Bila tiba hari jadi anak, sebagai ibu bapa kita cubalah raikan. Kalau tak ada majlis besar pun, cukuplah sekadar makan-makan dan bagi hadiah simple. Raikan. Ini lah kenangan yang akan mereka ingat sampai bila-bila.
Anggap sahaja ini sedekah untuk anak-anak. Semoga Allah akan lipat gandakan rezeki kita semua. Kalau tak dapat nak jemput ramai disebabkan Covid-19, anda tetap boleh raikan dengan sederhana. Ini idea dambutan hari jadi anak yang kami kongsikan di musim endemik ini.
Idea sambutan hari lahir anak
Sebagai individu dewasa, anda pasti boleh memahami jika tiada sebarang sambutan sempena hari jadi anda, apatah lagi ketika tempoh amalan jarak sosial ini. Tetapi situasinya berlainan dengan si kecil. Mereka tetap mahu bergembira si hari lahir mereka.
Jadi berikut dikongsikan cara meraikan sambutan hari lahir anak yang boleh dicuba:
Kejutan belon
Jika si kecil gemarkan belon, pastinya cara meraikan dengan kejutan belon adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Anda boleh hiaskan ruang tamu anda dengan sejumlah belon atau mencipta ‘air terjun belon’ di pintu bilik tidur mereka, sebagai kejutan. Tetapi tidak tahu caranya?
Ads
Lekatkan pita pelekat di bahagian terbuka plastik beg sampah (pastikan bersih) pada pintu bilik tidur serta pada bahagian siling. Isikan dengan belon dan letakkan pelekat agar belon tidak terkeluar. Apabila mereka ingin membuka pintu, pelekat pada plastik beg akan tertarik dan terjadilah ‘air terjun belon’.
Scavenger Hunt
Sekiranya anda sudah membelikan hadiah buat si kecil, apa kata jadikan ia sebagai 1 sesi pemburuan hadiah. Bagaimana? Anda boleh letakkan hadiah di tempat yang tersembunyi dan meminta mereka mencarinya. Untuk menjadikan ia lebih menyeronokkan, jadikan ia seperti pencarian harta karun (treasure hunt) dengan menyediakan peta sebagai petunjuk. Tetapi pastikan anda tidak meletakkan hadiah di tempat yang berbahaya atau sukar dicapai, okay?
Family Slumber Party
Ads
Cara meraikan ini mungkin sesuatu yang jarang dilakukan tetapi anda boleh mencubanya. Slumber party biasa dibuat di negara barat, yang melibatkan rakan-rakan si kecil berkumpul dan bermalam di rumah anda atau salah seorang rakannya. Anda boleh meletakkan bantal yang banyak dengan selimut di ruang tamu dan berseronoklah.
Menonton filem
Seandainya anda mahukan cara meraikan yang lebih ringkas, menonton filem bersama mungkin pilihan terbaik. Berikan peluang kepada si kecil untuk memilih filem yang ingin ditontonnya dan jangan lupa untuk menyediakan snek ringan untuk dikunyah bersama. Mahu lebih seronok, cuba tutup lampu dan ia memberikan suasana seperti dalam panggung wayang. Anda bukan sahaja menggembirakan anak, tetapi aktiviti sebegini pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Cubalah!
Hari kebebasan
Sempena hari lahir anak, memandangkan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, apa kata berikan ‘hari kebebasan’ buat mereka. Untuk 1 hari yang istimewa ini, beri peluang untuk si kecil lakukan apa yang dia ingini, seperti makan aiskrim ketika sarapan, menonton filem atau kartun untuk tempoh 4 jam tanpa henti atau apa sahaja selagi tidak memudaratkan mereka. Kalau anda ingin membuat pesanan makanan, mungkin anda boleh memberikan si kecil kelonggaran untuk memilih makanan yang diingininya.
Ads
Hasilkan kek dan hidangan makanan istimewa
Si kecil suka menolong anda di dapur? Apa kata anda hasilkan kek bersama? Atau mungkin anda boleh memintanya untuk membantu anda menyediakan hidangan makanan istimewa untuk dimakan bersama? Jika sebaliknya, anda boleh hasilkan kek kegemaran dan menjadikan ia sebagai kek sambutan hari lahir anak.
