Biasanya ibu bapa akan gunakan ‘kuasa jerit’ bila rasa nak marah anak. Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata. Ye betul tapi lama-kelamaan cara ini dah tak dihiraukan.

Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak yang sedang membesar. Berikut perkongsian dari Puan Noraliza Alwi.

Perasan atau tidak, asal ibu rasa nak marah anak mesti nak jerit, melepaskan perasaan marah pada anak. Bila tengah mendidih tu kita memang selalu lupa. Terus meledak saja. Entah apa-apa perkataan pun boleh keluar.

Saya juga begitu, tahu tak baik, tapi emosi ibu kan.

Nombor 1 bahaya kesannya bahasa kita, perkataan kita guna. Terus masuk pada sub-conscious anak kita. 80% kata-kata dari ibu bapa membentuk pula peribadi mereka hingga besar.

Keduanya – Impak menjerit mengecilkan otak anak, ganggu sistem belajar.

Ketiganya – Selain efek marah anak pada perkembangan otak, marah dalam bentuk jeritan hanya menjarakkan lagi hubungan hati antara ibu dan anak.

Bab hati ni kena jaga. Kesan dia sampai tua. Cuba perhatikan orang yang bercinta bagaimana perbualan mereka. Berbisik, cakap dengan nada yang manja lemah lembut, ada kalanya tidak terkeluar pun perkataan, heart-to-heart kata orang.

Begitu juga nak wujudkan perasaan bercinta dengan anak. Medan marah boleh ditukar jadi medan mendidik, kuatkan ikatan hati.

Ada pepatah barat;
“It takes heart-set, to change mindset”

Ini saya kongsi antara pendekatan cara nak ‘marah’ atau membetulkan anak.

1. Jika ada sesuatu yang buat hati mendidih, langkah pertama istighfar beberapa kali hingga sejuk sikit hati.

2. Agak-agak dah suam didihan itu panggillah nama penuh anak, (semua anak ada makna yang baik pada namanya, dan panggilan itu adalah doa InsyaAllah.

3. Turunkan badan ibu selari dengan tinggi anak (kurangkan perbezaan autoriti ibu dan anak). Bercakaplah dengan nada sederhana apa yang menjadi kemarahan kita.

4. Bercakap mesti ada perkara ini;

– Beritahu fakta apa kesalahannya
– Tanya anak Mengapa (untuk tahu rasional anak melakukannya)
– Beritahu anak kesan buruk perbuatannya
– Beritahu akibat jika anak masih buat juga

5. Perhatikan reaksi anak. Biasanya mereka akan angguk, atau tiada reaksi atau kalau jenis yang sensitif boleh sampai menangis.

6. Walau apa reaksi mereka, mula guna sentuhan pula. Usap belakang kepala, atau terbaik lagi, peluk sambil berbisik kata-kata semangat untuk anak buat perubahan yang kita mahukan, dan akhiri dengan pujian atau harapan.

InsyaAllah cara ini buat kurang marah. Maka kuranglah stress, ibu happy anak dapat jadi bijak sekali.

Sumber: Noraliza Alwi