Bila Suami Isteri Bekerjasama Jaga Anak, Proses Nak Membesarkan Anak Jadi Mudah

Share

Anak-anak merupakan amanah yang tidak ternilai yang tuhan anugerahkan. Mendidik dan membesarkan anak-anak memerlukan kerjasama pasangan masing-masing kerana amanah tersebut sangat berat dan sangat mencabar.

Lagi ramai anak, lagi banyak ragam yang kita perlu hadapi dengan sabar. Sebab itulah penting penglibatan kedua-dua penjaga bagi memastikan anak-anak didik mengikut acuan yang betul. Penglibatan suami isteri dalam membesarkan anak-anak memberikan kesan positif dalam kehidupan mereka.

Masa anak sorang kira ok lagi. Gaya hidup selesa kita masih lagi terurus. Nak makan tak huru hara, nak tidur senang, ngantuk je terus masuk bilik bum atas katil.

Masuk dua orang, sedikit demi sedikit cabaran nak ‘survive’ hidup dengan selesa tu datang menerjah. Makan pun kelam kabut, kadang sampai tercekik gara gara nak urus anak sekali di waktu yang sama.

Tiba saat anak masuk tiga orang, tak ada lagi erti hidup selesa. Nescaya lifestyle korang memang berubah 360 darjah. Diri dah tak terurus, makan minun tak ikut waktu, tidur tak menentu dan rambut dulu lurus macam buat ‘rebonding’ sekarang asyik gugur setiap kali mandi.

Macam mana nak ada masa urus diri kalau setiap masa sibuk mengurus anak anak. Sebelum nak makan kena pastikan dulu anak anak cukup makannya. Sebelum nak mandi, anak anak dulu kena di pastikan dulu mandi dan siap persalinannya.

Sebelum nak bergerak ke sana ke mari, barang barang ‘first aid’ anak anak kena sediakan dulu kalau tak huru hara sepanjang perjalanan. Sibuk mengurus diet makan berkhasiat untuk anak anak sampaikan diri sendiri hilang selera makan gara gara ‘kortisol’ datang menyerang.

Segala berkenaan anak tak pernah lekang di fikiran, anak sentiasa jadi keutamaan dalam minda, dalam tenaga dan aktiviti harian. Sehinggakan lupa buat ‘Self Love’ supaya tubuh badan sembuh dan segar kembali.

Tu baru tiga orang, kalau masuk je empat orang ke atas bermula la ‘mimpi ngeri’ setiap insan. Sehari kalau tak jadi tarzan memang tak sah!

Jaga anak ni cabaran dia lebih extreme dari sukan extreme tau!

Anak anak bukan kerja untuk satu orang. Anak anak kerja untuk satu pasukan yang boleh bekerjasama. Suami dan isteri bersatu teguhlah nasib anak anak, saatnya suami dan isteri bercerai roboh sudahlah nasib anak anak.

Bukan nak cakap bila suami isteri dapat bekerjasama proses urus anak anak tu akan jadi mudah, tetap juga ada cabarannya.

Tapi risiko untuk ‘mati akal’ bila mengurus anak sama sama akan jadi 50 : 50, sebaliknya kalau urus seorang diri risiko ‘mati akal’ kemungkinan besar 100% comfirm.

Wallahu A’lam,

Nak ada anak bukan setakat kena bersedia kewangan tapi kena bersedia mental, fizikal dan emosi juga.

Sumber: Mohd Fhais

Published by
NuFa