Ustaz Ebit Lew, pendakwah terkenal di media sosial telah dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit di telinga kanannya. Telinga kanannya kurang pendengaran dan terasa kepala bergegar seperti gempa bumi.
Menerusi posting Ustaz di instagram miliknya, beliau sempat mendoakan isterinya supaya sentiasa sihat dan kuat dalam perjuangan ini. Malah beliau bersyukur kepada Allah kerana hadirkan isteri, ibu mertua, dan keluarga yang baik untuknya walaupun diri beliau belum cukup sempurna.
Di hospital ni bila pegang tangan bidadari tercinta ini terasa sihat dan kuat..sempat selfie…abang doakan bidadari abang sentiasa sihat dan terus kuat dalam perjuangan ini..semoga kita bercinta sampai syurga.
Bidadariku i love u sangat sampai syurga tau..jangan sedih-sedih…walau telinga sebelah tak dengar dan kepala pening..rasa cinta dan syukur pada ALLAH memilikimu..terima kasih Allah beri bidadari yang sangat baik ini.
Buku Isteriku Bidadari inspirasi dari arwah mak dan dirimu Bidadariku..semoga semua isteri diluar sana sedar nilai dirinya disisi Allah dan agar suami menghargai bidadarinya.. Bidadariku abang sangat bahagia memilikimu. Syukur pada Allah..Allah hadiahkan abang wanita terbaik.. mak paling baik.
Allah hadiahkan abang bidadari paling baik. Allah hadiahkan abang mak mertua yang baik..seluruh keluarga yang baik.. Abang terasa begitu cepat semua ini..banyak lagi kerja agama belum dijalankan..dakwah belum sempurna.
Diri belum sempurna..teringin nak lihat seperti zaman Nabi saw setiap keluarga bawa sunnah dalam rumahtangga. Negara demi negara memeluk Islam. Masjid hidup seperti Masjid Nabawi Zaman Nabi saw..Semoga Allah terus pilih untuk hidupkan Islam ini sampai mati.. Bidadariku, terima kaseh jaga anak yer..walau apa terjadi, terus bimbing anak dengan Islam yer.
Hidupkan Talim dalam rumah sampai bila-bila. Jaga solat awal waktu supaya Allah sayang dan Allah janji jaga kita bila kita jaga solat..terus didik anak dengan tegas dan kasih sayang..jaga aurat dengan sempurna…belajar hidup dengan sunnah dan cinta Nabi saw..jangan tinggal baca Al-Quran setiap hari dan nanti doakan abang yer sampai bila-bila-ebitlew
Ads
Walaupun sedang sakit, Ustaz tak putus-putus melahirkan kesyukuran dan sentiasa mendoakan orang di sekelilingnya. Ustaz juga sentiasa mengingatkan tentang dakwahnya, solat dan agama.
Ruangan komen Ustaz Ebit Lew dihujani dengan ucapan supaya ustaz cepat sembuh. Ada juga netizen yang berharap agar mereka dapat pasangan yang baik-baik seperti ustaz dan isteri.
Very seldom, to find husband like you, you are so generous with heart, your wife really luckies
Sungguh indah kata-kata ustaz, andai itu saya dapat dengar dari seorang yang bernama suami…
Ads
Semoga cepat sembuh Ustaz, saya suka tengok Ustaz berdakwah
Saksikan rancangan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD setiap selasa, jam 12 tengah hari dan ulanganya jam 9 malam. Episod minggu ini Si Cilik Multi Lingual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tak sedar bila anak berada di dapur.” Luluh hati ibu apabila anak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari flat pada pukul 11.54 pagi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian dan dimaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) oleh ibunya.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan (balkoni dapur) rumahnya sekitar pukul 9.30 pagi.
“Difahamkan ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah berkenaan namun, ibunya tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur rumah semasa kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan telah dibawa ke HCTM namun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.
Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Zam Halim turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seumpama kes berkenaan.
Kanak-kanak perempuan dipercayai ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam, beberapa hari lalu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Kanak-kanak berkenaan yang berusia empat tahun yang hanya menggelarkan dirinya ‘Yaya’ ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran berkenaan kira-kira 8 malam oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.
“Usaha mengesan waris Yaya juga giat dijalankan namun tidak banyak maklumat yang diperoleh memandangkan kanak-kanak itu ditemui sehelai sepinggang.
“Hasil semakan juga mendapati tiada sebarang laporan dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak perempuan sebaya Yaya sehingga hari ini,” katanya.
Katanya, pihak polis kemudiannya menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak JKM Selangor bagi tindakan lanjut.
“Yaya menangis apabila kita menghantarnya ke JKM kerana dia mahu terus dijaga pihak polis.
“Bagaimanapun, kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menyerahkannya kepada JKM,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.
Ujian terhebat bagi pasangan yang telah berkahwin apabila tidak dikurniakan zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat begitu juga dengan pasangan Puan Raihana Kadir dan suami. Namun mereka tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif untuk mendapatkan cahaya mata.
Siapa sangka raya kali ini sangat bermakna bagi pasangan ini apabila sudah lima tahun beraya berdua. Tahun ke-6 mereka dapat beraya bersama tiga cahaya mata sekaligus. Puan Raihana juga tidak terfikir akan melalui detik indah ini.
Menerusi laman Facebook, penasihat kewangan itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan tiga anak kembar setelah menanti dengan penuh kesabaran sejak berkahwin pada 2014.
#cabaranrayabersama
5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah..
semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini..
Jika sebelum ini hari raya hanya disambut mereka berdua, namun tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran bayi kembar tiga mereka iaitu Huda, Harras dan Haris.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan hampir 3 ribu perkongsian di laman Facebook. Ramai yang menjadikan kisah ini sebagai pembakar semangat untuk tidak berputus asa demi mendapatkan zuriat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.