Kuasa mendengar suami apabila isteri meluah dan mengadu sesuatu memberi impak besar menyelamatkannya dari kemungkinan dilanda penyakit depresi.
Begitu juga dengan halnya apabila anak-anak mengadu sesuatu. Sebagai ibu bapa, kita wajib memberi perhatian dan mendengar terlebih dahulu. Mungkin aduan anak kita itu betul dan dapat menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kejahatan manusia lain.
Perkongsian bermakna daripada Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan untuk semua yang bergelar ibu bapa.
Apabila anak-anak mengadu, bercerita, kita sebagai ibu bapa, belajarlah untuk mendengar.
Apabila isteri mengadu, bercerita, meluahkan. Sebagai suami, tolonglah dengar.
“Mak, harini cikgu pukul kakak,” kata anak sambil menunjukkan tangannya yang lebam.
“Ibu, abang usik pung**ng adik,” beritahu anak merujuk pada anak pengasuh yang mencabul.
Dengar. Cuba untuk percaya anak. Kemudian, jangan blur. Bincang dengan pasangan, siasat. Jangan nanti anak kita rasa rendah diri apabila dijerkah, “tengoklah, mak ayah kau pun tak buat apa-apa bila kau mengadu!”
Mungkin atas cepatnya tindakan kita akan menyelamatkan anak-anak dari terus didera guru/pengasuh, mahupun dicabul anak pengasuh/rakan/jiran.
“Abang, tolong bawa anak-anak keluar sekejap. Saya nak bersendirian,” ikutkanlah permintaannya.
“Harini boleh balik awal tak? Tolong saya tengokkan anak, saya rasa terlalu serabut sangat sampaikan hampir nak pukul budak-budak ni,” Just come back home early, while your wife still sane.
Kadang kita terlalu sibuk dengan kerjaya kita sampai kita bebankan kepala, emosi, fizikal isteri melayan anak-anak seharian suntuk, langsung tiada masa untuk diri sendiri. Mungkin apabila kita cakna perubahan emosi isteri akan menyelamatkannya dari dilanda penyakit depresi.
Ya, sekuat mana pun seseorang lelaki sebagai suami & ketua keluarga, kadangkala ada waktu ‘inner peace’nya terganggu juga.
Caknalah.
Dengarlah.
Lihatlah.
Jangan asyik sibukkan diri dengan hal yang lain-lain hingga terabai intan permata di depan mata.
Serta,
Buatlah sesuatu.
Don’t ever let our beloved person ‘drowning’, ALONE.