Bila jadi mak-mak ni semua benda kita nak buat. Bila dibiarkan jadi bebanan tanpa kita sedar boleh trigger stress dalam diri kita.
Sebab apa? Sebab kita tak yakin bila anak buat. Sebab kita tak puas hati bila anak buat.
Sebab kita tak sabar nak menunggu anak siap buat. Tambah lagi bila kita ada anak lelaki.
Rasa kurang percaya dengan kemampuan mereka ni.
Tapi bila kita teruskan tak letakkan sebarang harapan kepada mereka inilah akan menjadikan mereka seorang suami atau ayah yang berat tulang kepada isteri dan anak-anak mereka kelak.
Lepas makan, tinggal pinggan dalam sinki.
Lepas mandi, tak pernah sental bilik air.
Lepas tukar baju, tinggal dan sepah atas lantai.
Lepas buat kerja, sampah dibiarkan saja.
Kita tak nak macam ni. Anak jadi tak boleh harap dan risau sampai tahap mereka jadi kurang ajar.
Ads
Kita pula, hari-hari terus penat tanpa dibantu. Kanak-kanak seawal usia dua atau tiga tahun inilah kita boleh perkenalkan mereka dengan erti tanggungjawab.
Tak perlu kejar kesempurnaan, kerana mereka belajar dulu secara berperingkat sepertimana belajar berjalan, pasti akan terjatuh dulu sebelum dapat berjalan dengan baik.
Belajar dari pengalaman. Berikan masa dan peluang. InsyaAllah pengalaman tersebut akan dapat mendewasakan mereka.
Percayakan mereka dan raikan prosesnya, yakin mereka boleh buat apa yang orang lain boleh buat juga.
Ads
Bagi mereka peluang untuk menunaikan tanggungjawab untuk diri sendiri dulu seperti menggosok gigi sendiri, menyimpan mainan, letak pakain dalam bakul.
Walaupun tak sebersih dan sekemas apa yang diharapkan, namun tetap hargai usaha mereka.
Tetapkan peraturan, jadual dan jadikan rutin. Lama kelamaan tanggungjawab yang mereka laksanakan akan menjadi kebiasaan.
Ads
Dan dengan izin Allah anak akan membesar dan berkeluarga satu hari nanti dan menjadi orang yang tak menyusahkan isteri dan anak mereka. InsyaAllah
Kebiasaanya bila beli barang basah terutama sayur-sayuran pastinya tak tahan lama, cepat berkulat dan layu. Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan bahan masakkan tahan lama, mudah disediakan dan sentiasa segar.
PETUA-PETUA DI DAPUR
Kredit: Shakina Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Hati-hati mak ayah bila mengecas handphone sebab anak-anak ni diorang bukan tahu pasal bahaya. Bagi mereka semua benda boleh di gigit. Itu yang wayar soket pun dia nak kunyah.
Sila ambil iktibar!
Pada 28 september 2017, satu kejadian buruk telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 19 bulan di Amerika. Bibir bayi tersebut telah melecur teruk di bahagian kiri gara-gara mengigit wayar caj telefon yang masih terpasang.
Bukan melecur sahaja, malah banyak lagi bahaya lain yang berpunca dari arus elektrik pengecas telefon ini.
Antaranya:
Boleh menjadi punca kebakaran
Terkena renjatan elektrik tinggi
Melecur & Terbakar Kulit
Peranti boleh meletup
Boleh bawa maut
Ya boleh bawa maut, dah banyak kes maut yang melibatkan pengecas telefon ini.
Ramai orang salah anggap, mereka sangka voltan rendah seperti 5-12 Volt dari pengecas telefon tidak mungkin bawa maut, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
0.5 Ampere arus elektrik jika mengalir pada jantung dah boleh membawa maut. 10 kali ganda lebih rendah dari arus yang keluar dari pengecas telefon.
Ibarat jika anak kita mengigit wayar pengecas telefon yang sedang terpasang risiko maut adalah 10 kali ganda lebih tinggi.
Tolonglah beringat mak ayah sekalian..
Jauhkan segala soket, wayar atau sebarang perkakasan yang ada arus elektrik daripada boleh di capai oleh anak kecil.
Simpan atau sorok soket pengecas telefon daripada di lihat oleh anak-anak semasa mengunakannya.
