Sebagai ibu bapa, terkadang kita selalu menyangka anak kita akan sentiasa mendengar kata dan mudah untuk dikawal. Tahukah anda bahawa anak-anak juga mempunyai fasa-fasanya yang tertentu dan mereka dalam proses untuk membentuk diri mereka sendiri.
Menurut perkongsian Faizatul Iman, dia berkongsi tentang “Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun” yang di pelajari oleh Ibu Rose (Penulis keibubapaan).
Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun
Apa yang perlu kita expect.
✅ Anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap.
✅ Sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.
✅ Ibu bapa akan menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil
Apa itu fasa individuating?
Ads
Ia adalah fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti
Sampai bila fasa individuating ni?
🙋🏻♀️ Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap sahaja iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Ads
Apa yang kita perlu lakukan?
1️⃣ Jangan cepat melebel anak dengan lebel yang tidak elok sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya.
2️⃣ Marah berpatutanlah jika perlu sangat. Tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun jika kita marah.
3️⃣ Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat.
Ads
4️⃣ Jika dia meronta, pegang dan tenangkan anak. Kita perlu tarik nafas dan tenang. Jangan terikut sekali untuk mengamuk. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. Jadi, expect that without thinking anak itu degil.
Oh begitu rupanya,
Belajar tarik nafas dan tenang waktu anak meragam ye.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak menangis itu biasa namun bila anak menangis sampai muka kebiru-biruan usahlah dibiarkan. Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas, maka reaksi pertama adalah memarahi mereka.
Namun, apa yang anda perlu tahu adalah perbuatan ini bukannya sengaja dilakukan. Fenomena ini dikenali sebagai breath holding spells atau raungan senyap kebiruan. Ia merupakan satu refleks di luar kawalan badan. Ini bermakna, anak anda tidak boleh mengawalnya namun ia akan kembali normal dalam tempoh kurang daripada seminit selepas itu.
Dalam kebanyakan situasi, fenomena ini boleh diramal dan selepas faktor pencetusnya dikenal pasti, ia boleh dihindari.
Menangis hingga menjadi kebiruan ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 6 tahun namun lazimnya dialami oleh mereka yang berusia 2 tahun.
Jika terdapat sejarah masalah kesihatan ini dalam kalangan ahli keluarga, kanak-kanak tersebut lebih berisiko untuk mengalaminya.
Terdapat dua jenis raungan senyap kebiruan yang mempunyai punca berbeza:
Raungan senyap kebiruan sianotik
Keadaan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak berhenti bernafas dan wajah mereka bertukar menjadi biru. Ia sering berpunca daripada perkara yang membuatkan mereka sedih seperti dimarahi. Semasa anak anda sedang menangis, mereka hanya menghembus nafas dan tidak menarik nafas. Ia boleh menyebabkan wajah mereka bertukar menjadi warna biru atau ungu (lebih serius).
Raungan senyap kebiruan pallid (tak bermaya)
Keadaan ini lebih jarang berlaku dan lebih sukar untuk dijangka berbanding dengan fenomena sianotik. Berbeza dengan jenis sebelum ini, ia berlaku apabila kanak-kanak sedang dalam ketakutan atau mereka terkejut. Wajah mereka akan menjadi pucat lesi dan bertukar putih semasa ia sedang berlaku.
Kedua-dua jenis raungan senyap kebiruan boleh menyebabkan kanak-kanak berhenti bernafas dan kadangkala mereka boleh pengsan. Jika keadaan ini terlalu ekstrem, ia boleh menyebabkan masalah sawan.
Antara tanda yang boleh dialami oleh anak anda semasa episod kebiruan adalah:
* Tangisan berhenti secara tiba-tiba
* Kulit dan bibir menjadi kebiruan
* Berhenti bernafas semasa ia sedang berlaku
* Tubuh menjadi kaku dan mereka tidak bergerak
Dalam kebanyakan situasi, anak anda akan kembali normal beberapa saat selepas kebiruan. Namun, ada juga yang kekal biru walaupun sudah lama mereka berada dalam keadaan begitu. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika ibu bapa kerap memarahi anak ketika mereka berada dalam episod tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
* Bertenang, jangan panik, berhenti daripada membuatkan anak anda sedih seperti marah dan cuba untuk menenangkan mereka.
