Emosi anak bila mengamuk apa sahaja yang ada ditangan pasti akan dibalingnya. Tak kiralah mainan atau barang. Lagi meningkat umur, lagi banyak cabarannya. Masing-masing ada cara tersendiri.

Macam orang dewasa juga, kita tak boleh nak jangka apa mood mereka masa tu. Sedih ke gembira ke. Anak-anak lagi la tak boleh nak bercakap tapi tunjukkan dalam bentuk perbuatan.

Selalunya anak tunjukkan emosi pada usia 18 bulan hingga 3 tahun. Masa ni la memang ibu rasa sangat tercabar. Ada anak-anak yang suka menangis, ada yang suka baling, ketuk kepala ada juga yang suka baling barang. Ini ada 8 cara pujuk anak yang suka baling barang dari perkongsian Mummy Ida. Semoga bermanfaat.

  1. Pegang tangannya

Masa anak melontar barang pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan dengan benda lain seperi bola plastik. Alihkan perhatian dia dengan ajak bermain permainan yang baru.

2. Jangan jerit

Kita bila anak suka lempar barang kita pun akan menjerit. Elakkan dari menjerit sebab dia sedang belajar, dengan cara baling barang ia akan menjadi satu ancaman pada kita supaya keinginan dia dituruti.

  1. Pandang matanya dan berkata

Anak pada usia ini tidak akan mendengar si ibu yang membebel. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”

IKLAN

4. Lontar bersama

Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Apa kata sekali-sekala anda baling dengan anak-anak. Baling barang plastik la ye..

Bila Mengamuk Mesti Nak Baling Mainan Atau Barang. Guna Teknik Psikologi Ini Untuk Pujuk Anak

5. Konsisten

IKLAN

Bila anda dah larang, jangan bagi dia buat lagi. Jangan terlalu layankan anak-anak yang merengek sebab tak dapat baling barang. Jauhkan dari barang bahaya dekat dengan anak.

6. Suap atau berhenti

Jika anak suka baling makanan jauhkan makanan dari dia. Angkat terus pinggan suapkan pada anak perlahan-lahan sehingga anak kenyang.

IKLAN

7. Cuba masuk dunia si kecil

Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Kalau dia baling sebab marah peluk la dia sampai tenang.

  1. Pujuk dan lakukan bersama

Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang di baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”

Sebagai ibu kena bijak dan jangan cepat beremosi. Sebaiknya terus guna pendekatan psikologi supaya anak faham dan tak akan mengulanginya lagi. Jangan anggap sekali kita ajar anak dah faham tapi terus ingatkan mereka. Lama-kelamaan tabiat ini akan hilang.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI