Bakal ibu mana yang tak risau bila diberitahu oleh doktor bayi yang dikandungkan terbelit tali pusatnya. Jangan cemas kerana ibu sebenarnya masih boleh bersalin normal dan paling penting, anak di dalam kandungan masih boleh meleraikan belitan ini dengan sendirinya.
Perkongsian Dr Sharifah Halimah Jaafar, Consultant Obstetrician & Gynaecologist diblognya, drsharifahblogspot.wordpress.com ini mama kena baca. Menurut pakar sakit puan dan perbidanan ini, belitan tali pusat dileher bayi bukanlah satu sebab untuk pembedahan cesarean kerana ramai ibu yang bersalin secara normal. Jadi mama kena relaks. Jangan cemas!
Tali Pusat Terbelit Di Leher, Adakah Berbahaya?
Mengikut kajian, kadar kejadian atau insiden tali pusat terbelit dileher bayi semasa kandungan telah cukup bulan ialah 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.
Bunyinya memang menakutkan ibu yang sedang mengandung, tetapi adakah ia merbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kecacatan atau kematian kepada bayi? Kita juga pernah dengar pengalaman ibu ibu yang mengatakan mereka terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan cesarean kerana terlilit tali pusat di leher bayi?
Soalnya, adakah jika diketahui ada tali pusat dileher bayi sebelum sakit bersalin, semua ibu harus dibedah dan tidak boleh dibenarkan bersalin secara normal?
Berikut adalah fakta fakta mengenai tali pusat dileher bayi berdasarkan bukti bukti perubatan yang kukuh! Untuk pengetahuan ibu ibu:
- Selagi bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat dileher bayi tidak merbahaya dan ia adalah satu perkara yang lazim terutamanya jika tali pusat itu panjang.
Belitan tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab untuk pembedahan cesarean kerana ramai ibu yang bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.
- Doktor akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi. Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh kelihatan biru seketika tetapi akan pulih segera
- Ada terdapat peratusan yang kecil ibu mengandung di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah dan bekalan oksigen bayi boleh terjejas. Dalam kes yang sebegini, doktor akan mencadangkan pembedahan cesarean kecemasan.
Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?
1. Relax! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi ada kebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.
2. Boleh bersalin normal atau tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya dengan ujian pantauan semasa melalui proses bersalin. Hanya segelintir ibu sahaja yang perlu pembedahan cesarean kecemasan. Jadi, ibu jangan cemas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI