Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi. Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus, istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya.
Mak ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan. Nak bertegas dengan anak demi kebaikan anak tak ada masalah. Tapi yang ramai silap hari ini adalah terlampau garang sehingga anak jadi perit. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
1.Menjerit-jerit
Lupa nak perlahankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara. Guna nada profesional seperti pembaca berita. Suara diaorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu.
Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.
2. Lupa nak tarik nafas dan senyum
Ads
Bila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu. Fikir dulu kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya. Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!.
Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.
Ads
3. Lupa niat; nak terang atau nak serang
Mak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa. Nabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri, 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulang kali.
Lepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu. Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembap ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.
Ads
4. Lupa anak kita bukan milik kita
Kita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancangan-Nya yang kudus itu. Anak-anak kita adalah milik Allah. Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih reda Allah. Anak -anak merupakan asbab untuk capai keredaan dan kasih sayang Allah.
Sumber: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki susu ibu adalah ibarat titisan emas untuk anak kerana bukan semua dapat menyusu bayi sehingga umur yang maksimum. Jika dapat secara eksklusif 6 bulan pun ramai ibu bersyukur.
Bagaimanapun, ada juga ibu yang dikurniakan susu badan meriah dan rezeki anak untuk menikmatinya sampai 2 tahun. Cuma yang menjadi masalahnya pada ibu untuk cerai susu badan apabila dah cukup tempoh.
Pasti ramai yang tak sampai hati lihat anak merengek kan? Malah ramai juga ibu yang nak tahu tip cerai susu badan. Berikut dikongsikan tip oleh Puan Khairunnisa Nawi berdasarkan pengalamannya sendiri.
Alhamdulillah berjaya genapkan penyusuan sehingga 2 tahun dengan izin Allah. Nak ceraikan susu paling mencabar emosi dan fizikal. Dua-dua akan terkesan. Kena kuatkan semangat demi anak.
Antara tips yang saya praktikkan:
1. TANAM DALAM MINDA SEPARA SEDAR ANAK
Dalam 2-3 minggu sebelum Syifa masuk 2 tahun, saya dah bagitau dia berulang kali. Syifa dah besar. Dah nak masuk 2 tahun, tak boleh susu ummi dah. Minum susu dalam botol ye.
2. CARI PENGGANTI YANG MENARIK & SESUAI
Saya cari botol ni. Ikea punya. Sebab tak nak dia minum dalam botol susu yang ada puting dah. Setiap kali dia minta susu, saya bancuh susu dalam botol ni.
Biasakan anak minum dalam botol yang takde puting dah, ianya bagus untuk oral motor anak. Anak yang masih lagi minum dalam botol susu yang ada puting, dia tak berpeluang nak latih oral motor dia. Ada kaitan dengan perkembangan pertuturan ye.
3. DIVERT ATTENTION DIA
Contoh, bila Syifa minta susu. Saya larikan fokus dia ke tempat lain. Ajak dia main sama-sama. Bagi makanan. Contoh biskut atau buah. Syifa suka kudap-kudap.
Ringkas saja tipsnya. Alhamdulillah sekarang memang dia lupa habis susu umminya. Minta buatkan susu dalam botol ni pun jarang. Saya biasakan bagi cawan pula.
Saya pernah baca tips dari pakar laktasi. Kalau boleh proses cerai susu biarlah jadi momen yang indah antara ibu dengan anak. Jangan dipaksa. Take your own pace and time.
Mummy/ Ibu/ Mama sekalian buat macam mana nak ceraikan susu anak? Boleh share?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak bukan setakat memberi nafkah makan, minum dan pakaian tetapi lebih dari itu lagi. Berjaya bimbing anak dengan sentiasa menggerakkan hatinya ke arah kebaikan satu bonus besar buat ibu bapa.
Disebabkan itulah, ibu bapa digalakkan untuk melakukan beberapa amalan ini semasa anak tidur bagi merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi anak secara keseluruhannya.
Setiap malam, apabila anak tidur wiridkanlah “Ya Latif” pada ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sekurang-kurangnya 100x.
Seterusnya, bacakan surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sekali.
Bisikkan di telinga anak kita dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
Bisiklah yang baik-baik seperti nasihat, pujian dan luahkan perasaan kasih sayang kita kepada mereka.
Mengikut kajian, percakapan kita kepada anak yang sedang tidur sangat berkesan kepada kesihatan jiwa dan rohnya. Hebatkan! Jadi sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita.
Peliharalah diri anak dengan akhlak yang baik dan sikap terpuji kerana merekalah yang akan mendoakan kita pula selepas ini.
Fuhh anak dah lima pun, badan macam anak dara! Itu antara pandangan awal peminatnya bila melihat Datin Rebecca Nur Al-Islam. Walaupun kelima-lima anaknya dilahirkan secara pembedahan, tetap tampil cantik.
Mungkin ramai yang kata, ada duit semua boleh. Bagi Rebecca walaupun ada duit tapi jika tak betul-betul jaga kesihatan tak memberi hasil yang sempurna juga.
Menerusi instagramnya, Rebecca yang baru saja habis berpantang anak kelima mula buat come back dan dah mula dapat bentuk badannya yang asal. Apa rahsianya?
Katanya nak maintain bukan senang, tapi perlu ada kesungguhan. Paling penting jangan tidur siang. Namun waktu malam kena tidur cukup.
Ini antara yang diamalkannya sejak dulu lagi. Siang sebaiknya kita aktif dan malam biarlah boleh betul-betul rehat.
Selain itu, jangan sesekali skip untuk makan sarapan pagi. Ini kena disiplin. Jika ada yang kata tak mahu sarapan sebab nak diet, persepsi ni kena perbetulkan.
Penting sebenarnya makan ikut waktu. Cuma biarlah makanan yang kita makan tu ikut kalori yang betul. Baru mudah nak maintain berat.
Macam Mana Urus 5 Anak Kecil?
Bila ada yang tanya bagaimana saya urus lima anak yang masih kecil, jawapannya mudah. Kena jadi superwoman.
Maksudnya di sini kena cekap uruskan anak-anak. Walaupun ada pembantu yang tolong uruskan anak bila sibuk, tapi jika ada di rumah, Rebecca suka urus sendiri anak-anak.
Ini pun salah satu cara ibu-ibu boleh kekal langsing. Urus anak, buat keja rumah pun salah satu senaman tidak langsung.
Rebecca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan lima anak, Nor Adam Daniel, 9, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, dan Nor Aliff Al-Raffael, 2, dan Nor Ahmet Al-Reaggan serta dua orang anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Datuk Azam.
Sumber: instagram Rebecca Nur Al-Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...