Bila jadi mak-mak ni semua benda kita nak buat. Bila dibiarkan jadi bebanan tanpa kita sedar boleh trigger stress dalam diri kita.
Sebab apa? Sebab kita tak yakin bila anak buat. Sebab kita tak puas hati bila anak buat.
Sebab kita tak sabar nak menunggu anak siap buat. Tambah lagi bila kita ada anak lelaki.
Rasa kurang percaya dengan kemampuan mereka ni.
Tapi bila kita teruskan tak letakkan sebarang harapan kepada mereka inilah akan menjadikan mereka seorang suami atau ayah yang berat tulang kepada isteri dan anak-anak mereka kelak.
Lepas makan, tinggal pinggan dalam sinki.
Lepas mandi, tak pernah sental bilik air.
Lepas tukar baju, tinggal dan sepah atas lantai.
Lepas buat kerja, sampah dibiarkan saja.
Kita tak nak macam ni. Anak jadi tak boleh harap dan risau sampai tahap mereka jadi kurang ajar.
Kita pula, hari-hari terus penat tanpa dibantu. Kanak-kanak seawal usia dua atau tiga tahun inilah kita boleh perkenalkan mereka dengan erti tanggungjawab.
Tak perlu kejar kesempurnaan, kerana mereka belajar dulu secara berperingkat sepertimana belajar berjalan, pasti akan terjatuh dulu sebelum dapat berjalan dengan baik.
Belajar dari pengalaman. Berikan masa dan peluang. InsyaAllah pengalaman tersebut akan dapat mendewasakan mereka.
Percayakan mereka dan raikan prosesnya, yakin mereka boleh buat apa yang orang lain boleh buat juga.
Bagi mereka peluang untuk menunaikan tanggungjawab untuk diri sendiri dulu seperti menggosok gigi sendiri, menyimpan mainan, letak pakain dalam bakul.
Walaupun tak sebersih dan sekemas apa yang diharapkan, namun tetap hargai usaha mereka.
Tetapkan peraturan, jadual dan jadikan rutin. Lama kelamaan tanggungjawab yang mereka laksanakan akan menjadi kebiasaan.
Dan dengan izin Allah anak akan membesar dan berkeluarga satu hari nanti dan menjadi orang yang tak menyusahkan isteri dan anak mereka. InsyaAllah
Kredit: Hanis Athirah Rusli