Memiliki anak kembar sememangnya diimpikan kebanyakkan orang. Namun hakikatnya lebih banyak kesungguhan, pengorbanan yang perlu dilalui mak ayah dalam membesarkan mereka.
Isteri kepada angkawan negara, Dr Halina Mohd Yunos turut sama berdepan dilema bila mana setiap kali menyusukan dua anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang kini baru berusia satu tahun lebih.
Menurut kata Dr Halina, ada waktunya dia jadi semakin bersalah bila mana terpaksa melebihkan salah seorang dari mereka dan terpaksa membiarkan seorang lagi bermain sendiri. Semuanya kerana tidak mampu mengendong bayi kembarnya yang kini semakin membesar. Ditambah pula dengan salah seorang dari kembarnya, Eusoff yang kini tidak lagi minum susu ibu.
Kebimbangan itu dikongsikan doktor yang murah dengan senyuman ini di Instagramnya.
“Eusoff ni dia kan dah minum formula. Emelia on the other hand, still breastfeeding. So bila nak tidur malam, I have to feed Emelia first most of the time. Eusoff on the other hand, akan minum from bottle.
“Kadang-kadang bila I tengah susukan Emelia, Eusoff pun nak jugak lah kan. Tapi saya memang tak boleh susukan kedua-duanya dalam masa yang sama. Berat sungguh I tak larat nak support their weight.
“So bila I susukan Emelia, Eusoff akan menangis. Sedih sangat I tengok. Selalunya either Tok Yah tidurkan dia atau daddy bawak tidurkan sekali dengan his elder brothers,” tulisnya berkongsi cerita.
Ads
Kata Dr Halina lagi, hati keibuannya begitu sayu setiap kali melihat Eusoff menangis. Namun bagi mengelakkan rasa bersalah dalam diri tanpa perlu meminggirkan Eusoff, ibu kepada enam orang cahaya mata ini punya caranya yang tersendiri memujuk si comel Eusoff.
“Bila dah selesai dengan Emelia, selalunya dia tidur dan saya akan tunggu dekat buaiannya kalau-kalau dia bangun. Saya memang tak nak dia rasa dia selalu diketepikan.
“Saya nak dia tahu saya sentiasa ada untuk dia #momguilt. Saya tahu dia baru berumur 14 bulan tapi hati saya jadi sebak setiap kali melihat dia menangis macam tu.
“Now (first photo) He woke up from his sleep.. And I’m holding him hoping that he knows that I’m here for him..
Ads
“Ranting malam-malam. Emo pulak, still holding him. Good night,” tulisnya berkongsi.
Perkongsian Dr Halina itu sememangnya turut dirasai oleh ibu-ibu terutama yang memiliki anak kecil dan rapat usianya. Malah turut mendapat perhatian wargamaya yang turut sama berkongsi emosi dengannya.
Tak mudah kata mereka namun terus memberi sokongan buat isteri kesayangan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keletah si comel, Muhammad Hayder Qalish, anak sulung pelakon Eyra Hazali ini sentiasa mendapat perhatian ramai.
Namun Hayder yang mempunyai pengikut setianya dikhabarkan baru-baru ini terpaksa menerima rawatan di hospital selepas mengalami cirit-birit dan muntah.
Pun begitu kata Eyra, bagaimana pun anaknya itu tidak dimasukkan ke hospital kerana kapasiti hospital berkenaan yang penuh.
Menerusi Instagram pasangan ini, Eyra memuat naik sekeping gambar Hayder yang sedang menerima rawatan dan kelihatan lemah.
“Hayder muntah-muntah and cirit birit.
“Sekarang masukkan drip dulu sebab hospital semua penuh. Doakan Hayder cepat sihat ya,” tulis Eyra di Instagram.
Dalam pada itu, Eyra turut mengharapkan agar semua dapat mendoakan kesembuhan buat anaknya itu.
Rata-rata pengikut si comel Hayder di Instagram turut sama mendoakan agar Hayder cepat sembuh dari sakitnya.
“Allahuu get well soon handsome boy auntyyy.”
“Alooo cian dia..gws hayder shayangggg.”
“Get well soon Hayder 🥺❤️❤️Stay strong handsome boy💪🏻💟💟 but you still cute okeh.”
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Hayder Qalish dan Muhammad Endra Hakimie.
Musim anak influeza ini ada baiknya kita merujuk kepada doktor dalam apa pun jenis tindakan dan jenis ubat-ubatan yang kita makan. Bukan sahaja bahayakan nyawa sendiri bahkan nyawa anak-anak yang masih kecil.
