Usahawan berjaya dan pengacara, Neelofa meluahkan rasa kebimbangannya bila mana bakal menghantar anak sulungnya, Muhammad Bilal ke playschool minggu hadapan.
Kongsi Neelofa melalui Insta Storynya, dia mula bimbang bila mana sekolah yang dipilihnya bersama suami itu tidak memberi kebenaran untuk ibu bapa melihat setiap pergerakan dan aktiviti anak sepanjang di sekolah.
Ujar Neelofa lagi, lebih kecewa lagi bila mana ada sesetengah sekolah yang membenarkan ibu bapa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diakses dari rumah untuk memantau anak mereka. Dan keadaan ini pastinya melegakan ibu ayah.
Ads
“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak.
“Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa.
Ads
“Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk hantar Bilal tak benarkan ibu bapa melihat CCTV mereka,” luahnya yang kesal dengan situasi itu.
Muhammad Bilal, anak sulung pasangan selebriti ini yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 kini sudah semakin membesar dan menghantar anak comel ini ke playschool bagi mendedahkannya dengan persekitaran dan kawan-kawan.
Ads
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, Abdullah Abbas kini berusia dua bulan.
Dunia baru sahaja dikejutkan dengan gempa awal pagi dengan magnitud 7.8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini, malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan magnitud 7.7.
Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan barat laut Syria kini dipercayai 1,400 orang manakala ribuan lagi cedera.
Kerosakan akibat gempa kedua itu masih belum diketahui, dan anggota penyelamat berusaha mencari mangsa terperangkap, dalam keadaan cuaca sejuk.
Dalam satu video yang tular, ada ibu hamil yang terperangkap dibawah bangunan runtuh dan sempat melahirkan anak sebelum meninggal dunia. Bayi tersebut dilaporka anak selamat manakala ibu meninggal dunia.
Video tersebut dikongsi oleh pempengaruh media sosial, Farah Lee dan menurutnya dia pernah ke sana pada musim salji tahun lepas.
“Farah ke sana winter tahun lepas, memang sejuk sangat-sangat. I cannot imagine dorang dekat sana diuji macam ni time-time ni. Kurang makanan, pakaian, selimut, bantuan medikal etc. Jom sama-sama bantu dari jauh. Farah inshaAllah akan ke sana nanti bawa donation korang”
Antara mangsa yang sempat ditemuramah media agensi berkata “Ketika itu kami sembilan beranak berada dalam rumah, dan dua anak lelaki masih terperangkap dalam runtuhan,” kata seorang wanita yang patah tangan dan mengalami kecederaan muka berhampiran runtuhan bangunan kediamannya di Diyarbakir, tenggara Turki
Siapa sangka percutian seorang kanak-kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah, Ahad lalu (30 Januari) sekitar jam 5 petang.
Kisah yang meruntun hati menimpa adik Afeef Fayyad itu dikongsi di Facebook pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), Mr Wan Cai.
Bercerita lanjut, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan bermain seorang diri sebelum ibunya yang sedang menidurkan anak bongsunya terdengar jeritan daripada adik Fayyad di luar rumah.
Damailah di syurga adik Fayyad
“Si ibu terus bergegas keluar dari dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi terhadap adik Fayyad.
“Adik Fayyad kemudiannya dilihat terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan. Ibunya mendapati kaki kanan anaknya itu terdapat kesan seperti patukan ular,” tulis Mr Wan Cai.
Difahamkan, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan keadaan yang semakin kritikal.
Bagaimanapun, Fayyad disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi (31 Januari) dimana jenazah telah diuruskan pasukan Mr Wan Cai di Kampung Sireh, Kuala Nerang.
Sayu hati, Allah lebih menyayangi Fayyad
Sementara itu, Mr Wan Cai turut berkongsi sekeping foto memaparkan ibu bapa mangsa iaitu Syazwani Abdul Aziz dan Muhammad Eusof memberikan kucupan terakhir buat anak tersayang.
