan bayi ini secara online sahaja. Untuk lebih penjimatan, DPAMkini sedang mengadakan promo ‘free shipping’ untuk semua barangannya mulai 25 hingga 31 Julai 2019. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan harga istimewa di DPAM!
Sila bawa bekalan lampin pakai buang yang mencukupi dan tidak dilupakan peralatan bayi seperti bedak bayi, syampu, losyen, tisu basah dan apa sahaja yang berkaitan.
8) Bahan makanan Elakkan daripada membawa makanan yang terlalu banyak sehingga penuh almari seolah hendak berpiknik di PD ataupun Cherating dan bawa makanan yang dirasakan perlu sahaja. Bukan apa. Simpati pada suami yang mengangkut bakul besar ke sini sana. Bawa yang dirasakan perlu sahaja. Jangan pula bawa jajan sampai penuh bakul.
Ads
Persediaan mental.
1) Kelas antenatal Ia perlu terutama bagi yang akan melahirkan anak pertama bagi menyediakan ibu dengan sedikit pengetahuan supaya ibu tidak terlalu terkejut berhadapan dengan prosedur apabila berada di dalam dewan bersalin dan supaya ibu tidak bertanya soalan yang sama berulang kali.
“Tadi dah cek, kenapa kena cek lagi? “
“Air ketuban dah keluar, baby tak lemas ke? “
“Kenapa saya makin sakit belakang ni misi?”
“Bila saya nak bersalin ni misi?”
Kenapa, kenapa dan kenapa.
Ads
2) Tanya encik google/yang pakar Maksud bertanya encik google bukanlah bermaksud harus bergantung sepenuhnya pada internet tetapi dapatkan sedikit info tentang proses bersalin dan adalah penting untuk mendapatkan ilmu yang betul sebagai persediaan mental.
Tidaklah ibu melompat bila doktor melakukan pemeriksaan bukaan jalan. Dapatkan juga info dari yang berpengalaman dan sila rujuk jururawat di klinik berhampiran anda.
Yang penting, tolong jangan dapatkan info dari page-page bangang di facebook yang banyak memberikan info yang bukan-bukan.
3) Doa Bagi yang beragama Islam, lakukan amalan yang baik dengan banyak berzikir, berselawat ke atas nabi, banyakkan membaca doa nabi Yunus serta amalan-amalan yang lain sebagai terapi diri dan semoga dipermudahkan proses bersalin.
4) Maaf Jika boleh, mohonlah maaf pada orang-orang yang ada disekeliling anda terutama sekali encik suami dan minta agar dia mendoakan anda supaya mudah bersalin.
5) Pelihara tutur kata Ucapkan kata-kata yang baik, lafazkan doa yang baik-baik dan dengar perkara yang baik-baik.
6) Sentiasa bersikap positif
Perkara Penting yang anda perlu tahu:
* Elakkan memberi botol susu dan puting tiruan kepada bayi yang baru lahir dan sekiranya anda terkantoi di depan jururawat, sila jangan marah kalau jururawat anda membebel.
Ada apa lagi yang tinggal? Sila tambah sendiri.
Oh! Senaman pernafasan jangan lupa berlatih buat ya!
Baru-baru ini tular di media-media ternama tentang penyakit Kawasaki yang menyerang kanak-kanak dan menurut World Health Organizations (WHO) penyakit ini dikesan pada pesakit positif COVID-19. Namun kaitan penyakit ini dengan wabak Covid-19 masih dalam kajian.
Bagi yang pertama kali mendengar tentang penyakit ini tentu tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan penyakit Kawasaki? dan apa pula simptom untuk mengenalpasti sama ada anak kita terkena jangkitan penyakit Kawasaki? Ikuti perkongsian daripada doktor kanak-kanak, Doktor Redza Zainol.
Berderau darah bila saya baca penemuan baru ni tersiar di laman World Health Organization (WHO) dan laman perubatan ternama yang lain.
Negara seperti Perancis, UK, Itali dan Amerika mula laporkan peningkatan kluster kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda seperti penyakit Kawasaki (Kawasaki disease) dan pada masa yang sama positif Covid-19.
Yang merisaukan ialah kanak-kanak yang ada gabungan tanda penyakit Kawasaki dan positif Covid-19 ni, mereka lebih tenat berbanding pesakit yang lain.
