Bila dah jadi suami isteri, hari-hari duduk bersama, lama-lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan. Nampak macam adik-beradik, sedangkan suami isteri. Kata orang, pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tangganya bahagia.
Kalau wajah nampak lebih kurang sama, rasa macam sweet sangat. Nampak sepadan dan elok bila bersama. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa wajah seseorang itu kelihatan mirip seperti pasangan mereka.
Artikel Menarik: [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
Kajian psikologi mengatakan apabila sesebuah pasangan itu kerap menghabiskan masa bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, rupa mereka akan semakin mirip antara satu sama lain. Patutlah wajah nampak seakan sama, kerana mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama dan berkongsi minat dengan orang yang dicintainya.
Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]
Semasa kita mencari pasangan, kita tak sedar yang sebenarnya kita mencari yang boleh serasi dengan kita. Apabila kita mencari pasangan, kita cenderung memilih seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga akan memainkan peranan untuk kita membuat pilihan kepada orang yang seakan sama dengan personaliti kita.
Ada kajian yang menunjukkan apabila terlalu lama seseorang menghabiskan masa bersama dengan pasangannya, wajah akan kelihatan seiras. Seseorang itu cenderung untuk mempunyai rupa yang tampak sama dengan orang yang selalu bersama dengan mereka.
Dalam banyak kajian, keputusan yang diperolehi menunjukkan telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Semakin bahagia dan gembira sesebuah pasangan, mereka akan menjadi lebih seiras dan banyak persamaan pada wajah.
Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]
Memandangkan manusia mempunyai empati, emosi dan reaksi yang ditunjukkan akan mengikut kesesuaian dengan orang yang berada dekat dengannya. Otot-otot tubuh manusia akan berkembang mengikut kegunaannya.
Contoh paling mudah, jika pasangan sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.
Betullah kata orang, kalau wajah seiras tu bahagia. Sebenarnya kalau setiap isteri atau suami itu selalu merasa bahagia dan gembira bersama orang yang mereka sayangi, sudah tentu rumah tangga akan ‘manis’ saja. Seiras atau tidak, selagi saling menggembirakan sudah cukup bagus.
Bila kita selalu bahagia dan kurang tertekan sudah pasti tahap kesihatan kita juga lebih mantap. Kurang jatuh sakit membuatkan kita merasa lebih sihat. Hidup yang dikelilingi aura positif akan membuatkan seseorang itu lebih sihat dan panjang umur.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik.
Nak hantar gambar anak klik sini 👉 https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/