Eratkan ikatan kekeluargaan
Tidak kiralah bagaimana cara meraikan hari jadi anak yang akan anda lakukan, perkara paling utama adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga. Biarlah sambutan secara sederhana namun ia pastinya menggembirakan kerana apa yang si kecil mahukan adalah untuk meraikannya bersama individu yang disayanginya.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau ada anak perempuan, memang impian ibu untuk anak mempunyai rambut panjang dan cantik. Senang untuk diikat dan digayakan dengan pelbagai gaya.
Tapi sebenarnya rambut panjang juga boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling. Kajian juga dibuat di luar negara dimana pernah terjadi beberapa kes leher bayi terjerut rambut panjang. Ikuti perkongsian detik-detik cemas Dr. Afida Sohana;
Beberapa minggu lalu, saya hampir kehilangan anak kecil saya. Ini perkongsiannya…
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan dari apa sahaja. Mengetahui antara punca bahaya boleh membantu kita menjadi lebih berhati-hati …
Anak-anak saya masih tidur di bilik yang sama dengan kami. Kami bercadang untuk memisahkan mereka (tidur berlainan bilik) sebaik sahaja berpindah ke tempat baru nanti, insyaAllah. Cuma kali ini, kami tidak mempunyai kamar yang cukup untuk semua orang. Ada hikmahnya…
Anak-anak saya sangat rapat, meski punyai jurang usia 3 tahun. Ana akan menyambut hari lahir ke-4 tahun ini & Ara baru menyambut birthday nya yang pertama pada Ramadhan lalu. Mereka yang mengikuti saya di fb, insta atau twitter akan tahu betapa saya menyayangi kedua anak kecil ini, dan bagaimana kakak Ana menyayangi rambut panjang melepasi pinggangnya. Setiap hari, dia akan meminta saya mengikat rambutnya dengan gaya mengikut apa yang pernah dilihat di youtube.
Walaupun saya meletakkan mereka di atas katil yang berbeza, mereka akan mencari satu sama lain di tengah malam, dan tidur berpelukan. Kerapkali saya bangun dengan panik apabila Ara tiada di sebelah saya, hanya untuk mencari dia berpelukan dengan kakaknya.
Malam itu, beberapa minggu yang lalu, saya tersedar dari tidur tatkala mendengar keluhan Ara. Ara masih menyusu badan, kekadang dia akan menepuk saya untuk meminta susu, atau memanggil saya dengan suara dan bahasa bayinya.
Dalam kegelapan, saya lihat Ara sedang menarik rambut kakak Ana. Saya cuba tarik tangannya dan mengatakan jangan. Ketika itulah saya terlihat rambut Ana yang ketat menjerut leher Ara. Suara Ara tadi dengan cepat berubah menjadi tersekat-sekat.
Saya menjerit supaya suami menyalakan lampu. Rambut Ana saya lepaskan dari leher Ara. Kelihatan dengan jelas tanda jerut kemerahan di sekeliling leher Ara. Ara saya peluk, pernafasannya saya periksa, dan muka Ara mula lihat kemerahan semula… alhamdulillah.
Ara yang mula menangis saya redakan dengan suapan susu. Saya hanya mampu duduk dan menangis….
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana membangkitkan saya dari lena. Saya bersyukur kerana berada di dalam bilik yang sama. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika tidak …
Jadi, minggu lepas saya bawa kakak Ana untuk potong rambut. Syukur sepupu dan juga rakan sekelasnya baru sahaja potong rambut, jadi dia juga teruja untuk mendapat rambut baru.
Saya layari kes-kes serupa di internet, dan terkejut melihat ada beberapa kes yang didokumen. Kakak ipar saya juga bercerita tentang jirannya, ibu yang kehilangan bayi kerana terjerut rambut kakak.
Kes seperti ini mungkin tidak kerap, tapi tidak mustahil….
Kajian yang pernah dibuat diluar negara
PENGAJARAN:
1. Persekitaran tidur yang selamat – kongsi bilik JANGAN kongsi katil!
2. Berhati-hati dengan rambut panjang ahli keluarga atau sebarang tali di sekeliling bayi
anda. Mengikut kajian pada tahun 2017, 17000 kanak-kanak cedera, dan 300 meninggal
dunia dalam tempoh 25 tahun, kerana terjerut tali langsir ‘blinds’.
Moga anak2 kita terpelihara dari sebarang kemalangan.
Bila mengajar anak bercakap, kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan, tapi kadang-kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut, bagaimana kita sampaikan mesej, apa yang kita buat dan bagaimana reaksi kita akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa kanak-kanak.
