Bila Si Manja Dah Bersedia Makan, Cuba Resipi Puri Buah Dan Sayur Yang Sedap, Mudah

Share

Seawal usia 6 bulan, sistem penghadaman bayi telah bersedia untuk menerima makanan tambahan selain susu ibu.

Tempoh ini ibu mula fikirkan apa makanan sesuai yang boleh diberikan pada bayi yang baru mula nak belajar makan.

Ok untuk pengetahuan ibu, permulaan buat anak yang baru mula nak belajar makan sebaiknya sediakan puri terlebih dahulu sebelum diikuti dengan bubur nasi dan makanan pejal yang lain.

Memperkenalkan makanan secara berperingkat ini boleh mengelakkan bayi sembelit dan memberi peluang bayi bersedia menerima pelbagai jenis makanan mengikut usianya.

Perkongsian dari Aizah Zarirah dengan menu puri yang sihat dan sedap boleh dicuba untuk si manja.

Sebenarnya makanan pejal pertama bayi adalah puri sayur dan buah bukannya cerelac ataupun bubur nasi ye!

Sayur dan buah pulak bukan semuanya boleh bagi. Ada ikut kategori umur, kalau 6 bulan tu buah macam epal, pear, mangga, peach, pisang, avocado. Sayur pula macam keledek dan labu.

Jadi ini adalah 4 resepi puri untuk baby 6 bulan yang boleh mommy try nanti. Tak lah bosan anak tu asyik makan benda sama je kan.

1)Pisang, avocado, dan peachYang ni mommy tak perlu rebus, hanya blend atau lenyek je. Lepas tu bolehlah buat untuk 2 ke 3 hari terus. 

Dalam buah ni masing-masing ada kebaikan dia. Macam peach dia mengandungi. Calcium, iron dan zinc. Avocado kaya dengan vitamin E dan K. Pisang pun sama.

2) Pear, pisang dan halia

Halia tu cuma masukkan sikit untuk elak baby kena kembung perut atau sembelit. Memang bagus untuk baby.

3) Ubi keledek dan lai

Yang ni kena rebus, baru boleh blend.

4) Brokoli hijau, kacang buncis dan lai

Yang ni pun rebus jugak. Boleh simpan dalam 1 minggu

Tak ada alasan untuk mommy yang bekerjaya tak sediakan puri buat si manja mereka sebab akak pun kerja jugak. Apa yang penting adalah beri yang terbaik dan berkhasiat untuk bayi kita.

Sumber: Aizah Zarirah

 

Published by
Wan Amy