Dugaan dalam hidup berumah tangga itu cukup besar. Sesebuah pasangan perlu kuat untuk berhadapan dengan segala ujian yang mendatang. Salah satu perkara yang ditakuti para isteri adalah apabila kasih sayang suami mula berpaling dari mereka.
Benar, suami juga pinjaman dari Allah SWT. Tetapi hati lembut seorang isteri pasti tidak mampu menahan rasa sakit jika suami mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Melalui laman Facebook Dato’ Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman yang merupakan seorang penceramah bebas, ada sebuah perkongsian tentang suami isteri yang sangat menyentuh perasaan.
Baca Juga:
Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
Pengajaran yang terbaik
*لو تزوج الرجل كل نساء العالم إلا واحدة لاشتهى الواحدة*
Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yang seorang tu pun dia mahu juga
*”قال: حين أعجبت بزوجتي ..*
Berkata seorang lelaki: aku hairan dengan isteriku
*كانت في نظري كأن الله لم يخلق مثلها في العالم*
Dulu sebelum kahwin, Ketika aku melihat dia, pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun sepertinya
*ولما خطبتها .. رأيت الكثيرين مثلها*
Ketika aku bertunang dengannya, aku dapati ramai pula sepertinya
*ولما تزوجتها .. رأيت الكثيرين أجمل منها*
Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya
*فلما مضت بضعة أعوام على زواجنا رأيت أن
Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati…
*كلُّ النَسَاءِ أحْلَى مِنْ زَوجَتِي !*
Semua perempuan lebih indah daripada isteriku
*فقال الشيخ : أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمرّ ؟!*
Maka berkata Syeikh: inginkah kau aku khabarkan apa yang lebih dahsyat daripada itu?
*قال الرجل : بلى*
Kata lelaki itu: ya, khabarkan!
*فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..*
Maka kata Syeikh: kalau engkau telah berkahwin dengan seluruh wanita yang ada di alam ini..
*لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!*
Nescaya engkau lihat anjing yang sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut!!
*ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟*
Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya: kenapa Syeikh kata begitu?
*فقال الشيخ :
لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة
أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً،*
Kata Syeikh: kerana yang musykilah (bermasalah) itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yang kalau telah diberi hati yang tamak
*وبصراً زائغاً،*
Dan pandangan yang liar
وخلا من الحياء من الله
Dan tidak malu kepada Allah
فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..
Maka tidak ada apa lagi yang mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..
يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله
Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yang telah Allah haramkan.
أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟
Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yang tercantik di dunia)
قال الرجل : نعم
Kata lelaki itu: ya, mahu
فقال الشيخ : اغضض بصرك …. “
Maka kata Syeikh: Tundukkan pandanganmu..
*Tadabbur Ayat 30-31 Surah An-Nur.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuatkan suami lebih menghargai isteri dan setiap pasangan itu lebih menghargai antara satu sama lain. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, tetapi itulah tujuannya kita berpasangan. Untuk menyempurnakan sesama kita sebagai suami isteri.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/