Pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail baru sahaja menganjurkan majlis sambutan hari lahir buat anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Semalam genap setahun usia Muhammad Bilal dan ianya disambut dengan meriah bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang lain.
Meninjau akau instagram Lifa.world iaitu akaun kelab Neelofa, beberapa buah video telah dikongsi sekitar majlis sambutan hari lahir Bilal yang penuh dengan keceriaan.
Bertemakan ‘jungle’, dekorasi block juga diserikan dengan ejaan nama Bilal dalam bahasa arab.
Ads
Keletah Bilal turut dirakam. Kelihatan Bilal memang tak duduk diam dan banyak kerjanya.
Namun mata warga maya tertumpu kepada Neelofa ketika dia memberikan ucapan sempena majlis hari jadi Bilal. Jelas Neelofa mengusap perutnya berkali-kali dan jelas kelihatan baby bump Neelofa.
Bercerita tentang sokongan suami dalam membantu kejayaan penyusuan susu ibu dalam Webinar Mama Tak Penat susukan anak, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui suami antara ‘support system’ yang sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
“Alhamdulillah saya dikurniakan 6 orang cahaya mata. Bella (10 tahun), Tasha (8 tahun), Adam & Noah (4 tahun) dan Emelia & Eusoff (9 bulan). Menjaga mereka memang sesuatu tugas yang mencabar. Setiap anak mempunyai personaliti yang berbeza.”
“Dari segi pengalaman penyusuan memang semua berbeza dari anak pertama sehinggalah anak yang keenam. Yang penting sekarang saya dan Dr Halina telah bersetuju untuk menyusukan anak-anak kami sekurang-kurangnya selama setahun. Sebab kami tahu betapa pentingnya kelebihan menyuskan bayi buat anak-anak kami.”
“Menyusukan anak kembar sebenarnya lebih mencabar bagi saya sebab bila seorang menangis, seorang lagi akan menangis. Bila Emelia nak susu, Eusoff pun nak susu juga. Jadi cara menyusukan anak kembar ni berbeza dengan anak biasa sebab Dr Halina terpaksa menyusukan anak kedua-duanya serentak.”
Bercakap tentang sokongan moral, angkasawan negara pertama ini sangat menekankan tentang ‘support’ dari suami itu sendiri.
“Amat penting untuk bapa-bapa diluar sana untuk memberikan sokongan moral buat ibu menyusu sebab bukan mudah, banyak cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui untuk menyusu anak-anak kita. Sebagai suami sangat penting untuk bagi sokongan moral, sokongan emosi dan support system kepada isteri kita supaya proses penyusuan menjadi mudah.”
“Ramai ibu yang membuat keputusan untuk menyusukan bayi mengikut tempoh sendiri seperti 6 bulan, 12 bulan dan ada yang cukup 2 tahun malah lebih. Dalam Islam pun menggalakan ibu-ibu untuk menyusu sehingga 2 tahun. Sebab itulah sokongan perlu diberikan kepada ibu-ibu ini.”
Mengimbau kembali saat Dr Halina selamat melahirkan bayi kembar, Emelia dan Eusoff, Dr Sheikh terus memberikan sokongan agar Dr Halina menyusukan bayi mereka secepat mungkin.
“Sangat digalakkan untuk bayi baru lahir untuk menyusu badan, kerana kandungan susu kolostrum dalam susu ibu amat penting dalam memberikan kebaikan kepada bayi teresebut. Ia mengandungi antibodi yang tinggi untuk memastikan anak itu mendapat kelebihan dewasa kelak. Selain itu, ‘bonding’ sangat penting dalam penyusuan, bayi yang menyusu sangat berbeza berbanding bayi yang minum susu formula. Kita dapat lihat bayi yang menyusu ibu lebih cerdik, lebih tenang dan banyak kebaikan-kebaikan yang lain.”
“Saya sebagai bapa cemburu tengok Dr Halina menyusukan anak. ‘Bonding’ mereka lebih kuat.”
Golongan bapa tetap juga boleh kuatkan bonding bersama anak-anak.
“Saya akan mandikan anak, tukar lampin anak, tidurkan, dodoikan anak. Skin to skin dengan anak”
“Tapi ramai golongan bapa yang tak tahu nak buat apa terutama 6 bulan pertama. Kalau boleh cuba tolong untuk jaga bayi sebab itu sahaja yang boleh dilakukan”
“Tengok apa keperluan yang diperlukan oleh isteri kita. Kita kena tanya apa yang isteri kita perlukan. Lepas Dr Halina menyusu, saya akan ambil baby untuk jaga dan bagi ‘me time’ untuk isteri saya. Dan kalau boleh saya nak ada 10 anak, itu yang kami sudah bincangkan jika ada rezeki lagi”
Antara nasihat yang paling penting disampaikan oleh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar adalah ‘komunikasi’ antara suami dan isteri kerana komunikasi adalah kunci utama dalam kebahagiaan rumah tangga.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian dekat Sungai Siput, Perak semalam (25 Julai).
Meninggal dalam perjalanan ke hospital
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya.
Polis tahan ibu bantu siasatan
Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.
Gambar Hiasan
“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.
Kanak-kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, malam tadi.
Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, disahkan meninggal dunia pada 10.48 malam.
Bapanya Memaklumkan Tentang Pemergian Anaknya
Kematian kanak-kanak itu dimaklumkan secara ringkas kepada media oleh bapanya Muhammad Noor Ain, menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi.
Sebelum Ini Disyaki Mengalami Jangkitan Influenza
Sebelum ini, Nur Dinie Damia dirawat di HSA sejak empat hari lepas, selepas disyaki mengalami jangkitan influenza, namun dia disahkan negatif penyakit itu, petang Isnin.
Disahkan Negatif Influenza Semalam
Mengesahkan perkara itu petang Isnin, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ujian pengesahan PCR (Polymerase Chain Reaction) terkini pada pukul 4.45 petang Isnin, terhadap murid itu menunjukkannya negatif Influenza.
“Waktu Damia (Nur Dinie Damia) masuk ke sini (HSA), ujian Influenza dilakukan dan didapati negatif… jadi sekarang ini Damia didapati alami kegagalan buah pinggang dan hati.
“Bagaimanapun, pihak hospital sentiasa berusaha untuk menstabilkan semula keadaan adik Damia,” kata Dr Sahruddin kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu petang Isnin.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.