Bila Rasa Nak Marah Anak, Cara Ini Cepat Buat Mak Ayah Tenang & Tak Naik Darah

Share

Anak kecil ni, lagi di marah lagi teruk perangainya. Kenapa jadi macam ni? Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka. Cara kita tengking, pukul, marah-marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika rasa tak puas hati.

Jadi apa salahnya kalau kita sebagai ibu bapa tunjukkan contoh yang baik juga pada anak-anak. Tegas tak salah tapi biarlah pendekatan kita itu lebih lembut dan berjaya buat anak faham.

Berikut antara 3 kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bila rasa nak marah anak yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan.

3 kaedah yang benar-benar buatkan saya berjaya menangani perasaan marah. Yelah anak main HP lepas itu campak sehingga pecah screen. Siapa tidak marah kan? Tapi saya cuba yang ini:

1) Saya akan lakukan DEEP BREATHING. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali dan saya duduk sambil BERUSAHA SENYUM. Ketika ini saya akan mula rasa boleh fokus apa tindakan yang baik untuk betulkan keadaan.

2) Saya bisik dalam hati.
Itukan anak saya yang diamanahkan oleh الله. Kenapa disebabkan HP saya nak tengking atau pukul dia sampai menangis? Ketika inilah saya perlu tunjukkan akhlak yang baik terhadap anak dalam mendidik. Saya pujuk lagi hati dengan zikir :

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎) Zikir sebanyak mungkin dan Istiqfar dan baca
‎حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Sebanyak mungkin sehinggakan saya rasa sangat tenang dan mampu untuk peluk dan cium anak.

3) Saya minta maaf kepada anak. Saya cakap muhammad Afiq abi minta maaf ya sebab bagi Muhammad main HP. Abi janji lepas ini afiq nak main HP,abi temankan afiq. Lepas tu tiba-tiba anak peluk saya,cium tangan saya. Lagi saya terkejut dia siap cakap TERIMA KASIH abi.. ya Allah 3 tahun dah pandai cakap terima kasih.

Rupanya bila kita minta maaf dan senyum kepada anak,mereka akan rasa gembira dan mudah dengar cakap. Sampai hari ini anak saya dah tak main dah HP. Bila dia nak pegang je terus saya cakap. Muhammad anakku sayang,itu kan abi punya.. sambil saya senyum dan terus dia tak main lagi dan datang kepada saya peluk lagi.

Ya الله .. rupanya mudah sangat kan nak kawal amarah. Baru saya belajar,rupanya bila kita marah ni syaitan bersama kita datang menggoda dan cuba untuk hancurkan kita. Tapi Kan الله ada berfirman.:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

  • surah fussilat ayat 36.

Sumber: Muhammad Hassan

Published by
Wan Amy