Berdasarkan pengalaman dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim yang banyak mengajar ibu bapa untuk merangsang bahasa kanak-kanak, berikut kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan semasa mengajar anak untuk bercakap.
Kita ni kadang-kadang tak sabar kan nak dengar anak sebut tapi perlu diingat, bagi anak yang ada masalah lambat cakap, biasanya mereka mengambil masa untuk sebut dan mereka kurang spontan dalam menggunakan bahasa.
Jadi jika anak tak sebut terus bila kita ajar, jangan pula kita stres atau putus asa sebab mereka perlu serap dulu apa yang kita cakap faham dulu dan lepas tu barulah sebut.
Kita juga perlu periksa kemahiran meniru kanak-kanak jika anak tiada kemahiran meniru memang kita akan susah nak dengar anak sebut terus jadi kemhiran meniru ni ada stepnya iaitu
Meniru aksi –> Meniru bunyi –> Meniru perkataan –> Barulah meniru ayat
Jadi bila anak tak sebut terus tu.. sabar… sebut lagi dan lagi.
Bila nak bercakap dan menggunakan bahasa dengan betul, kita kena faham dulu kan.. sama juga dengan anak2 belajar bahasa.. mereka kena faham dulu setiap perkataan tu merujuk kepada apa.. objek ke, perbuatan ke, sifat ke dll.. jadi kita perlu ajar dulu sampai anak faham apa yang kita nk dia cakap..
Bila nak ajar anak faham, kita kenalah introduce apa yg kita nak ajar tu.. cth nak anak sebut “nak”.. jadi bila nak ajar tu kenalah pada situasi yang sesuai iaitu bila anak nk minta sesuatu..
Contoh : Bila anak nak susu..
Sebelum bagi susu pada anak.. ajar anak utk minta.. mula2 pakai gesture dulu (tadah tangan).. dah boleh gesture barulah pula utk sebut secara verbal pula.. lepas dah boleh sebut sepatah.. barulah ajar minta guna ayat.. ulang banyak kali untuk anak faham dulu.. dah faham barulah mereka blh guna dengan betul perkataan tersebut..
Sama juga jika nak ajar anak faham objek.. introduce je objek2 yg kita nak ajar.. lepas tu test anak faham ke x.. dah faham br ajar sebut..
Saya faham.. anak yg x bnyk cakap atau belum cakap, dengan tiba2 menyebut perkataan… mestilah kita sangatt excited kan… jadi kita pun akan minta anak ulang balik apa yg dia sebut..
Tapi biasanya, anak2 yg baru nk berckp takkan mengulang apabila disuruh..
Bila mngajar anak yg lmbt ckp ni sebenarnya, kita x perlu minta anak ulang bnyk kali.. apa yg boleh kita buat adalah:
– Bila anak sebut perkataan, kita yang ulang sebutan anak sebagai peneguhan
– Tambah perkataan baru pd perkataan kanak2 utk menggalakkn mereka membuat ayat.. contohnya, anak ckp bird.. kita tambhla.. ‘bird fly’ atau lain2 ikut kesesuaian
Bila kita tanya soalan pada anak, kita sebenarnya bukan nak tau jwpnnya kan.. betul tak??.. kita tny soalan pd anak sbb kita nk dengar anak ckp..
Tapi bagi anak2 yg masih belum berckp dan baru nak berckp.. bertny soalan mmg x membantu sbnrnya… sebab kalau kita tanya puan memang sah2 anak takkan jwb sebab dia x tau jwpn..
Jadi.. dari kita bertny soalan, baik kita bg jwpn je trus pada anak.. cth bila kita tnjuk gmbr.. kita x perlu tny ‘ni apa?’.. sbb kalau anak yg x ckp lg mmg diorng xkan jwb.. dalam situasi mcm ni.. kita tunjuk gmbr.. bagi je jwpn terus.. jadi anak terus akan dpt jwpnnya kan..
Dalam apa2 jenis pembelajaran pun.. ulangan mmg penting.. ulangan yg bnyk akan mengukuhkan dan menajamkan skill..
Sama juga bila mngjr anak utk faham dan ckp.. ulangan mmg kena sangattt banyak… utk kanak2 ingt dan faham.. kanak2 perlu dengar lebih kurang 2000 ulangan.. percaya x??
