Alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ biasanya berlaku di awal kehamilan. Selalunya, alahan kehamilan ini boleh berlaku seawal empat minggu usia kehamilan.
Bagaimanapun, ‘morning sickness’ tidak semestinya berlaku di waktu pagi sahaja. Ia juga boleh berlaku waktu petang atau malam.
Muntah-muntah akibat alahan semasa hamil terutamanya bagi trimester pertama ialah sangat biasa kita dengari. Namun, terdapat juga ibu-ibu bertuah yang tidak mengalaminya.
Perkongsian dari jururawat, Bel Nawhen ini mengenai alahan masa hamil bukan waktu pagi saja tetapi boleh berlarutan hingga ke malam dan bagaimana ibu nak mengawalnya.
‘Kak, kenapa kita bila petang je mabuk, sakit kepala, letih semua masa mengandung ni?’
Sebenarnya, alahan hamil ni bukan berlaku pada waktu pagi sahaja (morning sickness), ada evening sickness dan night sickness.
Alahan begini biasanya berlaku di awal kehamilan dan akan berkurangan apabila kehamilan memasuki minggu 16-20, tetapi ada sesetengah ibu, morning sickness turut berterusan hingga di minggu terakhir kehamilan.
50%-70% dari wanita yang hamil akan mengalami morning sickness.
Punca alahan seperti ini tidak dapat dikenalpasti tetapi dipercayai disebabkan berpunca dari:
1) Hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang meningkat dengan cepat semasa awal kehamilan. Dan tubuh mula bertindakbalas dengan perubahan hormon.
2) Hormon Estrogen
Satu lagi hormon yang akan meningkat 100 kali ganda dengan cepat semasa awal kehamilan.
3) Perut yang sensitif
Sesetengah wanita mempunyai perut yang sensitif kepada perubahan semasa awal kehamilan.
Jika anda mengalami alahan yang teruk hingga tidak dapat makan dan minum, jumpalah doktor atau makan sikit tapi kerap supaya nutrisi secukupnya dapat dibekalkan kepada bayi anda. Ambil air secukupnya untuk elak gejala dehidrasi.
Elak dari berbaring sejurus lepas makan, ambil makanan pedas.
Jika anda mengalami gejala seperti muntah-muntah lebih dari tiga atau empat kali sehari, berat badan akan berkurang kerana muntah atau kurang 5% dari berat badan asal sebelum hamil, mengalami dehidrasi gara-gara muntah, tekanan darah akan menjadi rendah itu bermakna anda mengalami simptom Hyperemesis Gravidarum, boleh baca tentang ini di pautan: https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=2229755240368746&id=100000028740033
Ibu pertama kali hamil, perlu bersedia untuk mengalami simptom seperti ini supaya anda kurang stress sepanjang hamil.
Sumber: BelNawhen