Bila perut ibu mengandung makin besar, waktu malam makin susah nak tidur lena. Selain tak selesa, ibu juga akan semakin kerap bangun ke tandas buang air kecil.
Rasa mengantuk sangat tetapi tidak boleh tidur. Kejap-kejap mengiring ke kiri, kemudian ke kanan, lepas tu rasa nak terkencing pula. Belum lagi rasa pedih ulu hati dan susah nak tidur sebab bayi dalam perut aktif bergerak.
Semua rasa tidak selesa ini akan dialami oleh ibu mengandung terutamanya apabila semakin dekat dengan hari hendak bersalin.
Bila kurang tidur waktu malam, ibu akan mudah rasa keletihan dan kurang bermaya pada waktu siang. Keadaan ini tak bagus untuk kesihatan ibu di akhir kehamilan dan persediaan untuk melahirkan bayi nanti.
Apa Yang Perlu Ibu Lakukan?
Elakkan tidur siang supaya anda senang untuk melelapkan mata pada waktu malam.
2. Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.
Ads
3. Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.
4. Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan ke tandas waktu tidur.
Ads
5. Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki, berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.
6. Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.
7. Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.
Ads
8. Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.
9. Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.
10. Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Diharap selepas mencuba tip-tip berikut ia dapat membantu ibu mengandung mendapatkan tidur lena dan berkualiti pada waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali mengakui sejak hamil dia gemar mencuba untuk melakukan perkara di luar kebiasaannya.
Menurut Nabila yang kini sedang berada di trimester ketiga kehamilannya mengakui dia kini gemar menonton filem bergenre seram.
Tambahnya lagi menerusi siaran podcast Buka Mulut, walaupun menyedari diri seorang yang penakut dan jarang menonton filem sedemikian namun kata Bella dia mahu mencuba.
“Mungkin bayi ini pun ada teringin dia juga, tapi apa yang dia teringin itu kontra dengan apa yang saya buat sebelum ini.
“Kalau macam sekarang ini saya suka sangat tengok cerita hantu padahal saya seorang yang penakut,” kongsinya.
Tambah bakal ibu ini lagi, paling ketara kata Bella dia cukup gemar mengenakan pakaian harian berwarna merah sejak berbadan dua.
“Ada banyak perubahan saya rasakan, tiba-tiba saya pakai warna merah walaupun saya bukan peminat warna tersebut.
“Saya ni suka warna yang neutral, saya tak akan pakai warna merah melainkan tuntutuan kerja.
“Kalau nak tahu dalam almari saya tak ada pun baju warna merah,” kongsinya.
Terdahulu Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izzani mendirikan rumahtangga pada 18 November tahun lalu.
Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan, penyanyi Tomok mengumumkan berita gembira dan mengesahkan isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga mereka selepas sekian lama menanti kehadiran orang baru.
Menerusi entri di instagramnya, Tomok berkongsi sekeping gambar dengan alat ujian kehamilan dan mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut.
Bismillahirahmanirahim..alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga .
Ayah doakan dibu di permudahkan segalanya…Arrian dengan Andra nak dapat adik!! yeyyyyyy
Alhamdulillah..terima kasih ALLAH!
Pada alat ujian kehamilan tersebut memaparkan usia kandungan Ayu yang telah melebihi tiga minggu.
Sebelum ini, setiap kali di tanya bila nak tambah anak, Tomok dan Ayu sentiasa mengharapkan doa orang ramai akan dimakbulkan kerana mereka dah bersedia.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun.
Walau pun baru sebulan keguguran, aktres Syatilla Melvin mengumumkan dirinya hamil lagi. Ia merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ke 36 buat suaminya, Sam Shaheizy yang jatuh pada hari ini, 4 September 2018.
Ibu kepada Syeriv Samheizy atau Mat Yip ini memuat naik gambar cetakan ujian imbasan dengan kapsyen berikut;
Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi.
Ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin Allah nk bgi birthday present kt baby besaq ni?
Besday besday laki ku sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tgok donia nnti. Amin ya rab?
Posting ini menerima ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis. Kakak iparnya, Zizie Izette yang kini sedang hamil 3 bulan juga tidak menyangka dan terkejut dengan berita gembira ini.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...