Jadi dlm kbnykn kes.. kita ckp sekali dan berharap anak akan ingt dan guna.. bukan mcm tu.. kena bnyk kali utk anak ingt.. faham dan guna
Kenapa kanak2 suka tengok kartun??.. kenapa kanak2 blh attend pada lagu??? Tau x jawapannya??
Sebab lagu bnyk intonasi.. katun brckp dngn berintonasi…
Jadiii.. bila kita berckp dngn anak2.. buat intonasi yg menarik.. ini blh menarik minat anak2 utk mendngr dan memberi tumpuan pd apa yg kita ckp.. lebih baik tumpuan, lebih mudah utk mereka ingt dan faham..
Kalo x caye.. cuba ckp dngn intonasi yang menarik.. mesti anak akan bg perhatian yg lebih pada apa yg anda cakapkan.
Untuk anak2 yg sudah blh berbual dalam ayat panjang mmg xde masalah utk kita cakap panjang2 dngn anak…
Tapiii.. bagi anak yang baru nk berckp, mereka akan susah utk menangkap dan memahami apa yg kita cakapkan jika ayat kita terlalu panjang..
Jadi.. bagi anak2 yg br nak berckp atau belim berckp.. gunakan ayat yg lbh pendek dan simple utk anak mudah pick up dan ingt perkataan tersebut..
Formulanya paling mudah mcm ni :
Anak belum bercakap – Bnykkn ajar bunyi2 dan brckp mnggunakan 1 perkataan atau ayat 2-3 perkataan
Anak berckp sepatah2 – Gunakan ayat 2 patah ke 4 patah perkataan
Anak berckp dngn ayat 2 patah – Gunakan ayat 3-4 perkataan
Jika anak sudah boleh bercakap 3-4 patah, boleh ajar bercerita pula…
Haaa.. bila buat mcm tu.. anak akan lbh senang utk tau apa perkataan seterusnya dia kena sebut.. terutama bila mngjar anak membuat ayat…
Biasanya bila anak lambat bertutur ada beberapa faktor. Ibu bapa kena lebih tahu dan jangan ambil mudah mengenai perkara tersebut. Bila dah capai dua tahun ke atas namun masih tiada apa-apa perubahan wajar cari alternatif untuk atasi masalah tersebut.
Berikhtiar tak salah asalkan kita masih lagi mendapat rawatan pakar. Berdasarkan perkongsian dari seorang guru Pendidikan Khas, Redzuan Abd Hamid, terapi lollipop boleh membantu anak-anak yang lambat bercakap. Sejauhmana keberkesanannya?
Lollipop diberikan kepada anak-anak dan dibiarkan mereka bermain dengan lidah mereka. Tak kisah lidah kanan, kiri atau depan. Kalau boleh di seluruh bahagian lidah dan mulut supaya lidah jadi lebih lembut dan mudah untuk bertutur.
Lollipop tadi juga dibiarkan anak-anak bermain di lelangit dan bawah lidah bagi memudahkan anak-anak untuk menutur. Pusingkan lollipop tadi di dalan mulut.
Kalau ada anak-anak yang sukar mengawal air liur yang sentiasa keluar dari mulut biarlah dia menghisap air liur yang bercampuran dengan lollipop tadi. Nampak macam geli tapi secara tidak langsung anak-anak tadi dah menggerakkan otot-otot mulut daripada pasif kepada aktif.
Saya pernah mencuba kaedah ini kepada bekas pesakit strok dan Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit tersebut dapat bercakap kembali walaupun bukan 100 peratus seperti sebelum dia sakit.
Tapi lollipop ini hendaklah dikawal pengambilan kepada anak-anak terutama yang mengalami hyperaktif. Jangan dibiarkan anak ambil dengan kadar banyak. Teruk juga nak jaga anak-anak nanti kerana lollipop mengandungi gula yang meransang tenaga berlebihan kepada anak-anak tersebut.
Ada yang kata anak-anak 5 saat je boleh buat macam tu dan selebihnya terus mamah. Bagi saya baik dari tiada.
Pengambilan lolipop sebaiknya di waktu pagi. Sebab kalau diberi waktu petang untuk anak yang hyperaktif akan memenatkan ibu bapa. Apa-apa pun pengawasan ibu bapa juga sangat penting.
Sekadar berkongsi ilmu dan ikhtiar kerana yang menyembuhkan bukan lollipop tapi Yang Maha Esa.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.