Nak bercerita tentang journey kehamilan membuatkan saya teringat momen ketika mengandung anak saya, Wan Dini Tihani, tiga tahun yang lepas. Saya merasa bertuah kerana terpilih dari komuniti Pa&Ma Moms To Be untuk berkongsi tentang kisah saya. Terima kasih Pa&Ma! Sebenarnya, lama juga saya menunggu untuk menimang cahaya mata. Selepas empat tahun usia perkahwinan, saya masih belum ada rezeki untuk hamil.
Disahkan PCOS Selepas Enam Bulan Berkahwin
Ketika itu, badan saya agak berisi dan saya disahkan menghidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) selepas enam bulan berkahwin. Saya perlu mendapatkan rawatan dan diarahkan untuk makan pelbagai jenis ubat. Akibatnya, saya tidak datang haid sehingga enam bulan. Doktor turut meminta saya untuk menurunkan berat badan sekiranya saya berusaha untuk hamil.
Berjaya Turunkan 15kg!
Sebenarnya ketika menerima rawatan, saya masih tiada kesedaran untuk menurunkan berat badan sehinggalah pada tahun 2019. Saya mula mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat sehingga berjaya menurunkan 15kg! Selepas turun berat badan, saya perasan yang haid saya mula teratur dan kemudian saya disahkan hamil.
Syukurlah sepanjang kehamilan, saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Namun, saya menghidap GDM ketika mengandung. Seawal usia 12 minggu kehamilan, saya terus ‘sangkut’ GDM dan terpaksa ke klinik untuk buat pemeriksaan darah setiap seminggu sekali. Apabila bacaan gula semakin baik, perlu ke klinik dua minggu sekali pula.
Semasa saya hamil 25 minggu, saya terpaksa makan ubat untuk mengawal gula dalam darah. Pun begitu, saya tidak mempunyai sebarang masalah lain ketika hamil selain kencing manis. Syukur, ketika kandungan semakin membesar pun saya cuma mengalami sakit pinggang yang biasa-biasa.
Ketika kehamilan mencecah 35 minggu, air ketuban pecah dan saya terus ke hospital. Pada waktu itu, memang gelabah sebab belum sampai waktu untuk bersalin. Apabila doktor periksa, ‘jalan’ masih belum terbuka. Doktor juga mengesahkan kebocoran air ketuban saya tidak serius dan saya ditahan di hospital selama 10 hari.
Mahukan Yang Terbaik Untuk Anak
Apabila kandungan dah masuk 37 minggu, pakar memberitahu yang keadaan dan berat bayi dalam keadaan baik untuk saya bersalin. Jadi, saya telah diindius dan akhirnya bersalin selepas 12 jam. Memandangkan saya ada kes kebocoran air ketuban, bayi terpaksa ditahan dalam NICU untuk doktor monitor keadaannya.
Tambahan pula memang bayi saya juga diberikan ubat antibiotik ketika itu. Memandangkan bayi saya juga mengalami jaundis, dia terpaksa ditahan lebih lama. Sebagai ibu, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.
Dari apa yang saya tahu, sangat penting untuk anak mendapat khasiat dari susu ibu. Jadi saya berusaha untuk menyediakan stok susu untuk anak saya. Usaha saya berhasil walaupun bukan mudah untuk saya melakukannya pada awalnya.
Ketika bayi sudah dibenarkan menyusu terus dari badan, saya agak kekok kerana ini pengalaman pertama sebagai ibu. Anak juga masih belum biasa, jadi kami berdua mengambil masa untuk menjayakan proses penyusuan.
Disebabkan itu, ketika dalam tempoh berpantang saya selalu stres dan menangis kerana merasakan gagal untuk menyusukan anak. Mujurlah kakak saya membantu dengan meminta kaunselor penyusuan untuk mengajar tentang teknik penyusuan yang betul kepada saya. Selepas itu, saya merasa lebih selesa dan anak pun berjaya menyusu. Selepas 21 hari, akhirnya bayi saya bebas demam kuning.
Antara Keluarga & Kerjaya
Itulah sedikit-sebanyak kisah kehamilan saya. Memang ada naik turunnya, tapi saya dan suami sangat bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan sihat. Menjadi seorang ibu bekerjaya tidak mudah. Saya perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja. Percayalah, ia tidak mudah. Dengan bebanan kerja serta anak yang masih kecil dan perlukan perhatian, saya memang mudah letih dan merasa stres.
Saya berpendapat sebagai seorang ibu, tidak salah untuk kita merasa letih dan jangan sesekali pendam perasaan. Jika perlukan bantuan, mintalah dari orang yang kita percayai seperti suami. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban saya.
