Risaunya bila si kecil kerap muntah sampai kadangkala ibu atau ayah jadi panik apa langkah awal yang patut dibuat. Kanak-kanak atau bayi memang ada kecenderungan untuk kerap muntah apabila mereka tak sihat. Tapi mungin ramai yang tertanya bila perlu bimbang terhadap anak yang muntah ini?
Maklumlah kalau yang pertama kali bergelar ibu ayah sudah tentu masih kurang lagi pengalaman menangani masalah anak muntah bila tak sihat. Kalau begitu adalah lebih baik anda baca perkongsian ditulis oleh Dr Erna Nadia mengenai apa nak buat bila anak muntah?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntah adalah:
Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam masa 1-3 hari.
Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– Sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.
– Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus,makanan mentah atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi pula adalah :
1.Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2.Gastroesophageal reflux
Ads
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3.Alahan makanan atau bahan lain
4.Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5.Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6.Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7.Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8.Terlebih makan atau minum.
Ok, bila kita perlu risau bila anak kita muntah?
Ads
a. Muntah yang melebihi 24-28 jam
b. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)
c. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)
d. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk
e. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu
f. Anak kurang makan dan minum
g. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
h. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
Ads
i. Asyik mengadu sakit /menangis
j. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
k. Perut kelihatan kembung atau keras.
l. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.
Perhatikan anak anda sebaiknya.
Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)
Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat di rumah?
Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Siapa tak kenal Lara Alana, anak pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Si comel Lara sendiri cukup popular di media sosial Instagram dan sudah mengumpul seramai 3.2 juta pengikut.
Memiliki karektor lucu dan periang seperti ibunya, Scha ternyata aksi dan gelagat Lara di Instagram dinantikan oleh pengikutnya sejak dia bayi lagi.
Terbaru telatah Lara mencuri perhatian netizen apabila daddy nya memuatnaik video Lara membaca surah Al-Fatihah dan ayat awal surah Al-Baqarah bersama Awal.
Selain terhibur mendengar suara pelat Lara menghabiskan bacaan Al-Fatihah, wajah ceria dan gelak ketawanya di hujung video menggambarkan anak kecil ini seorang yang ceria dan bahagia kerana mendapat limpahan kasih sayang yang cukup daripada mummy dan daddy nya.
Ternyata kebijakan Lara bukan sekadar pandai berbahasa Inggeris dan membuat aktiviti lain sahaja tetapi si comel ini juga sudah pandai mengaji.
Jelas sekali pengaruh didikan ibu dan ayah yang tak pernah jemu merangsang anaknya mampu menjadikan seorang anak itu bijak dan seimbang didikan duniawi dan akhirat.
Semoga perkongsian Awal dan Scha mengenai cara mereka mendidik Lara menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk turut mencontohi cara pasangan selebriti ini.
Netizen pun ramai yang puji cara Awal dan Scha mendidik Lara. Walaupun pernah dikecam kerana anaknya lambat bercakap dan tidak mengajar Lara mengaji tetapi Awal berjaya membuktikan dia tetap memberi didikan seimbang kepada anaknya.
Memang setiap anak itu berbeza tahap perkembangannya tetapi dengan limpahan kasih sayang, perhatian dan rangsangan yang cukup daripada ibu ayah, anak anda mampu menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
Semoga Lara Alana membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Kanak-kanak diketahui sebagai kelompok umur yang begitu aktif terutamanya jika mereka telah mula pandai berjalan dan mula meneroka apa yang terdapat di sekelilingnya. Keaktifan kanak-kanak kecil ini memberikan sedikit kesukaran kepada ibu atau bapa untuk menidurkan mereka sebentar atau napping.
Untuk pengetahuan ibu bapa, napping bayi anda sebenarnya tidaklah begitu sukar. Ia akan menjadi mudah jika digabungkan antara rutin harian kanak-kanak yang tepat bersama-sama dengan kekerapan komunikasi. Jadi, apakah caranya untuk memudahkan anak anda nap atau tidur sebentar? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Pastikan rutin harian yang konsisten setiap hari
Rutin harian memainkan peranan yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana ia akan memberikan rasa selamat dan emosi yang stabil kepada mereka. Sekiranya anda boleh menidurkan anak anda pada waktu yang sama setiap hari, waktu tidur mereka akan menjadi lebih mudah memandangkan jam tubuh (body clock) mereka akan membuatkan mereka terlelap pada waktu yang boleh dijangkakan.
