Risaunya bila si kecil kerap muntah sampai kadangkala ibu atau ayah jadi panik apa langkah awal yang patut dibuat. Kanak-kanak atau bayi memang ada kecenderungan untuk kerap muntah apabila mereka tak sihat. Tapi mungin ramai yang tertanya bila perlu bimbang terhadap anak yang muntah ini?

Maklumlah kalau yang pertama kali bergelar ibu ayah sudah tentu masih kurang lagi pengalaman menangani masalah anak muntah bila tak sihat. Kalau begitu adalah lebih baik anda baca perkongsian ditulis oleh Dr Erna Nadia mengenai apa nak buat bila anak muntah?

Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.

Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak kanak muntah.

Bila Si Kecil Kerap Muntah, Jangan Panik Tapi Ini Langkah Awal Patut Dibuat

Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.

Penyebab kanak kanak muntah adalah:

  1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan

– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan

– akan sembuh dalam masa 1-3 hari.

  1. Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan

– Sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.

– Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.

– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.

  1. Keracunan

– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus,makanan mentah atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.

  1. Masalah usus

– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.

  1. Jangkitan kuman yang lain

– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.

Penyebab muntah kepada bayi pula adalah :

1.Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan

2.Gastroesophageal reflux

IKLAN

– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.

3.Alahan makanan atau bahan lain

4.Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.

5.Masalah kongenital

– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.

6.Intussusception

– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.

7.Strangulated hernia

– Angin pasang bersimpul.

8.Terlebih makan atau minum.

Ok, bila kita perlu risau bila anak kita muntah?

IKLAN

a. Muntah yang melebihi 24-28 jam

b. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)

c. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)

d. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk

e. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu

f. Anak kurang makan dan minum

g. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering

– Menangis tapi tiada air mata

– Lesu dan nampak celaru

– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)

h. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk

IKLAN

i. Asyik mengadu sakit /menangis

j. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.

k. Perut kelihatan kembung atau keras.

l. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.

Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.

Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.

Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.

Perhatikan anak anda sebaiknya.

Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.

Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor.

Masa adalah nyawa.

https://www.healthdirect.gov.au/diarrhoea-and-vomiting-in-children

Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)

  1. Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
  2. Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
  3. Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
  4. Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
  5. Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
  6. Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
  7. Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat di rumah?

Bila Si Kecil Kerap Muntah, Jangan Panik Tapi Ini Langkah Awal Patut Dibuat

Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI