Bila Nak Dekat Due Date, Ini Yang Mama Kena Buat Kalau Nak Mudah Bersalin. Kena Cuba!

Share

Tidak kira sama anda pertama kali ataupun beberapa kali bersalin, pasti mencari-cari petua bagi memudahkan proses kelahiran apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin.

Terdapat banyak petua bagi memudahkan proses bersalin yang boleh anda amalkan. Berikut adalah di antaranya. Kebanyakannya memang banyak membantu melancarkan proses kelahiran.

Minum minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Dikatakan ia dapat membantu laluan peranakan cepat terbuka.

Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Selepas rasa sakit kontraksi, anda boleh makan epal ini.

Makan kurma dalam bilangan ganjil. Kurma bagus dimakan ketika sakit bersalin kerana ia membantu tubuh secara semula jadi menghasilkan hormon oksitosin.

Amalkan makan sayur bendi. Kata orang tua-tua, bendi berlendir. Jadi, ia memudahkan proses kelahiran.

Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin.

Banyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

Amalkan bacaan Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air sebelum diminum.

Banyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga.

Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj.

Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.

Kerapkan bersama suami supaya laluan terbuka bermula usia kandungan 37 minggu.

Minum air selusuh. Minyak kelapa dara pun boleh digunakan sebagai selusuh. Lebih baik jika selusuh ini dibuat sendiri oleh suami sendiri.

Published by
Intan Jastina