Cara yang disarankan adalah, tidurkan dan bangunkan mereka semula pada waktu yang tetap setiap hari. Bagi kanak-kanak yang nap dua kali sehari, mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur. Manakala bagi mereka yang nap sekali dalam sehari, tidurkan mereka sekitar 4 hingga 6 jam.
Habiskan tenaga anak anda sebelum mereka tidur
Memandangkan kanak-kanak sentiasa memiliki tenaga yang banyak, galakkan mereka untuk menggunakan tenaga yang ada sebelum mereka mula tidur. Ini akan membantu mereka untuk tidur dengan lebih relaks dan nyenyak pada waktu nap mereka.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Bawa mereka pergi bermain di taman permainan, kelas-kelas untuk kanak-kanak atau boleh sahaja bermain di laman rumah pada waktu pagi. Percayalah, setelah mereka berasa letih, mereka akan lebih mudah tidur dan anda tidak perlu pening kepala untuk menidurkan anak anda.
Gunakan tempat atau ruangan tidur yang sama
Sekiranya anak anda tidur di biliknya sendiri pada malam hari, gunakan bilik yang sama untuk mereka tidur pada waktu siang. Ini membantu konsistensi mereka untuk tidur dengan lebih selesa. Elakkan daripada menidurkan mereka di hadapan televisyen atau di atas sofa kerana ia akan menyebabkan anak anda mendapat kualiti tidur yang buruk.
Amalkan rutin pre-nap
Pre-nap bertindak sebagai satu transisi atau pertukaran antara waktu aktif dan waktu nap anak anda. Rutin yang menenangkan ini akan memudahkan anda menidurkan anak anda tanpa perlu usaha yang lebih.
Anda hanya perlu mulakan dengan mengingatkan anak anda bahawa waktu tidur telah tiba. Kemudian, bawa mereka ke bilik tidur dan kurangkan pencahayaan bilik seperti menutup lampu dan menggunakan langsir tingkap. Peluk anak anda dan baca buku cerita pada mereka. Anda boleh juga menyanyikan sesuatu dengan suara yang perlahan. Semua ini akan memberikan ketenangan kepada anak anda dan mereka akan terlelap dengan lebih mudah.
Sekarang anda tahu, menidurkan anak anda bukanlah satu perkara yang sukar melalui penggunaan kaedah dan teknik yang betul. Kaedah ini bukan sahaja berkesan terhadap anak anda, tetapi mungkin juga boleh melelapkan anda bersama-sama anak anda. Alamatnya, tidak siaplah makanan tengahari di rumah sekiranya anda turut menyertai nap anak anda.
Kebanyakan anak-anak hari ini, main game antara salah satu aktiviti masa lapang. Tetapi tahu tak? Anak kita yang nampak FOKUS masa main game kat smartphone tu, sebenarnya bukan fokus biasa-biasa tau… Tapi, HYPERFOCUS.
Dia terlalu fokus pada dunia dalam gadget dia, sampai dia tak aware pun dengan apa yang berlaku di sekeliling. Kadang, dia tak aware pun dia tengah duduk dalam posisi paling tak selesa dalam dunia.
Nak tahu apa kesannya bila anak kita terlalu kerap HYPERFOCUS dengan gadget ni?
– Anak kita akan sentiasa perlukan rangsangan bila gadget tiada. Jadi, anak akan macam “tak tentu arah” dan “takde idea” nak buat apa kalau tak bagi gadget.
– Anak akan susah nak fokus kepada aktiviti yang “low stimulation” macam menulis, membaca. Sebab takde benda bergerak-gerak macam dalam game kat gadget dia. Maka, anak kita akan kelihatan sangat struggle nak sustain perhatian semasa aktiviti membaca menulis ni.
– Anak kita kehilangan kreativiti. “Eh, main Roblox kreatif apa!!!”
Ya. Tapi, tanpa Roblox, anak kita kadang tak tahu nak buat apa. Dia jadi tak tahu nak explore “REAL THINGS” yang ada di sekitar dia.
Semua ni, akan akibatkan kita mula nampak anak kita kurang fokus.
– kurang fokus masa belajar
– kurang fokus masa berborak
– kurang fokus masa main “LUAR GADGET”
Jadi, kena KAWAL. KAWAL penggunaan gadget anak kita, sebelum kita menyesal di kemudian hari. Semoga bermanfaat
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.