Keibubapaan

Bila Sekolah Tak Jadi Buka, Banyaknya Anak Rugi, Mak Ayah Bantulah!

Share

Langkah kerajaan menangguhkan sesi persekolahan membuatkan ibu bapa merasa lega kerana bimbang dengan keselamatan anak-anak di sekolah. Pun begitu, penangguhan itu pastinya satu kerugian yang amat besar kepada anak-anak kita. Mereka tertinggal jauh dalam pelajaran.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria, Assistant Lecturer of Psychiatry, IIUM. Benar banyak kerugian yang terpaksa ditanggung semua pihak bila anak-anak tidak ke sekolah. Anak-anak itu sendiri jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek.


BILA SEKOLAH TAK JADI BUKA (APA KERUGIAN SEBENAR?)

1. Apabila kerajaan tetapkan sesi persekolahan ditangguhkan, ada yang gembira (kerana kerisauan anak-anak berisiko dijangkiti) dan tak kurang juga yang resah (memikirkan anak dah lama tak bersekolah dan anak-anak ketinggalan dalam pelajaran).

2. Saya juga ada 2 anak yang bersekolah dan yang sulung tahun ini darjah enam. Sejujurnya, saya tidak risaukan jika anak saya ketinggalan dalam aspek akademik. Kerana sudah tentu ada masa dan peluang untuk mengejar kembali.

3. Ibubapa juga tidak risau jika anak masih tak faham pecahan, tak faham pemboleh ubah dimalarkan, tak tahu ayat tunggal ayat majmuk.

4. Apa yang saya rasa ibubapa perlu risaukan adalah dengan tertangguhnya sekolah, maka tertangguh juga pendidikan anak-anak dari aspek sosioemotional mereka.

5. Terutama anak-anak yang ibubapanya tidak bercuti, tidak WFH dan tidak dapat menyediakan sekolah ganti untuk anak-anak semasa mereka bekerja. Kerisauan kita ialah pada anak-anak dalam kelompok ini. Anak-anak yang tinggal di rumah menjaga diri masing-masing, anak-anak yang dijaga oleh telefon pintar, YouTube dan Astro.

6. Oleh itu, ibubapa, masyarakat dan kerajaan kena fikirkan secara serius collateral effect of pandemik ini kepada pembentukan generasi kita.

7. Sebelum ini saya ada menulis tentang keperluan revise pendekatan sistem pendidikan kita seseuai dengan norma baru. Percayalah silibus lama yang kita ada tidak akan dapat dikuasai dengan situasi akademik sekarang. Tiada keperluan kita mengejar silibus dalam keadaan anak serba tidak kena dengan proses pembelajaran yang ada.

8. Revise content dan masukkan elemen socioemotional secara serius. Yang mana lebih kita risaukan – anak tak pandai Algebra atau anak tak pandai urus tekanan dan emosi?

9. Ibubapa juga kena main peranan mengisi kelompongan ini dengan serius. Masa yang ada bersama keluarga (sekiranya ada) perlu digunakan sebaiknya untuk mendidik anak aspek socioemotional.

10. Ibubapa perlu awasi perkembangan sosial dan emosi anak-anak, seperti pembentukan peribadi, akhlak, perhubungan, pengendalian emosi, keyakinan diri, empati, kemampuan kendiri – kerana aspek ini adalah penentu kepada kejayaan masa depan mereka.

11. Kerajaan juga kena ambil maklum aspek ini. Beri kelonggaran bagi ibubapa yang kedua-duanya bekerja supaya ada jadual kerja yang fleksibel supaya anak-anak tidak terbiar dirumah. Perlu ada mekanisme kerja fleksibel yang seimbang diantara mendepani isu produktiviti di tempat kerja dan isu produktiviti di tempat rumah.

 

12. Ia waktu yang sukar untuk semua, namun kita perlu jadi luar biasa untuk survive dalam waktu yang sukar ini. Semoga pembentukan peribadi anak-anak kita tidak menjadi kesan sampingan kepada pandemik ini.

Artikel berkaitan: Kesian Anak Darjah 1 Belajar Maya Tak Sama Dalam Kelas, Responds Ibubapa Selepas KPM Tutup Sekolah

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM