Setiap ibu mempunyai pengalaman melahirkan anak yang berbeza. Masing-masing ada ujian dan sakitnya tersendiri. Biarpun begitu, insan bergelar ibu tidak pernah takut untuk bersalin. Apa yang penting, bayinya selamat dilahirkan.

Bila Nak Bersalin, Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat ‘Keluar’. Yang Lain, Dia Tak Fikir!
Gambar hiasan

Berkongsi pengalamannya mengendalikan sebuah proses kelahiran dahulu, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menceritakan bagaimana seorang ibu melahirkan bayi dalam kedudukan songsang secara normal.

Ni kisah masa saya berkhidmat di salah sebuah hospital daerah dahulu. Lama sangat dah.

Hospital ni dulu-dulu ada kalanya tkde pakar O&G yang cover, jadi apa-apa kes yang memerlukan caesar atau instrumental delivery – forceps atau vacumm akan dipindahkan ke hospital besar yang mempunyai pakar, kelengkapan dewan bedah dan ada doktor bius.

Artikel Menarik: [Hadap Sakit Bersalin, Isteri Tak Nak Apa-Apa. Cukuplah Suami Ada Temankan]

Al kisahnya datang la seorang ibu ni, berkerut menahan sakit. Perutnya macam dah cukup bulan

“Meh puan baring sini, saya periksa. Mcm nak beranak je tu”

“Ha ah dah kerap pulak sakit ni Dr, semalam tak sekerap macam ni. Lain macam sakitnya. Tu saya datang hospital”

Check macam biasa. Pegang perut dulu

“Emmm keras kat bahagian atas ni. Macam
kepala budak”

IKLAN
Bila Nak Bersalin, Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat ‘Keluar’. Yang Lain, Dia Tak Fikir!
Gambar hiasan

Bergegas capai mesin scan..

“Ok memang confirm, songsang ni. Uri kat atas (normal) . Kepala mendongak sikit. Berat anggaran dalam 2.5kg. Bila periksa jalan bawah (VE) dah 3cm , memang rasa bontot baby kat bawah tu”

“Puan last makan dan minum jam berapa?”

“Dari semalam saya tak makan pape, memang takde selera dok menahan sakit”

“Ok. Bagus. Nampaknya puan ni kena caesar. Baby songsang ni. Nak beranak pula. Jalan bawah dah buka 3cm. Kat sini takboleh nak buat caesar, nak kena pindahkan puan ke hospital besar”

“Staffnurse, prepare patient nak transfer! Bawak delivery set sekali. Sterile (bebas kuman) glove size 7 bawak lebih sikit”

IKLAN

Setelah inform pakar oncall hospital besar, kes diterima. So bergegas la semua transfer mak tu.

Hospital daerah ni ke hospital besar dalam 20-30 minit kalau jalan tak jem. Tapi tu lah, sebelum ada hiway, terpaksa guna jalan lama ibarat ular kena palu, berbukit bukau. Kalau sesapa yg naik ambulans yg macam ribut lalu plak jalan tu, kompem akan memuntahkan segala isi perutnya. Tak tipu !

Bila Nak Bersalin, Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat ‘Keluar’. Yang Lain, Dia Tak Fikir!
Gambar hiasan

“Doktor, saya rasa macam nak berak, sakit sangat ni”

Ahhh sudahhhhh! jangan cakap dah fully

Dalam ambulans yang bergerak mcm ribut tu, sempat buat pemeriksaan jalan bawah (VE) sekali lagi

IKLAN

Ya Allah dah 10cm ! Bontot baby kat situ je,
Tunggu masa nak kluar

Artikel Menarik: [Uri Melekat Tak Ada Kaitan Dengan Ibu Makan Sotong Waktu Hamil. Karut!]

“Hello Dr.xxxx, saya yang call tadi nak transfer 1 breech in labour. Skang patient dah fully dalam ambulance. Saya nak inform nak buat vaginal breech delivery. Saya rasa dah tak sempat nak patah balik ataupun sampai kat sana”

“Ok proceed”

Ambulans pun diberhentikan. Ibu ditarik ke hujung ambulans. Nurse guna pelbagai
kain dan selimut pesakit yg ada buat sebagai tirai. Pesakit perlu berada pada hujung ambulans supaya tarikan graviti dapat bantu bayi songsang itu dilahirkan. Pantangnya, takboleh tarik baby tu. Kalau tak sabar dan tarik-tarik baby tu, tersilap langkah – kepala baby akan mendongak, seterusnya tersangkut. Perkara yg AMAT AMAT ditakuti. Nauzubillah

Baby songsang akan perlahan-lahan keluar sendiri. Hands off technique. Memula kluar punggung, pinggul, kemudian bantu keluarkan kaki, kemudian luruskan badan bayi, bahu, bantu keluarkan kedua-dua belah lengan, kemudian nampak rambut dan leher. Bantu proses kelahiran kepala dengan teknik khas

Alhamdulilah. Bayi songsang selamat dilahirkan dalam ambulans, di tepi jalan !

Berlecaknya ketiak masa tu, dengan dahi yang berpeluh mencurah-curah, hanya Allah sahaja yang tahu.

Pengorbanan seorang ibu tidak boleh dinafikan. Salute ibu! Pun begitu, usaha serta kepakaran kakitangan kesihatan seperti doktor dan juru rawat juga perlu diberikan kredit kerana sehabis daya mereka akan berusaha untuk memastikan si ibu dan anak selamat kedua-duanya pada setiap kali proses kelahiran.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI