Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya.
Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Ads
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Ertinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Ads
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunyai sikap pilih kasih kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Ingat, walaupun anak masih kecil mereka juga mempunyai perasaan. Hormatilah perasaan anak dan tunjukkan penghargaan anda terhadap mereka.
Bedak Sejuk Campuran Beras Pulut, Kunyit & Kulit Kayu Manis, Mama Yang Ada Masalah Kulit Boleh Cuba
Bagi mama yang mengalami masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam, bolehlah cuba ramuan bedak sejuk yang menggunakan beras pulut, kunyit dan kulit kayu manis. Bedak sejuk memang sejak dari dahulu lagi menjadi amalan nenek moyang kita. Ia mampu merawat kulit wajah berjerawat di samping menjadikan kulit wajah lebih halus dan anjal.
Jerawat memang boleh dikatakan ‘musuh’ utama kulit wajah. Sesiapa sahaja yang mengalami masalah jerawat pasti akan berasa kurang keyakinan diri. Apabila jerawat mula menghinggapi kulit wajah, solekan setebal mana pun tidak mampu menyembunyikannya.
Apa kata anda cuba bedak sejuk versi cara cepat dan mudah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Boleh buat untuk stok dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Tidak sesuai simpan di luar, bimbang berbau atau pun berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut
Kunyit hidup
Kulit kayu manis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut dan rendamkan semalaman atau sejam (ikut mana kita suka)
2. Buang kulit kunyit (kuantiti kunyit ikut kesesuaian dengan beras pulut)
3. Kisar kering beras pulut bersama kunyit (jangan dicampur dengan air)
4. Campurkan kulit kayu manis. Jangan terlalu banyak. Takut panas muka. Boleh guna setengah sudu kecil. Kemudian kaccau hingga sebati.
5. Kulit kayu manis ikut suka sama ada hendak tumbuk atau pakai serbuk yang sedia jual di kedai.
6. Simpan di dalam bekas. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Barulah tahan lama
7. Apabila hendak pakai, ambil sedikit, barulah campur dengan sedikit air.
BERIKUT LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT BEDAK SEJUK VERSI CEPAT DAN MUDAH:
Kisar semua bahan dengan kaedah kisar kering ikaitu tanpa dicampur dengan air.
Simpan di dalam bekas yang tertutup dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil sedikit untuk digunakan.
Campurkan dengan sedikit air.
Sapukan rata pada seluruh kulit wajah.
Sebenarnya kita boleh mempelbagaikan ikut kesesuaian kulit muka kita. Ada orang suka campur madu dan asam jawa. Boleh jugak buat masker dengan putih telur. Dan tiga bahan ini juga kita boleh olah buat skrub badan juga.
Apa yang menarik tentang bedak sejuk kunyit + kulit kayu manis ini? Sebenarnya ia boleh membantu untuk mengecutkan jerawat, menegangkan kulit wajah dan menghilangkan gatal-gatal resdung pada kulit muka.
Kunyit memiliki sifat antikeradangan dan antioksidan yang penting untuk mengubati masalah kulit. Menggunakan kunyit sebagai pupur wajah bukan saja dapat meredakan keradangan akibat jerawat, malah mampu mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemunculannya.
Sumber kredit: Hanie Inara via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah anda akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi? Sudahkah anda lengkapkan keperluan bayi yang bakal lahir.
Pasti anda tidak mahu dengan pembaziran, bukan? Jangan risau, Pa&Ma senaraikan barangan patut dipertimbangkan untuk dibeli bagi kegunaan di bulan-bulan awal kelahirannya.
1. Pam payudara
Bagi anda ibu berkerjaya yang bertekad mahu menyusukan bayi dengan susu ibu, maka ini pun barangan sangat perlu dan mesti ada.
Pam payudara memudahkan anda memerah susu untuk memenuhi keperluan anak ketika dia ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh. Jimat tenaga dan masa!
Digalakkan untuk tidak beli pam manual. Belilah pam automatik yang membolehkan anda melakukan banyak hal lain ketika mengepam.
2. Stroller
Bagi anda yang rasa stroller sangat diperlukan bagi membantu bayi lebih selesa ketika keluar berjalan-jalan kelak, maka belilah satu.
Pastikan ia menepati keperluan anda dan bayi. Dapatkan stroller yang tahan lasak. Bolehlah anda gunakannya sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya. Jimat!
3. Carseat
Bagi anda yang selalu on the go, kelengkapan ini perlu diutamakan semasa membeli keperluan bayi.
Tiada yang lebih penting daripada keselamatan anak anda ketika dalam kereta. Pastikan anda membeli carseat yang selesa untuk anak dan boleh pakai sehingga meningkat usianya. Sekurang-kurang ia berguna untuk tempoh jangka masa yang panjang dan menjimatkan kos pembelian.
4. Kain lampin
Biarpun anda lebih senang memilih lampin pakai buang sebagai lampin bayi, anda masih perlu membeli kain lampin.
Ia bukan bertindak sebagai lampin. Lebih daripada itu, dalam keadaan tertentu ia sangat berguna sebagai tuala, kain lap, selimut, bedung sementara, penghalang matahari dan banyak lagi. Satu kain pelbagai guna. Sudah pasti menjimatkan!
5. Termometer digital
Termometer amat penting kerana ia memudahkan anda mengesan suhu badan bayi sekiranya dia mengalami demam
Termometer digital yang biasa sudah mencukupi. Malah boleh digunakan oleh seisi keluarga. Jimat bukan?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teknologi sekarang sebenarnya banyak membantu jika digunakan dengan betul. Begitu juga dalam hal melibatkan pengesanan ahli keluarga yang tidak ada bersama dengan kita. Ada beberapa aplikasi yang boleh digunakan dan salah satunya teknik tracking.
Ini sebagai salah satu alternatif jika berlaku kejadian tak diingini. Sekurang-kurangnya kita beringat dan andai kata suami atau isteri dua-dua bekerja, bolehlah masing-masing tahu di mana lokasi terkini sebelum sampai rumah.
Kadang di tengah jalan nak sampai rumah macam-macam boleh jadi. Begitu juga jika ada anak-anak yang dah besar dan mempunyai handphone sendiri, ibu bapa mudah nak kenal pasti di mana mereka berada.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Yusoff, teknik ini boleh dilakukan dengan mudah dan pastikan guna aplikasi Map.
Harini aku nak share satu teknik tracking manusia secara Percuma. Sebab ramai sangat yang mengadu suami entah ke mana, anak-anak entah ke mana. Pulak tu time cuti-cuti Malaysia, ramai-ramai jalan berpecah pun semua entah ke mana, tak boleh tracking.
Atau pun nak monitor wife balik kerja on de way, kita nak masak sedap-sedap ngam-ngam dia sampai depan pintu, lauk ready atas meja dengan lilin panjang dah nyala, pun boleh. Tak ada la lilin tu dah pendek baru wife sampai rumah kan.
Tujuannya adalah untuk kebaikan. Kalau kejahatan, tu dosa sendiri tanggung.
Caranya untuk install di HP anak-anak:
1. Pinjam handphone anak kejap 10 minit je.
2. Masuk app MAPS, dan ONkan location sharing.
3. Share location kepada alamat gmail handphone kita. Selesai!
4. Selagi GPS handphone anak-anak on, dan ada data, kita boleh tengok location dia orang di google map handphone kita.
Kalau handphone pasangan pun sama la. Kena pinjam jap. Bagus untuk pantau lokasi semasa ahli keluarga. Sama ada sewaktu pergi bercuti atau ke mana saja. Jika jadi apa-apa kita boleh tahu.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.