Lagi bertambah sedih, apabila kakak sulung kepada adik Fayyad yang berusia 7 tahun tidak dapat menahan rasa sedih diatas kehilangan adiknya.
Diciumnya wajah adiknya berulang kali. Dipeluk erat tubuh adiknya seperti tidak mahu melepaskannya. Biarpun baru berusia 7 tahun jelas si kakak memahami adiknya tiada lagi disisi.
Moga keluarga adik Fayyad diberi kekuatan dan reda dengan ketentuan ilahi atas pemergian anak syurga ini. Salam takziah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita ini pernah tular kerana busana Hello Kitty yang dipakainya bagi menyambut ketibaan 1 Syawal. Terbaharu, kisahnya mempunyai 35 pasang baju bertemakan kartun popular itu hangat menjadi bualan di negara jiran Indonesia.
Malah, keluarganya mendapat liputan oleh media di negara Republik itu, baru-baru ini.
Menerusi laporan mStar, wanita berkenaan, Yus Amina Mohd Zawizah tidak menyangka kisah baju raya Hello Kitty mendapat sambutan di Indonesia menjelang sambutan Aidilfitri.
Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesannya cukup luar biasa kerana akaun laman sosialnya dihujani dengan mesej secara langsung (DM) daripada para pengikut di negara itu.
“Viral kat Indonesia, fanatik mereka lagi kuat. Jadi, bila media Indonesia buat liputan mengenai baju raya Hello Kitty baru-baru ini, ramai dari sana DM saya.
“Mereka tanya di mana beli kainnya, berapa harganya siap ada yang mahu beli preloved (baju terpakai) saya. Rata-rata mereka mahu menjadikannya sebagai inspirasi baju raya di Indonesia tahun ini,” katanya ketika dihubungi.
Lebih mesra disapa Afina, katanya sejak menjadikan Hello Kitty sebagai inspirasi busana Aidilfitri bermula 2015, sebahagian kainnya ditempah khas dari Jakarta.
Malah bagi menyambut lebaran tahun ini, katanya, sebanyak dua pasang disediakan untuk setiap ahli keluarganya termasuk dua anak, masing-masing seorang perempuan dan lelaki.
“Raya tahun ini saya dah sediakan lima pasang, termasuk dua pasang baju Hello Kitty untuk setiap seorang.
“Kelima-lima pasang baju untuk empat beranak berharga lebih RM25,000 termasuk harga kain dan servis tempahan,” ujarnya yang berasal dari Machang, Kelantan.
Menurut usahawan kosmetik tersebut, tahun ini memberi cabaran kerana anak lelakinya berusia hampir tiga tahun tidak menggemari pakaian berinspirasikan kartun kucing itu.
“Anak lelaki saya akan menangis dan memberontak kalau dipakaikan baju Hello Kitty. Dia lebih suka watak kartun yang beraksi lawan-lawan.
“Tahun lepas baju raya Hello Kitty, anak lelaki saya hanya pakai sekejap saja. Sudahnya dia lebih selesa pakai baju raya watak kartun Captain America dan Ben 10,” katanya.
Walau bagaimanapun, Afina yang menyukai hidangan lemang dan ketupat berkata, raya kali ini buat pertama kali anak bongsunya itu akan beraya di kampung di Kelantan sejak lahir.
“Memang saya tak balik selama dua tahun ni. Satunya sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama dua tahun, dan keluarga saya selalu datang ke Kuala Lumpur.
“Sebab first time dia balik kampung, jadi kami kena bagi mood baik untuk dia. Kalau mood dia tak baik, habislah dia tak pakai baju raya Hello Kitty tu,” tambahnya.
Tambah Afina, usaha ‘memujuk’ itu termasuk memberi peluang kepada anak lelakinya ‘hilang fokus’ dengan menonton kartun kegemarannya.
“Rancangnya nak pakai baju raya Hello Kitty raya pertama, tapi saya sedia berkorban pakai baju raya lain dulu. Nak buat macam mana, mood anak lelaki susah ‘nak beli’,” katanya.
Sumber : mStar
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!