Seolah-olah satu fenomena apabila anak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa, Bilal menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Sejak dikongsikan gambar anak sulungnya secara rasmi di media sosialnya, rata-rata memberikan reaksi dan memuji kecomelan Bilal yang sangat gebu.
Menerusi ruangan komen pada posting neelofa, suaminya, Haris Ismail atau mesra dikenali sebagai PU Riz dilihat turut meninggalkan komen ringkas.
“Masha Allah ni,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda suka daripada peminat.
Dalam posting itu juga, sebagai ibu Neelofa menyatakan Bilal adalah anugerah terindah buatnya. Walaupun ramai yang memberi pelbagai tanggapan negatif sebelum ini, Neelofa lalui dengan tenang dan mengharapkan janganlah sampai Bilal jadi mangsa keadaan.
Ads
Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
Ramai doakan yang baik-baik untuk Bilal
Sementara itu, menerusi hantaran sama juga, rakan selebriti turut menitipkan dedikasi dan doa yang baik-baik buat Bilal.
Ads
Baru-baru ini, kecoh di TikTok apabila ada individu memuat naik wajah Muhammad Bilal. Tambah Neelofa, sebagai ibu dia sungguh kecewa dan tersinggung dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah Bilal kepada umum.
Katanya lagi perbuatan tersebut langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang bakal berusia 3 tahun pada April depan dan terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izara memuat naik gelagat Irisa dan Adib saling berbalas ciuman antara satu sama lain.
“No man will ever love her more than her baba,” tulis Izara
Hasil tinjauan ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat hubungan mesra Irisa bersama Adib dan ada juga warganet memuji kecomelan Irisa yang tak tumpah seperti ibunya.
“Cinta pertama anak perempuan adalah ayahnya.
“Momen paling indah bagi seorang isteri dan ibu, apabila melihat pasangannya iaitu ayah kepada anaknya melayani anak-anak.
“MasyaAllah comelnyaa. Subhanallah indah ciptaan Allah semoga jadi anak solehah sayang like ur mommy🥰”
“Bonding anak dengan ayahnya memang love.”
Sementara itu, berdasarkan perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz ada beberapa cara boleh dilakukan sejak anak dalam kandungan sehingga mereka membesar.
Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu?
Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukur pakai pisau cukur. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaik ya.
Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Saya dulu, langsung tak tahu bab ini. Zero! Sampaikan berapa sukatan susu yang perlu diisi dalam botol pun tak tahu. kahkah
Tapi iyalah, bila anak minum susu, mulalah pukul 2 3 pagi duk merengek pada kita suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, buatkan dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
Bila anak dah besar sikit, selalulah peluk mereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan anak. Kahkah
Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, “Abi sayang Aya Sophia (nama anak saya).” Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama, “Aya sayang Abi.”
Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya (walaupun tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita). Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita.
Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
Ayah dan anak perempuan mesti ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke (macam Baymax dalam Big Hero 6), fist bumb macam dalam Ejen Ali ke (Neuro Style), colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, luahkan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan sentiasa ada ketika mereka memerlukan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap.
Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan soal akidah kepada anak, berkongsi kisah-kisah Nabi serta ajarkan doa-doa dan Al-Quran. Paling penting, bacakan buku untuk mereka, bukan kita suruh anak baca buku. (bawah 7 tahun)
Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif.
Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Ibu ini mencari jalan untuk pikat selera anaknya yang agak cerewet. Kata Pn. Suzana Othman, anaknya gemarkan makanan berasaskan tepung seperti mi, spageti dan roti. Sebagai ibu, dia risau dan ketika itulah dia memutuskan untuk mencari pelbagai resipi menarik agar anaknya berminat untuk makan.
Mulanya Suzana anggap suaminya bergurau tetapi rupanya tidak. Talam dibeli tetapi waktu itu masih tidak digunakan lagi. Suatu malam, ketika mahu makan suaminya meminta untuk makan beramai-ramai dalam talam. Itulah detik awal mereka mula makan bersama dalam talam.
Satu yang baiknya bila makan dalam talam, anak-anak akan belajar berkongsi dan makanan pasti akan habis. Betullah kata orang, bila makan ‘berebut’ tu lebih berselera. Jadi jarang sekali makanan yang dihidangkan dalam talam tidak habis. Biasanya Suzana akan masak lauk yang menjadi kegemaran anak-anak supaya mereka lebih berselera. Paling penting, buah potong tak akan dilupakan untuk membuka selera.
Kata Suzana lagi, masak tidak pernah susah. Bila nak makan, masak. Bila bersepah, dikemas. Menurutnya, inspirasi atau idea untuk memasak kebanyakannya diperoleh dari anak-anak atau melalui perkongsian resipi di FB. Suzana memilih untuk masak sendiri dari makan di luar kerana yakin dengan kebersihannya dan dapat menjimatkan belanja.
Memasak untuk keluarga memastikan anak-anak dapat merasa air tangan ibu setiap hari. Apatah lagi jika makan beramai-ramai di dalam, sudah tentulah hubungan kekeluargaan juga akan menjadi semakin akrab. Buat para ibu yang masih tercari-cari cara untuk memikat selera anak yang sukar makan, mungkin boleh cuba cara ini. Admin berpendapat, cara ini bukan saja menjimatkan wang tetapi juga dapat memastikan makanan anak lebih terjamin kebersihannya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhentak ketika jatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran dekat Taman Sutera, Johor Bahru petang semalam (4 Oktober).
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika kanak-kanak itu dikatakan sedang makan bersama keluarganya di restoran berkenaan.
Kepala terhentak pada lantai
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, sewaktu makan mangsa menolak meja menggunakan kakinya menyebabkannya terjatuh bersama kerusi bayi berkenaan.
“Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa dikatakan menangis sebelum pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kejadian disaksikan pekerja restoran terbabit sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk dihantar terus ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius.
“Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya.
Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
“Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...