* Jangan goncang tubuh anak anda dan ketika badan mereka menjadi kaku, baringkan mereka dalam posisi mengiring.
* Pastikan tiada makanan atau objek lain di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan daripada tercekik.
* Pastikan tiada perabot atau objek berbahaya berdekatan dengan anak jika mereka mula mengalami simptom sawan.
* Jika anak masih tidak bernafas melebihi 1 minit, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Ia merupakan satu prosedur kecemasan yang dilakukan dengan cara memberi tekanan pantas dan berterusan di kawasan dada mangsa dengan/tanpa memberi bantuan pernafasan secara berkala.
* Bawa anak ke hospital dengan kadar segera jika keadaan menjadi lebih serius.
Bagi kebanyakan kanak-kanak, fenomena kebiruan akan hilang apabila usia mereka meningkat. Apa yang lebih mencabar bagi ibu bapa adalah mencari jalan untuk mendisiplinkan anak mereka tanpa mencetuskan kebiruan semasa mereka sedih.
Dalam banyak keadaan, perkara ini memerlukan rujukan doktor bagi mengenal pasti jalan terbaik bagi anda dan anak anda.
Fenomena anak tidak bernafas ini tidak boleh menjadi alasan untuk ibu bapa menuruti kehendak dan melayan segala kerenah anak-anak tanpa batasan. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan cara untuk beradaptasi dengan perubahan emosi yang berlaku.
Fenomena kebiruan mungkin nampak berbahaya namun dalam kebanyakan masa, ia hanya memerlukan kesabaran dan teknik yang betul dalam menguruskan episod kebiruan.
Episod kebiruan yang melibatkan anak tahan nafas di luar kawalan boleh membuatkan ibu bapa panik. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ia akan beransur pulih dengan sendiri dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Jika keadaan berlarutan, rujukan kepada doktor boleh membantu mengenal pasti punca yang menyebabkan ia menjadi serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Menurut doktor ada 8 jenis makanan yang boleh menyebabkan otak jadi bodoh jika diamalkan makan berterusan. Salah amalan pemakanan boleh memberi kesan terhadap tahap kepintaran otak kita. Bayangkan kalau kita kerap bagi anak-anak dari kecil makannya secara berterusan. Apa akan jadi pada otak anak kita?
Oleh itu sebagai ibu bapa, anda seharusnya mempunyai ilmu tentang pemakanan anak supaya tidak membiarkan si kecil terbiasa dengan makanan tak menyihatkan yang turut mengganggu tahap kepintaran mereka nanti.
Seperti kita sedia maklum, otak manusia bukan hanya berfungsi untuk berfikir sahaja tetapi ia berperanan penting bagi mengawal sistem tubuh badan manusia. Otak adalah tempat sel-sel saraf manusia berkumpul, semua saraf yang ada di dalam badan manusia akan berpusat di otak.
Jelas sekali kan betapa pentingnya peranan otak. Maka penjagaan otak anda turut merangkumi bab pemakanan kerana rupanya menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pensyarah UNIMAS dan Pengasas Otak Cerdik Otak Cerdas (OCOC) yang lebih dikenali sebagai Doktor Otak, ada beberapa jenis makanan jika kerap dimakan oleh seseorang ia boleh memberi kesan buruk terhadap otak termasuk aspek kepintaran/kebodohan!
KENAPA 8 MAKANAN INI PERLU DIELAK?
Kredit: DesignCanes.com
8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.
PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.
PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.
Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.
8 jenis makanan tersebut adalah:
Yogurt berperisa
Sosej
French fries
Ais krim
Mayonis
Jus buah-buahan bergula
Minuman berperisa
Salad dressing
Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...