Untuk lebih faham, penyakit Kawasaki ni ialah penyakit demam yang melibatkan beberapa organ, terutamanya jantung kanak-kanak bawah 5 tahun. Penyakit Kawasaki ni sangat jarang berlaku pada orang dewasa.
Selain dari demam lebih 5 hari, ada beberapa tanda lain yang ibu ayah boleh perhatikan.
1) Bengkak kelenjar limfa pada leher.
2) Kemerahan pada lapisan conjunctiva kedua-dua mata.
3) Perubahan pada lapisan mukosa oropharynx (contohnya red lips, dry fissured lips dan strawberry tongue).
4) Sedikit bengkak dan/atau kemerahan pada penghujung jari tangan atau kaki.
5) Ruam kulit berwarna merah yang pelbagai bentuk.
Untuk kata ia adalah penyakit Kawasaki, kanak-kanak tu mesti ada mana-mana 4 dari 5 tanda di atas.
Kenapa penyakit Kawasaki ni merisaukan?
Sebab ia boleh menyebabkan dinding salur darah koronari pada jantung jadi lemah dan bengkak.
Salah satu rawatan, kanak-kanak ni kena makan ubat Aspirin macam orang dewasa yang ada penyakit jantung.
Jadi, sama-sama kita perhatikan sama ada anak kita ada gejala seperti yang saya kongsikan.
Gambar di bawah ni sebagai rujukan mak ayah semua tau.
Kajian yang lebih besar masih diperlukan untuk penemuan baru ni.
Bantu saya #sebarkan supaya ramai mak ayah yang lebih prihatin mengenai kesihatan anak.
Pakar laktasi kongsi tip menyusu bayi kembar, ramai mama risau susu tak cukup. Proses menyusukan bayi sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi selain tidak mudah berputus asa terutama kepada wanita yang kali pertama bergelar mama.
Menyusukan bayi semakin mencabar bila mama melahirkan anak kembar. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran mama. Susu tak cukuplah, tak menyusulah dan sebagainya. Keadaan ini tentunya membuatkan mama susah hati bukan?
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi dan pengasas Lunatots, undang-undang asas dalam penyusuan susu ibu ialah semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Katanya, memang benar menyusukan seorang bayi memerlukan komitmen yang besar apatah lagi jika dua atau lebih! Namun ianya boleh dilakukan. Beliau memberikan lapan tip untuk ibu yang menyusukan bayi kembar. Semoga dapat membantu mama-mama terutama yang pertama kali bergelar mama.
MENYUSU MENGIKUT JADUAL
Cara menjimatkan masa untuk menyusu bayi ialah menyusukan kedua-duanya serentak setiap dua jam. Walau bagaimanapun, kadang-kadang salah seorang bayi tidak dapat mengikut jadual minum yang ditetapkan. Ada bayi yang lebih cepat lapar dan begitu juga sebaliknya. Jadi, perlulah disusukan mengikut permintaan (on demand) yang mana akan mengambil lebih komitmen masa dan tenaga ibu.
Ibu boleh menyusukan kedua-dua bayi on demand sebelah siang dan mengikut jadual pada waktu malam. Ketika bayi mengantuk waktu malam, lebih mudah bagi ibu memberikan kedua-duanya susu serentak dalam satu masa.
SOKONGAN BANTAL YANG SELESA
Bayi yang baru lahir biasanya bersaiz kecil dan memerlukan bantal sokongan yang besar ketika menyusu. Bantal berbentuk C yang dapat diletakkan di pinggang ibu membolehkan ibu menyusukan bayinya serentak dengan beberapa posisi. Penyusuan ketika berbaring agak sukar dilakukan semasa bayi masih kecil.
SELANG-SELI
Setiap bayi mesti disusukan sehingga habis satu payudara supaya mendapat susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk) yang dapat memberikan khasiat sepenuhnya kepada bayi.
Untuk sesi penyusuan seterusnya, berikan payudara yang berbeza kepada setiap bayi. Ini bagi latihan untuk stimulasi rangsangan pandangan mata bayi.