Dengan bantuan dari suami tercinta, saya dapat menikmati me-time yang sangat berharga walaupun hanya sekadar di rumah. Macam mana tu?
Kulit Nampak ‘Tua’ Selepas Bersalin
Sekiranya saya merasa letih dan tidak bermaya, me-time saya mudah saja. Saya akan belai kulit wajah! Mungkin disebabkan stres dan saya juga tidak cukup rehat, kesannya sangat ketara pada kulit wajah saya.
Ia menjadi kering dan kelihatan kusam. Biarpun ditutup dengan solekan, kulit kering tidak dapat ditutup. Paling ketara, mungkin kerana faktor usia juga ada garis halus di bahagian tepi mata! Bukan itu sahaja, tona kulit wajah saya juga akan menjadi tidak sekata.
Jumpa Solusi, Good Virtues Co Yang Terbaik!
Bila bercerita tentang produk penjagaan wajah, saya tak pernah beli yang mahal-mahal. Cukuplah ia mampu untuk membersihkan kulit muka, saya dah berpuas hati. Selain harga, biasanya saya tertarik dengan produk yang unik.
Disitulah saya bertemu dengan Good Virtues Co, orang kata jatuh cinta pandang pertama. Packaging yang cantik dan terasa segar membuatkan saya tertarik. Tak terhenti di situ, saya terus cari rangkaian produknya yang bersesuaian dengan kulit wajah saya.
Aha! Saya terus pilih Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series. Sesuai sangatlah untuk saya yang dah masuk pertengahan 30-an ni. Bila rujuk pada label bahan-bahan, saya tertarik kerana ia diperkaya dengan sumber semula jadi.
Pada awalnya saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Maklumlah saya pun bukan jenis yang berdisiplin. Kalau rajin saya buat, kalau malas saya abaikan saja. Entah mengapa dengan produk Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series ni saya berkobar-kobar. Saya cari masa untuk me-time supaya saya dapat membelai kulit wajah saya biarpun setakat 10-15 minit sahaja.
Saya jadi rajin dan konsisten. Tak perlu masa yang lama untuk saya nampak kesannya pada kulit wajah. Selain kulit menjadi lebih lembut, kedutan di sekitar bahagian dahi dan tepi mata mula berkurang. Masalah kulit kusam dan tanda penuaan seperti tompok gelap juga dapat diatasi.
Rangkaian Produk Yang Best!
Mula-mula sekali nak basuh muka, saya gunakan Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Facial Cleanser. Tidak menyebabkan iritasi dan teksturnya sungguh lembut. Yang bagusnya, ia menghasilkan buih lembut dan bila disapukan pada wajah rasa ‘sedap’. Baunya harum dan lembut. Apabila dibilas, kulit jadi ringan dan segar.
Selesai cuci kulit muka, saya gunakan pula Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Toner. Tak ada alkohol dan sangat mudah dipakai. Hanya perlu disembur pada wajah. Ekstrak cendawan di dalam toner ini membantu menghaluskan liang roma. Ia mudah meresap dan tidak melekit pada kulit. Memang menyegarkan!
Sebelum bersolek, kenalah pakai Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Day Moisturizer. Ia melindungi kulit dari sinar UV kerana didatangkan dengan SPF30 PA+++. Biarpun ia krim, tetapi tidak melekit atau menyebabkan kulit berminyak jadi tidaklah menyebabkan mekap bercapuk.
Nak tidur malam pun kena pakai Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Night Moisturizer. Barulah kulit wajah dapat dilindungi dan ‘direhatkan’. Yang bagusnya, pelembap malam ini mengandungi struktur ‘kristal cair’ jadi bila dioleskan pada wajah ia akan meresap dengan segera. Kulit pun terasa segar kerana ia bertekstur gel yang tidak berminyak. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan pH semula jadi yang bagus untuk mengekalkan kesihatan kulit.
Sekarang, hari-hari saya teruja nak jaga kesihatan kulit wajah! Semuanya kerana saya dah jumpa rangkaian produk Good Virtues Co Anti-Aging & Hydrating Series yang sememangnya berkualiti. Tambahan pula, harga produk-produknya juga sangat affordable. Jadi, checklist saya untuk produk penjagaan kulit wajah memang jenama ini semuanya approved!
Bagi mama-mama yang nak mencuba rangkaian produk Good Virtues Anti-Aging Hydarting Series ini bolehlah dapatkan di Watsons atau mana-mana pasar raya berdekatan. Nak beli di Watsons secara online pun boleh, klik SINI
Untuk keterangan lanjut layari SINI atau Facebook: @GoodVirtuesCo dan Instagram: @goodvirtuesco