Siapa tak cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak berjalan sendirian dalam keadaan gelap. Itu yang berlaku pada dua individu apabila menjumpai kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun sedang berjalan seorang diri di atas jalan raya yang sunyi pada waktu malam.
Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Risau perangkap sindiket penipuan
Memetik laporan Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut Thailand. Ketika kejadian, dua individu terbabit sedang melalui jalan tersebut dan kebetulan, mereka ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap. Difahamkan juga, pada malam itu cuaca hujan.
Menurut individu ini, mereka mengakui agak takut untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perangkap sindiket penipuan. Oleh hal demikian, mereka nekad menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
Menangis beritahu tersesat
Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan mereka. Namun mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan yang dipandu. Selepas pasukan penyelamat tiba, barulah mereka ada keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak terbabit. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kanak-kanak itu menangis sambil memberitahu bahawa dia tersesat.
Pasukan penyelamat kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah neneknya yang terletak beberapa kilometer dari jalan raya terbabit. Menurut sumber, kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya. Namun tidak sangka, kanak-kanak malang itu tersesat di tengah jalan raya sebelum tiba di rumah neneknya.
Sementara itu, neneknya berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung tempatan selepas cucunya itu hilang pada kira-kira jam 7 malam.
Kredit: Bangkok Post ; OB
ARTIKEL MENARIK [Isteri Mandikan Bayi Guna Pemanas Air, Sekeluarga Maut Kena Renjatan Elektrik]
LAGI ARTIKEL MENARIK [“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)