Bagi ibu yang mungkin seorang bayinya masih di unit penjagaan neonatal intensif (NICU) di mana hanya seorang yang dapat disusukan. Biasakan diri mengepam sebelah lagi payudara semasa bayi menyusu. Ia bertujuan untuk memberi rangsangan untuk meningkatkan bekalan kedua-dua payudara.
RISAU CUKUPKAH SUSU
Kerisauan tentang kecukupan susu untuk kedua-dua bayi akan membuatkan ibu tidak senang duduk. Ibu perlu percaya pada diri sendiri boleh melakukannya malah itulah yang terbaik untuk kedua-dua anaknya.
MUDAHKAN URUSAN MENYUSU
Beberapa tips yang membantu ibu menyusu dengan mudah ialah tidak memakai coli ketika mahu menyusukan. Ianya membantu mempercepatkan lekapan semasa diawal-awal kelahiran.
Bedung bayi dengan kain bedung yang membuatkan bayi lebih mudah dipegang ketika menyusu. Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga atau rujuk kaunselor laktasi sekiranya terdapat kesukaran dalam urusan penyusuan.
AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Hormon oksitosin dikeluarkan untuk menghasilkan susu ibu semasa bayi disusukan. Hormon ini akan menyebabkan ibu cepat merasa dahaga. Minum air yang mencukupi dan makan makanan yang berkhasiat.
Dikatakan seorang bayi yang menyusu membakar 500 kalori setiap hari. Jika ibu ada kembar dua, ianya dua kali ganda!
Amalkan sayur-sayuran dan penggalak susu seperti halba. Elakkan makanan ringan yang membuatkan ibu kenyang dan tiada selera makan. Gantikan kudapan dengan buah dan biskut penggalak susu.
PERAH
Sekiranya ibu perlu berpisah dengan bayi, perah susu setiap tiga jam semasa perpisahan berlaku. Ini penting untuk memastikan payudara dikosongkan dan penghasilan susu dapat diteruskan walaupun ibu terpisah dengan bayi.
*Boleh ajar bayi minum susu badan di dalam botol ketika mama perlu ke hospital bila bayi kembar yang seorang lagi masih belum boleh keluar dari hospital. Minta sokongan ibu dan juga adik beradik perempuan.
MASALAH PENYUSUAN
Masalah penyusuan yang mungkin berlaku ialah seperti putih merekah (cracked nipple). Ia sering kali berlaku kerana posisi semasa menyusu. bagi ibu yang menyusu kembar. Ibu boleh merapatkan badannya, bersandar pada kerusi dan bayi menyusu semasa di atas bantal berbentuk C. Lekapan mestilah rapat dan tidak menyakitkan ibu.
Ibu juga memerlukan bantuan orang lain untuk memegangkan seorang lagi bayi sementara seorang lagi disusukan. Atau membantu menenangkan bayi jika ada yang memerlukan perhatian ketika seorang lagi bayi disusukan.
Anak syurga, hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama-lamanya. Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh. Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat, pemergiannya sangat terkesan lebih-lebih lagi cahaya mata pertama yang ditunggu-tunggu.
Namun janji Allah itu pasti. Siapa kita nak menidakkan takdir-Nya meskipun kesedihan itu Allah yang tahu. Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Ab Rahman di facebooknya, pemergian bayi perempuan yang diberi nama Nur Ruhainies Shafyna binti Abdul Rahman satu ujian tetapi dia dan isteri reda walaupun masih sedih.
Berikut adalah perkongsiannya:
Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat saya. Anak saya telah pulang ke rahmatullah pada 2/11/2021 akibat pendarahan dalam otak yang disebabkan dari sakit gigi geraham yang tumbuh.
Kalau ikutkan bayi 2 bulan lebih tidak sepatutnya tumbuh gigi geraham, tetapi disebabkan dia seorang yang istimewa, gigi gerahamnya telah pun tumbuh 3 batang dan gigi hadapan juga dah tumbuh.
Akibat giginya tumbuh, dia menangis sangat kuat dan tidak terkawal sehingga mengakibatkan pendarahan dalam otak.
Al-Fatihah Nur Ruhainies Shafyna binti Abdul Rahman. Moga anak syurga ini menjadi tiket buat kedua ibu bapanya nanti di sana. Insya-Allah. Mungkin sekarang sedih, pengakhirannya nanti si comel ini akan tarik tangan ibu ayah. Amin.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!