Bila Orang Puji Anak Kita, Tak Tahu Nak Respon Macam Mana, Sebut Je Ayat Ini!

Share

Bila anak dipuji, sesekali kita tak tahu nak respon macam mana kan? Cuma lebih banyak terfikir yang pujian tu hanyalah sekadar untuk mengambil hati kita, jadi untuk membalasnya biasanya kita akan terus-terusan untuk menafikannya kan?

Bagi mendapat penjelasan lanjut, perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini boleh dijadikan panduan. Kalau rasa serba salah nak jawab macam mana, tip ini boleh mama papa buat ye!

❌Eh mana adaaa, depan orang je anak saya duduk diam. Kalau tak buas jugak tuu. Panjat sini sana, haaaa tak berhenti.

❌ Ishhh taklah, nampak sopan sebab datang rumah orang, haa kalau dekat rumah dia lah paling banyak buat sepah, rumah kejap simpan lepas tu berselerak lagi, haa ni lah juaranya.

❌ Oh biasa-biasa je, mana ada rajin, dekat rumah saya suruh buat apa-apa malas jugak. 10 kali suruh barulah bergerak.

Betulkah tindakan kita ni? Nak mengiyakan nampak sangat berbangga, tapi takkan nak biarkan saja pujian itu tergantung sebegitu? Cuba bayangkan bila anak-anak mendengar respon kita, perasaan mereka bila kita hebahkan kelemahan mereka?

Anak pasti terkilan dan percaya apa yang didengarnya. Kita pula menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Sedangkan itu aib mereka. Tanggungjawab kita untuk melindungi, menasihati secara personal sehingga mereka berubah bukan berbangga dengan kelemahan mereka.

Apa yang kita cakap mungkin dapat membuatkan diri kita kelihatan rendah diri ketika dipuji, tapi lebih kepada menghiris perasaan anak-anak bila didengari. Apabila sentiasa diulang-ulang, ini menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka dan ibu langsung tak menghargai perubahan mereka.

Sebenarnya, setiap kata-kata yang yang keluar dari orang lain merupakan satu doa. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan

“Sebut dan kata yang baik-baik supaya yang baik-baik juga yang akan datang dalam hidup kita.”

Sebaliknya, bila dipuji senyum, syukur pada Allah dan jawab

✅” Haaza min fadhli rabbi”
Ini semua dari kurniaan dan kelebihan Tuhanku.
✅”MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud.
✅ Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.

Jadi, tiap kali ada yang memuji atau mengungkap kata-kata yang manis didengar, ucapkanlah ayat di atas semoga dapat akan memberi kebaikan buat diri sendiri dan yang mendoakan. Supaya kita terbit rasa syukur kepada Allah, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri kerana semua ini berlaku dengan pertolongan dari Allah. Dalam masa sama kita juga tidak melukai hati mana-mana insan yang mendengarnya.

Setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan. Carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil.

Subur-suburkanlah kebaikan itu. Tapi, jangan sampai berlebihan memuji anak, sampai anggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri. Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi.

Sesungguhnya kita tak berdaya. Kita hanya makhluk lemah. Hakikatnya semua dari Allah.

Kredit: Hanis Athirah Rusli

Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

 

 

Published by
Wan Amy