Pastikan suis soket sudah di tutup selepas digunakan. Sebaiknya lepas guna cabut wayar pengecas tersebut dan simpan dalam laci.
Gunakan pengecas yang tulen kerana yang tulen kurang berisiko untuk rosak dan ada kebocoran arus elektrik.
Jangan cas telefon semasa mahu tidur atau ditinggalkan. Di khuatiri terlebih cas dan boleh sebabkan kerosakan pada soket dan telefon.
Powerbank pun sama, jangan biar anak jilat atau gigit walaupun kuasa dah tinggal 0 peratus kerana masih ada sedikit arus elektrik. Mungkin lebih 0.5 ampere yang tertinggal.
Jika anak dah besar boleh ajar tips bahaya dan keselamatan menggunakan perkakasan elektrik di rumah. Tetapi dengan pantauan orang tua.
Elektrik jangan buat main-main. Hanya 1-2 saat sahaja dah boleh membawa maut jika terkena. Terlalu pantas kesan elektrik ni.
Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Mohd Fhais
Sentiasalah beringat hal keselamatan anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara didik anak umur 2 tahun sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun. Bermula umur inilah tahap usia emas atau ‘golden age’ seorang anak.
Kenapa dikatakan ‘golden age’? Kerana ketika ini semua sitem pancaindera anak sudah sempurna dan aktif dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak.
Oleh itu penting sekali bagi ibu bapa untuk mengetahui bagaimana cara betul mendidik anak umur 2 tahun. Anak 2 tahun juga terkenal sebagai golongan kanak-kanak yang cepat mengamuk atau tantrum sehingga digelar oleh pakar perkembangan anak sebagai ‘terrible twos’.
Sikap mereka yang sukar dijangka dan difahami membuatkan ramai ibu ayah boleh hilang sabar melayan kerenah si kecil.
Perhatian dari ibu bapa pada usia keemasan ini sangat diperlukan kerana anak pada umur 2 tahun ini mempunyai tahap ingin tahu yang sangat tinggi dan dibimbangi jika tidak diberi perhatian boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka.
Ini antara tips cara mendidik anak umur 2 tahun yang disarankan oleh pakar perkembangan anak supaya tumbesaran mereka berjalan dengan baik.
1. Ajar perkara rutin
Si kecil perlu diajar kebiasaan atau perkara rutin yang ‘simple’. Pada usia ini, anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa baik dari segi percakapan atau pun perbuatan.
Perkara rutin yang perlu diajar mestilah yang baik dan beradab seperti bersalam orang bila berjumpa, memberikan salam, membuang sampah di tong sampah, baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun mereka belum lancar melakukannya tetapi rutin adab yang diajar itu akan terus diingati di otaknya dan diamalkan sampai dewasa.
2. Luangkan masa dengan anak
Walaupun sibuk dengan urusan kerja pastikan anda meluangkan masa dengan si kecil 2 tahun ini. Kurang perhatian dari ibu ayah antara punca anak umur 2 tahun ini suka mengamuk dan buat perangai. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu ayah sangat diperlukan.
Ia penting untuk membina ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa. Jangan sampai disebabkan sibuk bekerja anda terlepas momen tumbesaran anak. Beri perhatian terhadap setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak kerana ketika usia ini mereka sedang ‘kemaruk’ belajar bercakap dan berilah tindak balas dari setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak.
3. Dedahkan anak pada aktiviti luar
Selain menghabiskan masa di dalam rumah, dedahkan juga anak umur ini dengan dunia luar. Membuat aktiviti di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain bola di padang atau sekadar beriadah di taman-taman memberi peluang kepada si kecil belajar banyak perkara.
Antaranya dia belajar mengenal alam semula jadi, berjumpa ramai orang dan bersosial dengan kawan-kawan sebayanya. Dengan cara ini, anak akan membesar sebagai orang yang lebih bersikap terbuka, pandai bergaul serta berkeyakinan.
4. Biarkan si kecil meluahkan perasaan
Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.
5. Sentiasa jaga keselamatan anak
Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.
6. Jangan tengking dan marah anak
Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.
Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.
Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.
Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik
p/s : Sebarkan mesej ni pada semua mak ayah yang anda kenal 😉
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.