Keibubapaan

Bila Isteri Tenang & Bahagia, Mudah Je Urusan Rumah Tangga, Suami & Anak-Anak

Share

Isteri diibaratkan seperti permaisuri dalam sebuah rumah tangga. Walaupun menjadi orang kedua penting dalam rumah selepas suami atau ketua keluarga, tetapi tanggungjawab isteri sebagai ketua yang menguruskan segala hal rumah tangga usah dipertikaikan.

Dengan kata lain kalau isteri mogok sehari tak nak buat urusan rumah tangga, habislah berkecah rumah dan terpaksalah suami beli makanan dari kedai.

Justeru sebagai suami, anda kenalah faham bagaimana ‘dahsyatnya’ otak isteri hendak merancang, menyusun dan melaksanakan segala urusan rumah tangga dan anak-anak dengan lancar setiap hari.

Isteri tak minta diberikan emas berlian sebagai penghargaan tetapi kalau suami hadiahkan isteri terima sahaja.

Sebenarnya isteri lebih menghargai sekiranya suami memahami keperluan isteri yang sesekali mahukan masa bersendirian seketika atau lebih popular zaman sekarang orang sebut me time.

Photo by Jack Sparrow

Perkongsian daripada penulis keibubapaan popular di sosial media, Dr Taufiq Razif mengenai bagaimana perkara yang simple mampu membuatkan isterinya senyum sampai ke telinga wajar direnung-renungkan bersama oleh para suami.

Punya la bahagia isteri saya baru ni.

Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco. Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.

Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.

Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je
Perempuan ni kita kena faham, rutin harian dia banyak berputar di anak, ampaian, singki dan rumah.

Kadang benda tu buatkan dia naik jemu. Rasa macam mati akal nak buat apa padahal kerja berlambak lagi nak kena buat.

Tu tanda dia dah mula tepu la tu. Jadi caranya adalah bawak je isteri pergi shopping ke jalan jalan taman bunga ke pergi zoo ke pergi pantai ke.

Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu

InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.

Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!

Ramai Wanita Bersetuju!

Menjengah ke ruangan komen, hampir majoriti yang meninggalkan komen di kalangan kaum wanita yang sudah bergelar ibu. Rata-rata bersetuju dengan perkongsian Dr Taufiq.

Ternyata terapi menghilangkan stres paling mudah bagi mereka adalah berjalan-jalan ke kedai-kedai serbaneka, supermarket, shopping mall walaupun tanpa perlu membeli apa-apa.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Jom join webinar Aku Tak Serik Bersalin. PERCUMA sahaja!

Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!

Published by
Hasnita Sawal