Memilih ubat bontot untuk mengawal demam anak memang disarankan jika mempunyai suhu yang tinggi, namun elakkan jenis NSAIDS jika anak dikesan demam Influenza. Mengapa? Ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
BAHAYA UBAT PUNGGUNG UNTUK DEMAM ANAK
Kita tahu kes Influenza di kalangan kanak-kanak dah meningkat sekarang. Dan kes demam dan batuk pun meningkat. Kadang-kadang yang demam batuk tu bukan influenza pun tetapi penyakit lain.
Dan ibu bapa di rumah kadang-kadang membuat langkah awal untuk merawat anak yang demam seperti memberi ubat punggung (suppository) terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Ubat punggung tu pun boleh je beli kat mana-mana farmasi.
Tetapi, kita tak boleh memberi ubat punggung sebarangan kepada anak. Ini kerana jika kanak-kanak itu sebenarnya menghidapi influenza dan ibu bapa memberi ubat punggung NSAIDS, ia sebenarnya akan meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti RADANG OTAK atau juga dikenali sebagai Acute Necrotizing Encalopathy (ANEC). Ini lagi merbahaya.
Oleh itu untuk anak-anak demam, terutamanya bawah 5 tahun :
✅️ Berilah anak yang demam ubat Paracetamol SAHAJA (minum/punggung) mengikut dos yang ditetapkan .
❌️ JANGAN beri ubat punggung NSAIDS. Kalau dah check dengan Dr. n dah tau bukan kena influenza takpela.
✅️ Pastikan anak minum dan makan secukupnya supaya kekal terhidrat.
✅️ Bawalah anak berjumpa doktor sekiranya gejala sakit tak berkurangan untuk penilaian lanjut.
Keselamatan anak kecil semasa di rumah sangat penting untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tak diingini. Kadang kala bila di rumah anak-anak akan lebih bebas ke sana sini dan ada ketika ibu bapa tak boleh nak berikan tumpuan sepanjang masa.
Bagi yang tinggal di rumah dua tingkat, keselamatan di tangga sangat penting. Ini kerana anak akan mudah memanjat dan turun tangga sesuka hati. Bukan setakat itu sahaja, jika terlepas pandang pun anak senang je masuk dapur dan bermain dengan peralatan yang ada di dapur.
Sebelum mendatangkan bahaya pada anak-anak, seeloknya kena ada halangan yang selamat untuk mereka. Biar mereka menjerit tak boleh masuk atau memanjat tangga daripada kita menyesal dengan kejadian yang lebih buruk.
Jadi baby safety gate antara yang paling penting mesti ada di rumah jika ada anak kecil. Nak jimat kos boleh cuba DIY sendiri safety gate melalui perkongsian Syazwani Jamil.
Tetiba terasa rajin nak share pasal DIY baby safety gate ni. Padahal dah dekat sebulan dah buat ni.
Okay, ada anak kecil wajib la kena childproof kan rumah terutamanya kawasan yang berbahaya seperti dapur. Sejak Amsyar dah makin rajin explore rumah, selipar dapur pun dia buat main, makanan kucing dalam bekas kat dapur pun dia kutip. Makin clingy jugak, tak boleh kena tinggal, ibu nak masak kat dapur pun dia ikut, maka ayah pun buatkan la safety gate ni.
Design safety gate ni yang terpaling simple je tak canggih pun. Tak boleh slide-slide ke tepi dan tak ada selak-selak berengsel pun. Jenis angkat dan masukkan pintu dalam lubang secara manual je.
Yelah, nak jimat kos dan masa. Kalau tak silap kos barang semua dalam RM30 dan husband buat ni seorang dalam 2 jam je.
Barang-barang yang digunakan semua jenis paip pvc. Nak cerita lebih-lebih tak pandai dan takut salah jadi boleh rujuk gambar je lah ye.
Ala orang lelaki tau la barang-barang ni kan tak yah cerita pun tak apa, design pun simple je ni. Cuma nak bagitau yang husband gam setiap sambungan tu so setakat ni anak pijak, goncang-goncang pagar tu steady lagi lah inshaAllah kukuh jugak.
Cumanya kena kira betul-betul la ukuran sebab dah gam susah nak adjust balik. Ketinggian pagar, jarak antara tiang semua tu boleh la adjust ikut kesesuaian rumah masing-masing. Semoga perkongsian ni bermanfaat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.