Bila Suami Maafkan & Iringi Doa, Isteri Bersalin Jadi Mudah. Lancar Je!

Share

Saat menanti kelahiran bayi pasti mengujakan tapi pada masa yang sama kita berdebar juga kan? Sebanyak mana si ibu risau tentang bayi yang bakal dilahirkan serta proses bersalin, ayah juga sama. Bahkan berganda rasa risaunya itu! Maklum sajalah, isteri tersayang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

Berkongsi tentang pengalamannya menanti kelahiran bayi mereka, Haris Darus berkongsi amalannya sepanjang menunggu proses kelahiran bayi perempuan mereka. Kebetulan pula tarikh lahir bayi mereka sama dengan isterinya.

Artikel Menarik: [Isteri Ni Tak Harap Pun Hadiah Mahal. Cukuplah Suami Cakap Lembut, Sayangi Dia Selalu]

10 April adalah ulang tahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke kamar bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan penyebaran covid-19.

Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.

Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar kamar bersalin.

Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19 dan baik.

Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:

1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.

Dan maafkan isteri. Maafkan isteri. Maafkan isteri.

Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.

Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.

Artikel Menarik: [3 Doa Suami Boleh Amalkan Untuk ‘Pimpin’ Isteri & Anak Ke Jannah]

Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal bapa yang juga menanti kelahiran anak anda. Amalan ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ikhlaskan hati anda untuk melakukannya. Untuk pasangan yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Pa&Ma doakan semoga setiap urusan bersalin and dipermudahkan dan semuanya selamat.

Published by
Emy H