“Mama dah meninggal yer, bila mama nak bangun?” kata Syurafa’ Muhamad Hisyam, 2, selepas mendengar berulang kali perkataan meninggal dunia apabila keluarganya terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng, Perak, semalam.

Muhammad Hatem berkata, buat masa ini, Syifa’ seperti mengerti mama dan adiknya itu sudah tiada berbanding Syurafa’.

Selepas dia mendengar perkataan meninggal dan melihat mama dan kakaknya itu dikebumikan, dia tertanya-tanya bila mereka akan bangun selain asyik menyebut nama mereka.

Malam tadi pun, dia sukar tidur dan sering mencari mamanya walaupun kami cuba menarik perhatian dengan mengajak dia main bersama sepupunya yang lain.

Selain itu, abang (Muhamad Hisyam) masih fobia untuk memandu kereta

IKLAN

Dalam kejadian 7.10 pagi itu, kereta Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga merempuh belakang Honda Civic yang berhenti kerana terdapat kemalangan di hadapan.

Rempuhan itu menyebabkan ibunya, Ummu Maisarah Kamaludin, 33, yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Syaima’ Muhamad Hisyam, 5, yang duduk bahagian penumpang depan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.

Adik ipar kepada arwah Ummu Maisarah, Muhammad Hatem Zakaria, 28, berkata, ketika kejadian abangnya, Muhamad Hisyam Zakaria, 35, bersama isteri (Ummu Maisarah) dan tiga anak perempuan mereka iaitu Syifa’, 9; Syaima’ dan Syurafa’ dalam perjalanan dari Petaling Jaya menuju Pendang, Kedah untuk menghadiri kenduri aqiqah sepupu selain bercuti.

Menurutnya, mereka sekeluarga keluar rumah pada 4 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Saya mengetahui kejadian itu selepas abang (Muhamad Hisyam) menghubungi ayah memaklumkan kejadian sebelum kami bergegas ke Perak.

Jenazah kakak ipar (Ummu Maisarah) dan anak buah (Syaima’) selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 8 malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan treler Hino, Perodua Myvi, lori yang belum dikenal pasti, Volkswagen Passat, Honda Civic dan Proton Perdana dengan keseluruhan 10 mangsa termasuk dua cedera dan dua maut.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi menyebabkan kereta itu berpusing dan berhenti di lorong kanan sebelum sebuah lori tidak dapat dipastikan memperlahankan kenderaan.

“Volkswagen Passat di belakang lori itu memperlahankan kenderaan serta menyalakan lampu kecemasan, diikuti Honda Civic namun Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga gagal mengelak lalu melanggar belakang Honda Civic. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Hmetro